Skip to main content

Tak Perlu Nak Jadi Terlalu Bagus




Assalamualaikum

Suasana harini sangat tenang,mungkin setenang hati aku saat ni.Walaupun demam belum pulih 100% dan batuk masih mengiringi suasana, tapi aku memang terasa damai. 


Alhamdulillah.


Semalam dah puas menjelajah satu pelusuk daerah Kluang. Ber'konvoi' dengan family asben untuk menguruskan acara meminang & bertunang buat anak saudara asben yang ensem tu huhuhu.


Bersama asben dan sikecil memang serius seronok.Paling lucu bila kitaorang terlepas dari kumpulan 'konvoi' .Gelabah gila memasing !


Walaupun pada luaran nampak agak serabut sikit tapi enjoylah,cuma kesian kat Yunn.Agak agakanya demam ke dia harini?sebab semalam dialah orang asik berhujan je nak kawal wakil. Aku tak sempat nak rakam memori semalam. Bytheway semuanya berjalan dengan lancar.


Terima kasih kat Bro Adi yang telah berjaya menjadi wakil pihak lelaki ,esok kalau anak akak nak tunang akak panggil awak eah wakil bapak perempuan , tempah dulu.


Apa yg aku dapat kupaskan atas kejadian semalam, buat aku dan semua :


Kita insan ini biasa.Tak perlulah menjadi begitu bagus.Yang sedang-sedang sudah la...


Abang Yunn cepat cari duit hantaran tu.Masa tak lama 10k dalam setahun lebih je ,adeh...




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ini meja kami. Masa ni baru sampai dalam 20 minit. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM...

Celik Faraid

Assalamualaikum. Tiba tiba negara kita digemparkan lagi dengan isu masyarakat. Harta peninggalan telah jadi bahan bualan warganet. Abaikan masalah keluarga tersebut kerana insyaallah Allah akan bantu mereka nanti.  Kita orang luar hanya layak mendoakan yang baik baik saja untuk mereka. Apa yang maq nak kongsikan kali ini.Dalam kisah yang belaku  beberapa hari ini, ada sedikit ilmu yang kita sama sama boleh pelajari.Tak kesahlah kita ada harta atau tidak untuk ditinggalkan,yang penting ilmu mengenainya kita ada. Sekadar nasihat Sedikit perkongsian dari seorang warganet mengenai Faraid.   Suami meninggal ? Meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki? Ibu dapat 1/6. Isteri dapat 1/8. Anak lelaki dapat baki keseluruhan. Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki. Walaupun anak lelaki itu bawah umur. Walaupun anak lelaki itu masih kecil.Walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.Dia tetap ada hak faraid dia.Isteri pula ada hak untuk uruskan hart...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena.. 

Pesanan Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum. Kenapa kadang terasa sudah kerja keras tapi duit masih rasa tak cukup ? 1- check solat. Mungkin Solat ala kadar, doa ala kadar 2- check tanggungjawab pada ibu bapa. 3- check aktiviti sedekah sekerap mana ianya berlaku. 4- check kerja ,kot kot buat kerja tak amanah. 5- check  silaturahim ,takut ada terputus ikatan itu. Muhasabah diri. ❤

Sembang Pasal Haji

  Bismillah ,Alhamdulillah. Nak tau tak?Waktu maq buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Pahat 31/12/2024 lalu.Maq adalah bersembang dengan seorang "kakak"ni. Beliau yang bahasakan dirinya sebagai "akak". Tapi bila maq belek kad kesihatan beliau ,owh memang betul lah akak.Lahirnya pada tahun 1963.Okey fine ,akak is you. Akak tu tiba tiba boleh pulak masuk topik haji padahal kami hanya sembang pasal penyakit masing masing je sebelum tu. Katanya, Akak dah pergi haji pada tahun 2023 yang lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semasa disana.Biarpun akak ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Masyaallah ye ke kak? BMI akak lepas ye ?Akak daftar haji tahun bila? ikut PJH ke muassasah? (Maq kalau buat soalan memang rajin hahaha) Akak tu senyum sebelum jawab soalan soalan maq.Agaknya part BMI tu kot.iishh mulut ni pun ,cepat sangat buat soalan. Ye alhamdulillah,BMI akak lepas. Buat medical check up dekat KKBP dan cucuk vaksin kat klinik swasta. Ha ah,akak ik...

Bagaimana kalau hari ini adalah hari terakhir bagi aku?

Assalamualaikum. Maq pernah terbaca pada satu kenyataan. Kalau nak tengok kebaikan sesaorang tu, lihatlah pada kehadiran orang lain pada hari terakhir beliau didunia. Maknanya jumlah tetamu yang datang ziarah pada hari kematian kita. Terpegun maq petang semalam bila tonton live sebuah page di facebook dimana pengkebumian awrah Abam Bocey berlangsung. SubhanAllah... Semua golongan manusia dari berbagai latar belakang hidup ada menemani jenazah dari pagi hinggalah ke proses pengkebumian selesai. Allahhuakhbar.. Allah bayar cash. Walaupun kesedihan itu ada tapi rasa syukur tetap memanjat minda. Anak yang baik terhadap keluarga terutama ibu, inilah balasan Allah untuknya. Allahhu.. Hati perempuan maq terus jadi sayu* Sejak kahwin, maq belum pernah berkesempatan jaga ibu abah. Sampai ke harini kami masih terpisah atas sebab komitmen masing masing. Maq masih tak mampu lagi nak hulur duit belanja ratusan ringgit kat mereka. Maq sendiri pun hidup ditanggung oleh suami. Pern...

Kisah Sejadah Kecil

Sejadah saiz kecil ini pemberian seorang tuan rumah yang maq hadiri majlis tahlil dan yasin dirumah beliau. Sebelumni maq hanya guna bila keluar berjalan jauh. Untuk permudahkan diri sendiri kalau nak solat dimana mana sekalipun. Sejadah biasa biasa je . Made in Turkiye.  Memang takda yang pelik pun, tapi ketika dihadapan Kaabah ,satu kisah pelik sudah berlaku..  Kisahnya macamni.. Bila ditanah haram , antara barang yang sentiasa perlu ada bagi diri maq sendiri ialah beg kasut , sejadah kecil , spray berisi air bersih untuk whuduk dan pengenalan diri . ( tags yang ejen buatkan ,disangkut pada leher ) Ketika maq dan keluarga lain nak solat di depan pintu Kaabah pada satu petang. Kami pun tercari cari ruang untuk penuhkan saff. Dan akhirnya , maq , ibu serta adik perempuan dapat penuhkan saff yang berhampiran dengan tong air zam zam.  Dalam 2/3meter jarak dari tong. Maq pun bentangkan sejadah disitu , untuk lakukan solat sunat masuk masjid. K...

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Sisa makanan dalam mulut ketika solat.Sah kah solat?

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian mengenai sisa makanan yang tiba tiba ada dalam mulut ketika sedang solat. Persoalan ini telah ditanya oleh seorang netizen dan telah dijawab oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Menteri diJabatan Perdana Menteri ( hal ehwal Agama) Soalan netizen : Salam @drzul_albakri . Ketika kita sedang solat, tiba-tiba terdapat sisa makanan di dalam mulut. Adakah masih boleh terus solat? Terima kasih. Berkenaan dengan makanan yang lekat dicelahan gigi, Imam Nawawi menyatakan:  “Sekiranya makanan yang terlekat di celahan gigi kemudian ditelan makanan tersebut dengan sengaja atau sesuatu yang turun daripada kepala kemudian ditelannya secara sengaja maka batal solatnya tanpa khilaf fuqaha’.  "Selain itu, sekiranya menelan sesuatu yg sukar dihalang seperti bercampurnya air liur dgn makanan, tanpa sengaja / menelan kahak yang sukar utk menghalangnya, maka tak membatalkan solatnya”.  (Lihat al-Majmu’, 4/90) (2/4) Dalam hal ini, Dr. Muhammad al-Zu...