Maqnie 2024
Bismillah,
Lama dah tak masuk blog.
Idea entah mana menghilang.Diserap angin monsun timur laut agaknya.Tajuk tu maq petik nama sendiri.Entri lebih pada merujuk kehidupan maq yang terkini,level kehidupan orang sudah pencen.
Okey ,kehidupan maq yang sekarang dah jauh berbeza.
Maq nowday sejenis nenek nenek yang malas nak banyak fikir tentang orang keliling.
Bukan bermaksud tak campur orang atau tak ambil peduli tapi maq lebih " select" dalam pergaulan harian.
Kawan pun dah tak ramai.Mereka yang masih dalam list contact maq hanyalah ahli keluarga dan jiran tetangga.
Ada jugalah tersimpan beberapa orang kawan yang maq rasa dia masih lagi perlukan kewujudan maq,lain lain tu memang maq dah semakin menjauh.
Bukan bermaksud benci atau tak suka diaorang yang dah makin menjauh tu,tapi inilah kehidupan orang pencen,kami lebih selesa nak kecilkan "circle".
Dikhuatiri bila dah ramai nanti ada je yang jadi tak kena.Maklom orang tua jiwanyakan " tisu" .
Lagi pun maq sekarang sejenis malas nak fikir banyak.Kalau "mereka"terlalu banyak hal yang mendesak pada pekara yang pelik pelik, maq iye kan saje .Settle!
Sis,korang tau tak, hidup paling tenang dan bahagia bagi diri maq ialah ,
**bila badan tua ni diberi sihat seadanya..
**bila dapat ilmu yang bermanfaat setiap hari.
**bila dapat luangkan sedikit masa santai santai bersama keluarga.
** bila suami tak rasa syak wasangka dengan semua aktiviti harian maq.
**bila mampu tinggalkan semua pekara yang lagha.
**bila sedar umur tinggal beberapa masa je lagi untuk dinikmati.
ye, mungkin bagi sesetengah orang duit banyak, harta banyak dengan hidup dalam kemewahan itu punca hidup boleh bahagia,tapi bukan begitu bagi pihak diri maq.
Bila dapat mensyukuri pada setiap nikmat Allah bagi itulah moment terpaling bahagia.
Bahagialah dengan cara kita sendiri,sis.
Jangan bersusah payah nak ikut cara hidup orang lain agar nampak setaraf.
Rezeki kita dengan mereka tak sama.
Percayalah pada qada' dan qadar Allah.Semua tentang kehidupan kita ini telah pun diatur Allah sejak azali.Nak kelam kabut sangat untuk dunia tu,dah kenapa?!?
Malu dengar kisah nabi Muhamad yang wafat dalam keadaan dirinya tidak meninggalkan apa apa harta dunia.
Harta peninggalan itulah yang bakal membebankan kita kat waktu di hisab di akhirat nanti.Ini ustaz yang beritahu.
Harini telah masuknya hari pertama Zulhijjah 1445H.Tak lama lagi masuk pula tahun baharu 1446H bersama Muharram sebagai anak sulongnya.
Sis, cuba tanya diri sendiri, takkan dah begitu selesa hidupmu masih lagi tak rasa bahagia ??
Cuba cari,ada tak nikmat yang belum disyukuri?