Posts

Showing posts from August, 2025

Skala Gempa Bumi Dan Kesannya

Image
  Bismillah, Sangat tak dijangka minggu lepas bila daerah Segamat ,Johor telah belaku gempa bumi.Biarpun pada magnitud yang lemah tapi bagi maq ia tetap dipanggil gempa bumi. Bawah ni maq kongsi skala gempa bumi dan kesannya kepada kawasan kejadian. **Gempa bumi skala kecil : Magnitud 1 - gegaran tidak dirasai Magnitud 2 - objek ringan dan tergantung akan bergoyang Magnitud 3 - gegaran dirasa di dalam rumah dan bangunan **Gempa bumi skala sederhana : Magnitud 4 - pintu akan bergegar dan kaca akan berdenting Magnitud 5 - gegaran akan dirasa oleh semua penduduk disitu Magnitud 6 - kebanyakkan orang akan berlari keluar bangunan.Siling retak ,perabut bergerak **Gempa bumi skala besar : Magnitud 7 - bangunan dan struktur kurang baik akan retak Magnitud 8 - kerosakkan pada bangunan yang mempunyai struktur baik Magnitud 9 - bangunan dan rumah akan berganjak dari lokasi asal Magnitud 10 - rumah dan bangunan akan musnah dan ada rekahan dalam tanah Guys,dunia ni bukan milik kita. Kita cuma d...

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Image
Bismillah, Di bawah ini maq kongsikan penulisan mantan menteri dijabatan perdana menteri bahagian hal ehwal islam - Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai isu tabung haji & penjenamaan semula. Maq memang hormati beliau ni sejak dulu hingga ke hari ini,inshaallah.Seorang yang berakhlaq baik dan ilmunya padu. POLEMIK PENJENAMAAN SEMULA TABUNG HAJI 1. Tabung Haji (TH) lahir daripada ilham besar Profesor Diraja Ungku Aziz untuk menghimpunkan simpanan umat Islam di Malaysia, lalu dipayungi undang-undang agar urusan ibadah haji mereka terjamin. Sejak 1963, ia berdiri sebagai institusi kebanggaan negara yang menggabungkan urusan kewangan dengan roh ibadah.  2. Penjenamaan semula adalah sebahagian usaha mengekalkan daya saing dan imej global. Kali terakhir penjenamaan dan penambahbaikan logo dilakukan ialah pada tahun 2009. Namun, apa pun bentuk perubahan, ia mesti berpaksikan kepada maruah agama dan keyakinan umat. 3. Semasa saya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana M...

Terus Jadi Tawar Hati

Image
  Bismillah, Jumaat 28 Safar 1447. Hati tua ini terus jadi tawar dan hambar,bilamana isu semasa yang hangat viral telah memecahkan rahsia sebenar. Rebranding Tabung Haji oleh syarikat non muslim!? **Dinyatakan  ini usaha untuk memperkenalkan tabung haji kepada rakyat Malaysia dengan konsep baharu dan terkini. Allahhu, beria ria lah kitanya buat entri kat blog konon nak suruh orang menabung dan daftar haji dekat tabung haji.Secara tak langsung untuk kemudahan dan demi masa depan umat islam Malaysia nak menunaikan haji bila sampai waktunya. Sekali tu tetibe je hangat dipertikaikan tabung haji telah buat satu isu yang mengecewakan pendeposit. Sejumlah peruntukan yang besar telah diberi pada beberapa syarikat non muslim semata mata untuk "rebranding". Simpanan dari 9 juta pendeposit katanya telah dilibatkan. Menteri agama sudah pun buat kenyataan tentang isu berkaitan.Ada pihak sudah berpuasati dengan kenyataan tersebut,tapi masih ada yang kecewa dan tidak berpuasati.Ada yang pak...

Petua dan Doa hilangkan bengkak

Image
  Doa susut bengkak Bismillah, Petua terbaik hilangkan segala bengkak pada anggota badan termasuk bengkak kelenjar, ketumbuhan, bengkak gusi, kaki, mata dan sebagainya. Perkongsian seorang sahabat yang pernah menderita kanser stage 3. Sepanjang dalam proses rawatan inilah doa yang di amalkan sehingga kini beliau sembuh sepenuhnya. Cara-caranya, sebelum memulakan bacaan: 1. Istighfar 3x. 2. Shalawat Nabi 10x. 3. Al-Fatihah 1x. 4. Ayatul Kursi 1x Kemudian diikuti dengan doa surut bengkak. Semasa baca doa ini pejam mata dan bayangkan Allah mengecutkan bengkak, mematikan akar dan menyembuhkan segala luka. Setiap usaha yang kita lakukan sandarkan pada Allah.  Hasil salin & tampal, Credit to owner 📌

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Image
  Bismillah, Banyakkali dah jari ini nak menaip dalam blog tapi selalu saja gagal. Sekarang dah tak macam dulu.Kalau blogging zaman 10 tahun sebelum ini,maq akan balun je apa yang terlintas difikiran.Sekarang mode tu dah beralih. Tengah syok  menaip ,bila baca semula macam tak kena je ayatnya,automatik delete!Lepastu buat kerja lain. Tetiba terlintas idea nak menaip tapi bila difikir semula 2/3 kali, terus batalkan niat sebab nak jaga hati orang luar yang membaca. Baru je buka blog nak share benda viral ,eh boleh pulak jari ini tahu malu.Terus stop ,atas alasan dosa dah banyak ,malu kat Allah. Haha itulah tabiat warga keemas emasan. Lebih kepada berani berani takut.Tak macam jiwa orang muda belia.Mereka sanggup redah je apa yang tersirat ,asalkan hajat yang diimpikan dapat. **Maq pernah muda sebab tu berani cakap. Malam ni ada sedikit pesanan yang maq boleh taipkan sebelum munculnya hari esok. Guys,hati hati..Negara islam kini sedang rancak dihuru hara kan.Kacau bilau belaku d...

Ayat Pilihan Hari Ini

Image
  Bismillah, Alhamdulillah, 18 Safar 1447. Ayat pilihan maq hari ini, Tidak semua perkara perlu diceritakan. Ada cerita jadi lebih indah bila disimpan, ada rahsia akan jadi lebih selamat bila hanya kita yang tahu. Simpan sedikit untuk diri dan peribadi, itu juga salah satu bentuk tanda sayang pada hati. 1447 - Jangan pernah jemu untuk berzikir dan berselawat.

Kelebihan Selawat Hajjiyah

Image
  Bismillah, Ada sebabnya kenapa maq update selawat hajjiyah yang diatas.Jom kita tonton video dibawah ni pula. So,bagi korang yang sedang berusaha untuk dapat panggilan menjadi tetamu Allah,boleh lah amalkan selawat ini.Usaha jangan putus,doa jangan jemu. Belum daftar haji? Bawalah wang sejumlah RM1300 ke mana mana pejabat tabung haji yang berhampiran korang tinggal untuk daftar haji. Inshaallah Allah permudahkan semua urusan. Tak cukup RM nak daftar haji?  Kalau korang ada simpanan di KWSP ,pergi ke pejabat KWSP berhampiran,ambil salinan penyata simpanan korang kat pejabat KWSP, kemudian bawa salinan tu ke pejabat tabung haji,nanti petugas akan settlekan.Korang cuma sediakan RM 10 je kot untuk bukak akaun.Jumlah masih RM1300 yang ditolak.Bukan semua duit KWSP korang tau! Nak lebih jelas masuk je dalam link ni Nota terpaling penting -  Korang buka akaun & daftar haji serentak!  Jangan jadi macam maq, buka akaun ditabung haji lepas tu tak daftar haji, lastly kena...

Darah Tinggi VS Darah Rendah ,mana lebih bahaya?

Image
  Bismillah, Hasil salin dan tampal. Sumber : facebook. Darah Tinggi vs Darah Rendah: Mana Lebih Bahaya? Kedua-duanya bahaya, tetapi cara ia merosakkan badan sangat berbeza. Ramai orang hanya fokus pada tekanan darah tinggi, tetapi tekanan darah rendah juga mampu menyebabkan kehilangan kesedaran secara tiba-tiba dan kekurangan oksigen ke otak serta organ penting. Perbandingan Ringkas: 1. Darah Tinggi (Hipertensi): • Tekanan darah melebihi 140/90 mmHg • Simptom: sakit kepala, pening, mimisan, dada berdebar • Kesan: serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang • Faktor risiko: diet tinggi garam, stres kronik, obesiti, kurang senaman 2. Darah Rendah (Hipotensi): • Tekanan darah di bawah 90/60 mmHg • Simptom: pening, pitam, penglihatan kabur, badan sejuk • Kesan: kurang oksigen ke otak, pengsan, risiko jatuh • Faktor risiko: kurang air, kurang garam mineral, keletihan melampau, ubat-ubatan Kedua-duanya boleh membawa kepada komplikasi serius jika tidak diuruskan dengan baik. Apa kai...