Posts

Beby Ayash cucu simpanan

Image
  Bismillah, Sebelum tidur ,masuk kejap blog kawan kawan blogger yang masih aktif blogging.Tahniah buat mereka yang masih seronok berkongsi moment dan info menarik.Maq dah jarang dah berblog. Bukan malas eah tapi masa maq sekarangni sangatlah terhad. Bila dah umur lebih 50 dan jadi babysitter semula,dia punya letih memang lain macam.Walaupun hanya melayan sorang baby je. Contohnya dalam video atas ni, diajaknya kita main lari lari,aduhhaii,boleh terpele'ot lutut ni lahai... Maq ingat lagi,masa memuda dulu bangun pukul 5.45 pagi.Sekarang ni dah level wargaemas ,pukul 4.00 ~4.30am dah kena bangun,buat rutin harian yang orang orang usia senja selalu buat. Itu nanti berjaga sampailah pukul 10.00malam. Kalau ada rezki dapatlah lelapkan mata sekejap sementara tunggu azan zohor,kalau baby tak mahu tidur,jawapnya sampai ke malamlah mata ini celik.Kadang sampai terlelap sambil duduk. Maq suruh baby kecik tu tidur tapi baby tua pulak yang lena. Inilah peneman maq & encik suami sekarang n...

Berita Baik Untuk Warga Selatan

Image
  Bismillah, Bila sebut travel ,mungkin ramai dikalangan korang dah kenal dengan Tiram Travel.Ia merupakan antara syarikat  pelancongan yang dah lama beroperasi di Malaysia. Turki?Vietnam? Bali? Batam? Jepun? Korea? semua tempat ni boleh je kalau korang pergi dengan Tiram Travel. Syarikat ini juga dikenali sebagai salah satu syarikat pelancongan yang menguruskan jemaah umrah.  Dengan trademark mereka , " ingat umrah ,ingat tiram" Alhamdulillah ,pada bulan Mei 2024 yang lalu, Tiram Travel berjaya membuka satu lagi cawangannya dibandar Batu Pahat. Ini merupakan cawangan yang ke 54!  wah dasyat.. Tahniah Tiram Travel! Pejabat diBatu Pahat Bandar beroperasi , *dari pukul 9.30am-6.30pm *setiap hari Ahad hingga Sabtu (halfday) *cuti pada hari Jumaat dan cuti umum terpilih Apakah kelebihan umrah dengan Tiram travel Batu Pahat Bandar? *package umrah 15hari 13malam! *Penerbangan dari Senai ( Johor ) (jemaah dari selatan tanahair dah tak perlu buang masa berjam jam untuk ke KL...

Tambah Tanah Dikubur Abah

Image
  Bismillah, Pada suatu petang seorang sahabat kampung hantar pesanan di aplikasi whastapp. Dia beritahu kubur arwah abah tanahnya dah semakin mendak ( bahasa orang Johor ) dengan perkataan lain tanah mendap @ tanahnya menurun. Rasa maq belum sebulan maq pergi ziarah kubur abah. Sebelum tu mendapnya hanya sedikit je. Esoknya maq dan encik suami bergegas ke kampung Koris untuk lihat sendiri apa yang diberitahu.Jarak kawasan perkuburan Koris dengan rumah maq kurang lebih 20-25minit perjalanan.Kalau drive kereta baru dalam 15 minit sampai kot hahaha. Ternyata memang betul.Tanah dalam kepok kubur abah dah tenggelam dalam anggaran 5-6inci macamtu. Melihat dari pemukaan tanah dikawasan perkuburan itu memang merupakan kawasan tanah yang senang mendak.Maklomlah keliling kawasan situ memang dipenuhi dengan penanaman kelapa sawit.Risiko tanah terhakis sangat tinggi. Maq ambil keputusan beli tanah di nursery. Jumlah untuk permulaan beli 16 bungkus.Kalau nak beli tanah guna lori kecil,takut te...

Maqnie 2024

Image
Bismillah, Lama dah tak masuk blog. Idea entah mana menghilang.Diserap angin monsun timur laut agaknya.Tajuk tu maq petik nama sendiri.Entri lebih pada merujuk kehidupan maq yang terkini,level kehidupan orang sudah pencen. Okey ,kehidupan maq yang sekarang dah jauh berbeza.  Maq nowday sejenis nenek nenek yang malas nak banyak fikir tentang orang keliling. Bukan bermaksud tak campur orang atau tak ambil peduli tapi maq lebih " select" dalam pergaulan harian. Kawan pun dah tak ramai.Mereka yang masih dalam list contact maq hanyalah ahli keluarga dan jiran tetangga. Ada jugalah tersimpan beberapa orang kawan yang maq rasa dia masih lagi perlukan kewujudan maq,lain lain tu memang maq dah semakin menjauh. Bukan bermaksud benci atau tak suka diaorang yang dah makin menjauh tu,tapi inilah kehidupan orang pencen,kami lebih selesa nak kecilkan "circle". Dikhuatiri bila dah ramai nanti ada je yang jadi tak kena.Maklom orang tua jiwanyakan " tisu" . Lagi pun maq sek...

Biskut 3 Bahan

Image
Bismillah, Biskut kegemaran maq sejak pertamakali cuba pada tahun 2019. Hanya menggunakan 3 bahan iaitu, 500gram tepung jagung ½ cawan susu pekat manis 250gram margerin/butter Memula campurkan susu dengan margerin, pukul sampai kembang. Kemudian masuk kan tepung jagung berperingkat peringkat sampai habis. Terap ikut suka korang. Bakar ikut suhu oven memasing. Bagi oven maq 20 minit masak ,pada suhu 150°. Maq saja try warna pink rose tu. Biskut tu khas  untuk buat makan sendiri,kudapan waktu moreh nanti. Korang kena cuba resepi ni, sedap tau!

Doa Akhir Ramadhan

Image
 Bismillah, *Ya Allah...janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami. *Ya Allah.. janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. *Ya Allah.. janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. *Ya Allah.. janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami. *Ya Allah...janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak jejak ke Syurga untuk kami. *Ya Allah...janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami. *Ya Allah...lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dlm Ramadhan mahupun selepas Ramadhan. *Ya Allah...sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami. *Ya Allah..Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa. Jadikanlah ka...

Sekolah,Ramadhan dan Shawal 2024

Image
Bismillah, Tahun 2024 adalah tahun cabaran buat semua orang, terutama orang Malaysia.Kenapa maq kata macamtu? Beberapa minggu sebelum puasa ,ibubapa dah mulai sibuk nak siap sedia hal persekolahan anak anak. Mungkin maq dah tak merasai lagi momen tu tapi bila lihat anak sendiri, jiran tetangga,sedara mara mula update pasal daftar sekolah dan macam macam persediaan untuk ke sekolah, maq pernah rasakan suasana perit getirnya. Anak sorang dua mungkin tak terasa sangat, bagaimana yang ada 3/4/5 orang anak?sekolah rendah ,sekolah menengah,sekolah agama?pengangkutan mereka pergi balik? hantar anak taska? bayaran pengasuh?Hantar kelas mengaji Quran ,kelas itu ,kelas ini. Masyaallah...duit,duit,duit.. Kita tak boleh nak cakap apa melainkan bersabarlah dan buatlah mana mampu dan mana yang perlu dahulu.Nak elak macamana pun hal tu tetap kena hadap.Semoga Allah permudahkan semua urusannya. Ainul Mardhiah dah 6 tahun* Cari ilmu itu ibadah, so maq doakan semoga semua usaha ibubapa untuk persediaan ...