Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Ety balik cuti , Maq yang resah

Assalammualaikum Sabtu kali ini semua orang dah ada kat rumah maQ . Semua ? Ye semua tu maknanya anak anak , suami ada dah depan mata ni . Tadi pukul 6 pagi maQ dan suami dah ke terminal bas untuk tunggu Ety sampai dari Kuantan , Pahang .  Dia akan menghabiskn cuti sem nya selama seminggu di Batu Pahat tanahairku katanya . Kalau dulu , anak gadis maQ nak naik bas nak pergi  Johor Bahru pun maQ tak lepaskan tapi bila dia dah kena belajar di Pahang  terpakslah lepaskan juga. Terpaksa dalam redha sebenarnya .  Hehhe bila dia kata dia dapat tiket bas yang gerak pukul 1 am  , hati maQ dah gelisah . Bagaimana dia nak ke terminal bas ekspress tu nanti sebab 1 am tu dah lewat sangat . Lepas tu terfikir pulak ada kawan ke dia di terminal tu ? Terbayang keadaan terminal yang sunyi sepi  masa maQ sempat singgah dulu . Aduh jantung  dengan minda maQ bagaikan  bergerak  tak seiring bila fikir fikirkannya . Malam tadi sempat whats app dia untuk tanyakan situasi di terminal . Bila dia caka

Merisik tapi ditolak

Assalamualaikum Harini 28haribulan dan harini line internet dirumah maQ laju sebab qouta bulan September dah  di top upkan . Jadi boleh lah maQ membebel di blog. Tapi line maxis ni tak boleh percaya sangat sebab kadang tu ,baru 2 hari tambah qouta , dah habis dah . Padahal bukan ada buka laptop  pun , cuma smart phone 4 , tab 1 . Aikk .. banyak jugak tu hehhe Kalau line macam siput , memang sakit hati nak melayari internet kan.  Loading perlahan , gambar susah nak upload atau download . Ala orang siber mesti dah masak sangat dengan masaalah  macam ini . Minggu lepas maQ ada niat nak tukar plan Maxis ni kepada Yes! Katanya Yes! Takda qouta dan kalau buka video di u-tube tu , 5  cerita sekali jalan pun masih laju . MaQ dengar pun teruja lah nak tukar. Deposit rm 150 , qouta unlimited , bulan bulan rm98.00 . Ok lah tu kan? Tapi bila dah sampai kaunter Yes!  Pekerja Yes tu tanya duduk mana? Cakaplah  " Bukit Perdana " . Serta merta pekerja tu senyum. Bukit Perdana area

Levi's vs Puma

Assalamualaikum Barang lama kena tukar baru ? Kalau perlu tukarlah . Kalau tak berapa nak perlu ,  baik gunakan dulu selagi masih boleh diguna. Jangan membazir ,zaman sekarang semua barang harga naik. Kalau naik tu berharganya murah takpa , ni kadang tu  harga macam tak masuk akal . But nothing can say , this is Malaysia ! Semalam maQ pergi ambil cermin mata yang maQ tempah minggu lepas . Kenapa maQ tukar ? Duit terlebih ke ? Sebenarnya memang nak tukar lama dah , tapi disebabkan bajet selalu tak lepas ,akhirnya bulan ini ,Allah izinkan . Kenapa tukar? Kerana maQ dah masuk alam rabun dekat .  Biasanya otai otai yang ada rabun dekat kan? Dan sekarang ni kiranya maQ sudah masuk zaman otai la ye ? Hehhe redha je lah . Cermin mata lama yang berjenama Levi's  ni selesa dipakai tapi hanya berfungsi untuk rabun jauh je .  Dan bila check semula ,mata maQ punya masaalah rabun jauh dan dekat serta rabun silau ! Ye package  3 dalam 1 ! Makanya terhasil lah cermin mata yang di

Pesanan buat diri sendiri .

Assalamualaikum .. Salam jumaat . Hari jumaat orang Johor cuti kan ? Alhamdulillah dapat juga rehatkan diri bersama anak anak dan suami ye . Tapi suami dan anak maQ off hari ahad . MaQ pun kerja juga hari jumaat ni , maklomlah kan kami bukan kakitangan kerajaan jadi terpaksalah berkerja .  Siapa pun kita , kita kena akur pada kejadian alam . Bahawa kita adalah hamba milik Allah yang dijadikan  dari asal yang sama . Dari seketul tanah ,ditiup rohnya ,menjadi mahlok yang dipanggil manusia , kemudian  manusia itu dinamakan Adam . Itulah asal usul manusia yang dinyatakan didalam al-Quran . Bukan berasal dari beruk yang dikatakan oleh saintis.  Bermula dari Nabi Adam ,kemudian isterinya Hawa dan kemudian anak anak mereka  dan begitulah ianya berpanjangan . Kurun berkurun ,abad berabad hinggalah ke hari ini .  Bezanya kita pada amalan dan perbuatan. Lain lain kita masih dianggap sama . Cumanya jika Allah beri nikmat dan rezeki kita berlebihan dari orang lain

Harta Ahmad debab

Assalamualaikum Kalau anda pernah menonton cerita P.Ramlee yang berjudul ' labu dan labi ' anda mungkin perasan ada ayat dia yang suruh  gadis tu pilih antara mereka . Dalam lagu tu sorang nak jadi tukang masak ,nanti hari hari masak nasi goreng . Agaknya anak haji Bakhil memang gemar makan nasi goreng kot . Dan sorang lagi nak jadi tukang cuci , hari hari dia tolong cuci baju . Mungkin saja anak haji Bakhil tu suka melaram , tiap jam salin baju .. agak je ni . Dan bila minggu ni anak dara maQ tak dapat tolong basuhkan baju kerana beliau kena berkerja 12 jam . Tanggungjawab tu , maQ ambil alih . Dan kini baru maQ tahu kenapa P.Ramlee nak jadi tukang cuci . Ada sesuatu yang menarik rupanya . Nak tau ? Ni hasil basuhan 3 hari sahaja . Tu ada yang maQ tak sempat nak ambil gambar sebab masa terhad . Kalau lah setahun macam ni ,memang patutlah mesin cuci maQ tu baru beli 2 tahun dah meragam . Ada harta karun rupanya dalam tu yang disimpan oleh ahmad debab . Hahhaa

Peneman sunyi MaQ

Assalamualaikum Bila Qaisara dan Qasdina siap makan tengahari , upin dan ipin pun bersiaran di tv . Waktu ni lah maQ dapat melayan blog . Qasdina dah macam nak masuk dalam tv tu .. Sebenarnya banyak benda yang maQ nak kongsi di blog ni tapi disebabkan  minda tak dapat menumpukan sepenuhnya di blog ,jadi maQ tak dapat nak menaip . Melayan mereka berdua pun dah buat maQ macam pelakon ! Apa tidaknya kejap maQ marah , kejap maQ senyum , kejap maQ gelak , dan kadang tu macam nak nangis pun ada . Melihat telatah budak perempuan dua orang ni . Sambil gosok dapat hisap air paip  dibèrus gigi  ee.. Bila dah pandai guna berus gigi , waktu mandi je diaorang akan suruh maQ ambil gambar . Boleh dikatakan hampir setap hari gambar mereka gosok gigi maQ kena ambil . Bila maQ tak nak ikut arahan , mereka tak nak gosok gigi . Dan akhirnya nak tak nak , maQ kenalah ikut kata mereka . Dan mereka akan gosok gigi dengan bersungguh sungguh . Hehhe  yang lawak , bila maQ dah ambil gambar

MaQ dan twitter

Assalammualaikum Sejak kebelakangan ni , maQ dah kerap melayari twitter . Kalau nak tahu itu twitter maQ yang ke 3. 2 sebelum ni sudah hilang kemana ntah sebab maQ lupa password . Maklum faktor usia . Apa maQ dapat di twitter ? Dari kacamata orang tua ni , twitter selain orang promote blog ,produk , mereka juga buat tempat lepaskan geram . Hehhe sebabnya di twitter tu anda nak taip apa pun taip jelah . Jangan melanggar undang undang negara sudahlah. Tak pasal nanti ada pegawai polis ketuk pintu rumah . Apa yang maQ maksudkan lepas geram ? Kebanyakkan  pengguna twitter ( anak muda ) meluahkan apa sahaja yang terbayang dari kotak minda dia . Kadang tu macam kurang ajar pun ye juga . Tapi tu timeline dia , jadinya kita cuma dapat baca dan diamkan je. Kalau rajin retweet atau di favorite. Pesanan pada anak muda yang sering mengutuk orang atau dalam kata lain ' membahan orang ditwitter tu ' ingatlah : Bila kita pertikaikan hal orang lain belum tentu kita ni lebih heba

Nikmat yang tak nampak

Assalamualaikum Alhamdulillah atas tiap nikmat yang Allah hulurkan. Selain nikmat bahagia , rezeki , ceria dan ketenangan , ada banyak lagi nikmat Allah beri buat kita yang kadang kadang kita sendiri tak sedar . Macam maQ sahaja bila rasa sedih , maQ akan menangis untuk legakan rasa kesedihan tu . Dan dalam tidak maQ  sedar  airmata itulah nikmat yang takda siapa boleh beri melainkan Penciptanya . Allah hu akbar . Dan lagi bertambah nikmatnya bila dah puas airmata mengalir , maQ akan rasa lega dan tenang , biarpun situasi tu maQ hadapi sorang sorang . Sebelum tu cuba anda bayangkan kalau kita takda airmata ? Macamana kita nak menangis? Macamana kita nak lepaskan rasa sedih yang terpendam? Macamana kita nak percaya yang seseorang tu sedang bersedih? Lainlah jika pelakon drama atau filem , mereka selalu gunakan cecair seperti  eye-more untuk tunjukkan yang mereka sedang beraksi untuk menangis . Menangis macam tu pun dibayar. Lepas ni jika anda rasa sedih ,menangislah sup

Jangan jadi pokok pisang

Assalamualaikum Salam jumaat yang penuh kebarokatan .  Syukur jika kita masih lagi menjadi manusia yang dipandang mulia oleh manusia disekeliling apatah lagi disisi Allah .Amat berduka cita bila mana kita menjadi manusia yang terpinggir oleh masyarakat dan orang ramai hanya kerana perangai tak elok milik kita . Oleh dengan itu , hargai setiap penghargaan dan penghormatan yang diberi oleh manusia kepada kita . Dan elakkan perangai pokok pisang , kerana .. Kerana perangai seperti yang diatas itu ,bukan saja kita dipandang rendah ,tetapi setiap hari kita akan dibenci oleh manusia lain hanya kerana kita punya jantung tetapi "tiada hati ".  Na'uzunilla hii min zaliQ . Pesanan ini buat diri maQ sendiri juga . Selamat Beramal ~

MaQ ada projek terbaru

Assalamualaikum MaQ baru lepas makan tengahari . Baru saja masuk  suapan nasi ayam  yang ke 3 , maQ dah mula rasa kenyang . Alhamdulillah . Kalau macam nilah hari hari gayanya maQ makan , sekampit beras 5 kg , boleh bertahan 2 atau 3 bulan atau lebih .  Apa masaalah maQ sebenarnya sampai kan macam tak berselera  nak makan nasi ? Sedangkan menu lauk hari hari adalah menu kegemaran maQ . Asam pedas ikan siakap , nasi ayam , ayam goreng berrempah , paru goreng berlada , sambal belacan bertomato , ikan masin , tapi maQ masih tidak berselera? Sebenarnya  maQ baru cuba 1 produk yg dah lama maQ usya kat facebook tu . Namanya ' slim Rich '  . Fungsinya apa ? Target utama slim kan perut la . Nak bikin perut nampak 6 pack ! Wah berangan betul mak cik sorang ni kan ? Kalau tubuh sihat dan slim ,dapatlah aktif dalam menjalankan tugas harian dan dapat lah menunaikan amal ibadah dengan sempurna . Itulah tujuan maQ makan produck ni dan semuanya kerana Allah s.w.t in sha allah Bila

MaQ diundang ke group remaja

Assalammualaikum Kalau dah rajin tu beria bebeno nak menaip .hehhe lepas dia ,dia buat post ,dah macam takda orang lain lagi yang blogging gamaknya harini .. hahha maaf ye ,idea maQ dah mencurah curah ni . Dari maQ duduk bergossip ,ada baik layan blog dan kongsi pengalaman . Lihat je gambar diatas tu. Itulah screen short dari group wechat. Rata rata semuanya  remaja yang berusia bawah 23 tahun. Entah kat  mana silapnya ,mereka yang tergolong daripada remaja kaki karoke , kaki dota , kaki sembang merapu dah menjemput maQ untuk join mereka . Kalau tak kuat jiwa , memang  letih melayan notification mereka yang sembang sampai beratus ratus ,kekadang cecah 1K dan lebih ! Mulanya maQ agak terkejut sebab maQ member paling otai dalam tu dan apakah  function ? Dan bila dari ke sehari  maQ ikuti perkembangan mereka . Ye.. merekalah remaja yang punya satu ikatan silaturahim  yang dipanggil " sahabat" dan rata rata dalam tu ialah pelajar  kolej dan IPT yang mana handpho

MaQ dan Vape

Assalammualaikum Pagi pagi lagi group whats app family maQ dah riuh rendah .bila mana sepupu maQ update isu " vape " . Anda pasti sudah tau sangat apa itu vape kan? Kalau sebelum ni rokok ,kemudian rokok seludup dan lepas tu shisha dan yg terkini ialah vape ! Semua itu berbeza tapi persamaannya ada , iaitu menghasilkan asap ! Hahha . Ye , cuma asap dan asap . Apakah yg terkandung dalam asap vape ? Vitamin ?  Ubat kuat ? Dapat menguatkan daya ingatan ? Atau hanya saja saja yang memberi kesan sampingan ? Apa yg maQ tahu , kata sepupu lelaki maQ ,semakin beliau ambil vape ,perutnya  semakin boroi . Hahha maQ cakap mungkin itulah dinamakan " kemajuan" . Sebagai perempuan yg berusia 46 tahun ni , kalau orang lelaki yg ambil semua  barang barang seperti vape tu ,ianya  kelihatan masih " cool " . Mungkin dah biasa melihat lelaki jadi naga agaknya . Tapi bila lihat vape dan orang perempuan ,gadis gadis makin menjadi trendy sejak  kebelakanga

8.8.2015 -Majlis Pertunangan Farah

Assalammualaikum Nampaknya orang tua tua ni kalau berblog memang tak punya semangat blogger yang padu lah .apatak nya macam maQ je ,kejap post entri , kejap sunyi sepi je blog . Haish berkulat blog ni tak dipolish kan. Sebenarnya lepas masuk minggu ke dua bulan shawal , maQ dah mula sibuk atas urusan persiapan majlis pertunangan anak sulung maQ ( Farahin  Izzati ) yang  telah pun berlangsung pada 8.8.2015  lalu . Plan awal ,majlis tu hanyalah sebuah majlis kecil kecil  sahaja sebab tunang je pun ,bukannya majlis nikah . Tapi disebabkan maQ punya ahli keluarga terdekat yg memang rapat dan ramai . Yang terdekat pun dah nampak meriah sangat pada haritu. Alhamdulillah.. Masing masing datang bersama sumbangan yg pelbagai bentuk ,termasuk lah : Sumbangan makanan yg berbagai jenis Sumbangan khidmat mak andam Sumbangan berupa wang ringgit Sumbangan kudrat tenaga dan idea Allah huakbar ,murah rezki dari Mu ya Allah . Kau murahkan juga rezki saudara maraku yg pemurah pemurah itu