Posts

Showing posts from October, 2024

Malaysia Hari Ini

Image
  Bismillah, Bila usia sudah semakin menua, bohonglah kalau cakap hati ni tak risau pasal anak cucu. Kerana merekalah waris yang bakal ditinggalkan. Dan mereka jugalah saham yang bakal memberi hasil bila kita dah "balik" ke sana nanti. Pernah terbaca satu nasihat,jangan terlalu berfikir tentang masa depan yang tak pasti lagi dan jangan terlalu menyesali tentang masa silam yang berlalu pergi tanpa erti , tapi nikmati waktu yang sedang dijalani supaya keindahan itu tidak merugikan diri. Bila difikir semula,ada betul juga kata kata tu,kita ni asyik risaukan masa yang akan datang padahal waktu yang sedang kita hadap tulah yang sepatutnya kita manfaatkan.Lepastu nanti  bila momen dah terlepas pergi ,kita pulak rasa nyesal sebab dah mensia siakan peluang. Tajuk entri Malaysia hari ini ? Apa ceritanya?  Korang cari kisah yang viral di laut China Selatan,kemudian cari pula cerita viral di Pulau Pinang baru baru ni.Lepastu fikir fikirkanlah baik baik. Okey, bagi pihak maq secara perib