Privacy Itu Perlu






Asalammualaikum,


Selamat bertemu kembali di tengah malam yang dingin , hujan diluar rumah , nyamuk banyak didalam rumah . harini permulaan murid-murid sekolah melalui  alam persekolahannya pada hari ahad ! sejarah kini berulang...

Rasanya keadaan biasa-biasa aja . tapi pada diri maqnie yang berkerja sendiri , dan suami maqnie yang mempunyai cuti pada hari ahad , anak sekolah bukan alasan untuk kami suami isteri beristirehat  dihari minggu .

Dengan keadaan berkerja dirumah , maqnie terpaksa mengambil keputusan untuk seragamkan semua anak-anak asuhan untuk tidak dihantar kerumah maqnie pada hari minggu ( hari ahad )

Ini kerana pada hari ahad , maqnie kena kemas rumah yang selama seminggu berkerja hanya pakai baling-baling je barang-barang tersebut ! ini berlaku sebab mengasuh anak orang bukan sama dengan membela anak kucing . mereka perlu dijaga rapi , di kawal agar tiada apa-apa juga calar  atau lebam dibadannya ! tidak kembung pada baby , tidak luka pada yg sudah pandai berlari . tidak lapar pada yang kuat makan tu  .. hehehe


Bila sudah dibincangkan dengan MMC ( my mr Castelo ) maka keputusannya AHAD adalah hari istirehat bagi maqnie dan tiada aktiviti mengasuh dijalankan dirumah maq. 


Harapan maqnie ,moga ibu bapa baby-baby tu paham , yang maqnie perlukan satu hari tanpa anak asuhan untuk maqnie tunaikan tanggungjawab untuk keluarga pula sepenuhnya  .

Comments

Popular posts from this blog

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Hikmah Disebalik Sesat

2 Muharam 1448H

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

7 Julai ❤

Musim Haji VS Musim Durian

Aida Ke Mine Optometrist

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Orang Hidup VS Orang Mati

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah