Dugaan 2020
Assalamualaikum. Seperti yang maq pernah rancangkan, pada tahun 2020 ini maq berazam untuk jaga kesihatan diri. Namun manusia hanya mampu merancang ketentuannya ada pada Takdir Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui pada setiap keperluan hamba hambaNya. Bermula Januari diduga dengan sakit dada dan sakit pinggang. Kemudian diserang pula demam ,batuk dan selsema. Kemudian pada awal Februari sekali lagi dugaan dimana bila batuk, kepala maq akan terasa sakit sangat sangat. Dan Ahad lalu, pada 16 Februari 2020 , maq buat pemeriksaan doktor di poliklinik kesihatan Batu Pahat. Nombor giliran nak jumpa doktor. Hasil pemeriksaan doktor mendapati tekanan darah maq memang dah tinggi. Allahhuakhbarr... Hasil pemeriksaan doktor. Sekarang dah takda result bacaan atas tu pada 120 ,124,128 .Semadang 138,148,145,153 ...semua ni salah maq sendiri. Nasihat doktor : Kurangkan atau jangan ambil langsung minuman berkafien. kurangkan masakan berminyak, elakkan ma...