Posts

2024 Tahun Pergi Pantai

Image
Bismillah , Macam tak percaya tapi itu lah kenyataannya. Rupanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini,banyak pantai yang maq dah pergi..Antara yang sempat dirakamkan ada dibawah,jom scroll. Bawah ini gambar 24/8/2024-Santai santai di Pantai Punggur ,Rengit,Johor .Sambil bersantai makan kerepek dari Azhar food,Nyaman.. Bawah ini pula memori 4/8/2024 - menikmati keindahan Pantai Puteri ,Melaka. Bawah ni kenangan 26/7/2024-Melihat matahari terbenam di Pantai Sri Menanti,Muar. Bawah ni pula 20/7/2024 - santai santai di pantai Minyak Beku ,Batu Pahat. Walaupun hanya pergi ke pantai pantai yang berdekatan saja namun ia amat bermakna bagi maq untuk rehatkan minda .Maq suka dengar suara angin,ombak dan kicauan burung dikawasan pantai, sangat menenangkan... Sebenarnya ada banyak lagi pantai yang kami bertiga dah pergi dalam tahun 2024 ni.Cumanya takda gambar yang boleh disimpan disini. Sekarang maq dah tak berapa rajin nak ambil gambar.Semenjak dah bercucu ni terasa malu pula nak pegang fon di...

Pantai Puteri ,Melaka

Image
  Bismillah, 10 Ogos ,tanpa dirancang ,tetiba lepas makan malam kami diajak ke Melaka oleh encik suami.Kami tu bermaksud maq dan anak bongsu. Kaki maq yang sakit lepas jalan jauh ke Perak belum sembuh lagi tapi naluri membuak nak ikut suami ke Melaka.Hmm memang spisis suka berjalan kan. Keesokkannya ,11 Ogos,kami pun gerak ke Melaka pada pukul 7.00pagi. Sewaktu sampai ditepi Pantai Puteri ,cuaca dah mendung,angin bertiup kuat dan ombak berlari kencang mengejar pesisir pantai.. Redup dan berangin.Pandang laut dapat pahala. Dibawah ni antara kenangan kami sewaktu di Pantai Puteri tempohari. Gambar atas & bawah : berkembang kembangan kain tudung ditiup angin laut  Berkelah cara maq : 1- beli je makanan yang biasa dijual dikediaman kami.Contoh haritu ,encik suami beli nasi lemak  3 bungkus,sebelum tu kami rebus telur siap siap sebelum tidur. 2-beli atau bawa air mineral & air manis.Kami beli kopi wonda dekat 7E je.Beli juga kuih muih yang sesuai,maq pilih karipap, ok ...

Ziarah Maktok Di Perak

Image
  Cerita awal bulan Ogos haritu,baru harini ada masa nak share.Bukan apa,sekadar nak simpan kenangan peribadi maq bersama keluarga. Bismillah, 3 & 4 Ogos 2024,Alhamdulillah, maq dan encik suami bersama ibu serta adik beradik maq, diberi rezeki masa untuk ke negeri Perak .Kami pergi selama 2 hari 1malam. Tujuan utama adalah untuk ziarah maktok kami yang diuji ,patah tulang peha.Masa kami ziarah tu, maktok dah hampir sebulan terlantar sakit. Ada perkembangan positif bagi kesihatan maktok, cumanya maktok masih belum mampu duduk dengan sempurna dan maktok masih mengharapkan bantuan ahli keluarga untuk semua hal peribadinya. Ipoh dan gunung batu kapur berpisah tiada. Gambar atas : sinilah tempat maktok kami sekarang.Dirumah pak lang di Ipoh.Berpunca dari maktok kebas kaki dan tak dapat melangkah,akhirnya terjatuh di bilik air ,akibatnya tulang peha maktok pecah dan patah. Mengikut kata doktor dengan usia maktok sekarang ,tiada apa apa pembedahan mampu dilakukan.So selama rawatan bel...

Beby Ayash cucu simpanan

Image
  Bismillah, Sebelum tidur ,masuk kejap blog kawan kawan blogger yang masih aktif blogging.Tahniah buat mereka yang masih seronok berkongsi moment dan info menarik.Maq dah jarang dah berblog. Bukan malas eah tapi masa maq sekarangni sangatlah terhad. Bila dah umur lebih 50 dan jadi babysitter semula,dia punya letih memang lain macam.Walaupun hanya melayan sorang baby je. Contohnya dalam video atas ni, diajaknya kita main lari lari,aduhhaii,boleh terpele'ot lutut ni lahai... Maq ingat lagi,masa memuda dulu bangun pukul 5.45 pagi.Sekarang ni dah level wargaemas ,pukul 4.00 ~4.30am dah kena bangun,buat rutin harian yang orang orang usia senja selalu buat. Itu nanti berjaga sampailah pukul 10.00malam. Kalau ada rezki dapatlah lelapkan mata sekejap sementara tunggu azan zohor,kalau baby tak mahu tidur,jawapnya sampai ke malamlah mata ini celik.Kadang sampai terlelap sambil duduk. Maq suruh baby kecik tu tidur tapi baby tua pulak yang lena. Inilah peneman maq & encik suami sekarang n...

Berita Baik Untuk Warga Selatan

Image
  Bismillah, Bila sebut travel ,mungkin ramai dikalangan korang dah kenal dengan Tiram Travel.Ia merupakan antara syarikat  pelancongan yang dah lama beroperasi di Malaysia. Turki?Vietnam? Bali? Batam? Jepun? Korea? semua tempat ni boleh je kalau korang pergi dengan Tiram Travel. Syarikat ini juga dikenali sebagai salah satu syarikat pelancongan yang menguruskan jemaah umrah.  Dengan trademark mereka , " ingat umrah ,ingat tiram" Alhamdulillah ,pada bulan Mei 2024 yang lalu, Tiram Travel berjaya membuka satu lagi cawangannya dibandar Batu Pahat. Ini merupakan cawangan yang ke 54!  wah dasyat.. Tahniah Tiram Travel! Pejabat diBatu Pahat Bandar beroperasi , *dari pukul 9.30am-6.30pm *setiap hari Ahad hingga Sabtu (halfday) *cuti pada hari Jumaat dan cuti umum terpilih Apakah kelebihan umrah dengan Tiram travel Batu Pahat Bandar? *package umrah 15hari 13malam! *Penerbangan dari Senai ( Johor ) (jemaah dari selatan tanahair dah tak perlu buang masa berjam jam untuk ke KL...

Tambah Tanah Dikubur Abah

Image
  Bismillah, Pada suatu petang seorang sahabat kampung hantar pesanan di aplikasi whastapp. Dia beritahu kubur arwah abah tanahnya dah semakin mendak ( bahasa orang Johor ) dengan perkataan lain tanah mendap @ tanahnya menurun. Rasa maq belum sebulan maq pergi ziarah kubur abah. Sebelum tu mendapnya hanya sedikit je. Esoknya maq dan encik suami bergegas ke kampung Koris untuk lihat sendiri apa yang diberitahu.Jarak kawasan perkuburan Koris dengan rumah maq kurang lebih 20-25minit perjalanan.Kalau drive kereta baru dalam 15 minit sampai kot hahaha. Ternyata memang betul.Tanah dalam kepok kubur abah dah tenggelam dalam anggaran 5-6inci macamtu. Melihat dari pemukaan tanah dikawasan perkuburan itu memang merupakan kawasan tanah yang senang mendak.Maklomlah keliling kawasan situ memang dipenuhi dengan penanaman kelapa sawit.Risiko tanah terhakis sangat tinggi. Maq ambil keputusan beli tanah di nursery. Jumlah untuk permulaan beli 16 bungkus.Kalau nak beli tanah guna lori kecil,takut te...