Skip to main content

Kena Radang Otot



Assalamualaikum.

Alhamdulillah ,waktu ini hujan sedang turun dengan lebatnya ditanah airku, Batu Pahat.






Di tempat lain harap harap hujan la jugak ya sebab bila hujan turun jerebu akan lenyap.

Eh tetiba teringat pulak lagu legend "when smoke is going down" -  😂

Radang otot? Haaa nak jadikan cerita , akibat berjalan jalan di Bandaraya Melaka ,bandar bersejarah itulah ,akhirnya pada hari Rabu ,maq kena serang sakit bahagian punggung belah kanan tapi bila sakit tu tiba tiba serang, dia punya sakit dan rasa macam satu badan yang sakit, Allahhu terus tak boleh gerak.


Biasanya dia serang ketika maq nak bangkit dari tempat duduk. Jalan pun tak boleh laju. Dan macam jalan ala ala pengantin pun ada jugak hehehe..


Biasanya bila sakit sakit badan macam tu ,maq akan telan lah ubat lembut urat dan ubat tahan sakit. Lepas makan 2/3 biji lega dah. Tetapi kali ini dugaan agak mencabar sikit, dah makan 2 jenis ubat tu tapi masih sakit lagi. Paling sukar part buat solat ,  nak duduk tahiyat akhir tu. Allahhu menangis terus orang tua bangka ni..😂


Masuk hari Jumaat , dah tak tahan , Sabtu lagi tak boleh buat apa dah , tahiyat akhir duduk atas kerusi. Akhirnya pada hari Ahad , mohon encik suami hantar ke klinik .


Sampai klinik ,doktor Fadilah bertanya:  " ye kenapa ni puan? Lama dah tak nampak ke sini."



Maq : "saya ada je doktor tapi kalini dah teruk ni baru cari doktor. Sejak masuk umur 50 tahun, macam tua sangat dah saya ni, sana sakit ,sini sakit"



Doktor Fadilah:" ishh..Pm kita lagi tua, puan 50 , pm 94 ! Haaa apa cerita ? (doktor gelak kan maq) dalam buat ibadah kena mengaku tua tapi untuk teruskan kehidupan jangan anggap diri kita tua tau."


"dia lain doktor, ramai orang doakan dia untuk kesejahteraan Malaysia, sebab tu dia kuat "- ceh maq cover ayat.



"tak, Tun jaga pemakanan dia , tu sebab dia sihat je sampai sekarang. Kawan kawan saya pernah makan semeja dengan tun, diaorang kata tun makan 2/3 sudu je dah siap. Dia just makan untuk alas perut . Ikut sunnah tu. Kalau kita , selagi tak habis lauk atas meja tu, tak gerak gerak lagi jawabnya kan?"


"Betul tu doktor, macam abah saya, maintain je kesihatan dia ,alhamdulillah . Bila makan kuantitinya sikit tapi lambat siapnya , rupanya abah makan ikut sunnah,kunyah 40 kali baru telan. Saya pulak , baru 4-5 kali dah telan . Saya pulak sejenis gelojoh.😂"


"ala , kita sama jeee"kata doktor sambil gelak


 * eh doktor pun mengaku?


Bila doktor check tempat yang maq kata sakit tu , dia kata tendon otot maq cedera.Maq kena radang otot.


" Puan ada buat kerja apa je ? " Soal doktor sambil ambil bacaan tekanan darah maq.


"takda apa pun yang lasak yang saya dah buat. Biasa jelah cuma buat kerja kerja surirumah je tu."


 ( waktu ni maq buat buat lupa pasal maq dah berjalan kaki sejauh lebih 5 kilometer tu )



Doktor Fadilah : " saya ada ramai pesakit yang surirumah sepenuh masa. Ye , kebanyakan sakit macam puan nilah. Radang otot. Apa tidaknya kerja kat rumah mana pernah habis.  Ada yang tiap bulan datang sebab sakit sakit badan. Saya nasihatkan dia ,jangan paksa badan buat kerja kalau otot sedang sakit. Kerana itu akan beri kesan jadi radang otot. Buat kerja ringan ringan saja dahulu ,bila dah okey ,barulah aktif macam selalu. Orang perempuan ni bila buat kerja dah letih dia jadi stress,nanti makin banyak kerja dia akan paksa diri dia buat. Sambil buat , sambil berleter, sambil marah, lama lama satu badan  jadi sakit. Sepatutnya bila letih rehat dulu. Kerja rumah mana pernah habis. Balik balik itu. Ulang ulang itu jugak. Takkan habis punya.."


Alamak dah macam.bagi taklimat pulak doktor ni😂


Sebetulnya doktor Fadilah ini merupakan doktor kegemaran maq. Klink Al Iwani adalah klinik kegemaran maq sejak ianya baru dibuka dulu.


Selain doktornya  sama jantina ( senang nak kongsi problem ) doktor Fadilah juga jenis peramah dan kalau check pesakit ,dia akan buat hati pesakit  jadi puas gitu. Sesetengah doktor check tak sampai 10 minit dah suruh pesakit keluar tunggu ubat dan bayar.


Kalau anda nak tahu,bila maq buat pemeriksaan dengan doktor Fadilah ni, tak cukup 20-30 minit berbual memang tak sah !


Jemu pesakit lain kat luar tu menunggu.Kadang macam tak bagi maq balik je doktor tu hahaha.


Haritu sebelum keluar doktor cakap kat maq:


" seronok bersembang dengan puan ni, kongsi kongsi cerita dan pengalaman" 


sambil dia tersengih sengih kat maq dan maq balas dengan senyuman mesra :


"Alhamdulillah, terima kasih doktor,
 Assalamualaikum."

"waalaikumusalam " 

**Doktor pandang  maq sampai pintu tertutup rapat.


"Puan Noraini !"

"ye saya ..."

"Okey ni krim sapu ditempat sakit."


"ini ambil 3kali sehari selepas makan."


"ini untuk lembutkan urat,ambil 2kali sehari selepas makan."


"ini ubat radang ,ambil 2 kali sehari selepas makan."


"total semua rm43.00 .."

"okey, terima kasih dik.."

( total harga ubat itu pun merupakan antara sebab maq suka ke klinik al iwani ni. Harga ubat ialah harga mampu bayar punya. Terima kasih doktor )


Sampai rumah ,maq tengok ubat pertama tu di tulis ubat tahan muntah? Eh..salah ubat ke pekerja klinik tu bagi? Maq pun check google  bagi jenis ubat bernama Sunprox 275 dan kata google,

Ohhh ubat anti radang rupanyaaa..



Dan hingga ke hari ini ,lepas makan je maq kena ambil dessert ini !



Rasa rasanya berbaloi baloi tak maq jalan kaki 5 kilometer kat Melaka haritu ?  Apa pun maq redha. Sakit tu tandanya dosa dosa kecil kita sedang dihapuskan,insyaallah , Aamiin Allahhumma Aamiin..


Nota maq : terima kasih  kerana sudi baca.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...