Skip to main content

Prabayar


Assalammualaikum

Bila 'mereka ' bersuara pasal charge prabayar . Maq nak  katakan kepada mereka , jangan merepek repek boleh tak ? Kejap charge cukai ,kejap takda charge ,kejap teruskan ,kejap berhentikan . Sedangkan sebelum ni memang dah macam macam charge dikenakan dalam charge prabayar, cuma kita je nampak tak nampak . 

Kekadang , baru call kejap , kredit dah tercungap cungap . Kekadang ,beli data  , belum panas line ,data dah nazak ,kekadang diduga pula dengan line yg macam siput malahan sangat menjengkelkan. Tolak tu , tolak ni ...

Maklumlah majoriti rakyat bergantung pada prabayar . So ,tak salah kalau mereka cakap berbalik balik ye ? Hurm...

Antara kena atau tak kena charge , pandanglah harapan semua rakyat , simpatilah pada yg tak mampu diluar sana ,kerana mereka itu lebih ramai bilangannya dari jumlah  sebenar " MEREKA" ..

Comments

Popular posts from this blog

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Selamat Jalan Adam Danish

Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah  tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long buat Arwah Adam Danish, "Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga ...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Rindu itu percuma tapi berharga

 Assalamualaikum.  Pagi Jumaat, menyelusuri laman telegram, Allah jumpakan maq dengan gambar dibawah ni.  Tiba tiba tertanya sendiri. Kebaikan apakah yang aku dah buat terhadap kedua orang tua aku selama ini???  Diganti dengan nyawa sekalipun, belum tentu mampu terbalas lagi semua jasa mereka.  Terima kasih Allah kerana datangkan aku dari kasih sayang mereka berdua.  Tiba tiba datangnya rindu, bibir tak mampu berkata tapi hati meronta.  Tuhan... Jagakan tolong mereka .. 😢 Ku haramkan api neraka menyentuh kalian berdua...  Dari anak sulong emak abah ❤

Vinyl Eco menghiasi lantai bilik

  Assalamualaikum. **setahun telah berlalu, februari muncul kembali dengan kehangatan semalam...tanpaku sedari ku petik mawar merah ,ku tulis sebuah puisi...terima kasihhh..! cewah ..hehehehe.. Rasa lama dah maq tak berblog. Tak silap kurang lebih dalam 2minggu jugaklah blog sunyi. Dah tua tua ni fon pun dah jarang nak pegang.  Akhirnya ku sedari siapa diri ku kini heeee..  25 haribulan lepas ,lepas siap  cuci baju tetiba encik suami ajak maq pergi ke kedai Eco. Katanya nak kemas bilik . Kemas apakah ? Guna barang kat kedai rm2.10 je kah? cuak dah hati tua ini. Apa agaknya yang beliau nak kemas tu lah kan? deko deko bersama Abang Man ?  PKP ,jalanraya sunyi dalam pukul 10 pagi. Apatah lagi jalanraya berhadapan dengan kawasan balai polis Batu Pahat .  "Tabik datok anak cucu tumpang lalu, nak pergi kedai eco je ni. " 😂 bilik "single" ni selalu nya akan jadi mangsa bila  nak kemas bilik "couple". serupa port jin bertendang dah tu! Habis dipunggahnya kesi...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...