Posts

Cerita Raya ke 17 - 2022

Image
  Assalamualaikum. Shawal dah hari ke 17, kuih raya maq dah nak habis hahaha.Terpaling tak sangka.Sejak kami berumah tangga hampir 29 tahun ,ini pertama kali kuih raya habis awal. Selalunya setiap tahun, letih mulut maq nak kunyah kuih "belen". Kadang tu peketnya pun tak dibuka lagi ,pernah juga jejak hingga ke raya haji ,ko ! Masyaallah,banyak sangat kejutan raya tahun ini. Serius talk ,ini je bakinya ..Allahhu tuan rumah pun sama naik makan kuih .Nikmat apa lagi yang mahu kau dustai..benda dah depan mata katakan,layan... Nampaknya  esok kenalah buat kuih lagi ,sebab hari Jumaat nanti ada aktiviti marhaban di lorong rumah maq.  Tak sampai hati jiran jiran datang meja kosong. Walaupun kami ada buat 'potlock ' tapi untuk jiran jiran yang masuk ke rumah ,takkan tak nak dijamu sepotong dua kuih,kan? Makanya maq dah planning dah untuk tetamu Jumaat nanti* goreng mee siput✅ buat kek marble 2 buku✅ buat biskut susu 1 adunan✅ goreng beehoon ( untuk potluck )✅ Pagi tadi sempa...

Cerita Raya 2022

Image
  Assalamualaikum. Salam 10 shawal.Selamat hari raya kepada semua.Kalini kita sambut raya terkejut?  Tadi ustazah kelas tajwid maq bertanya,  "agak agak apa tanda Allah beri kita raya tekejut? " Maq cakap : agaknya Allah nak kita sambut raya jangan berlebihan kot ustazah.Siapkan apa yg ada je,tak perlu nak berlebih lebihan & membazir sana sini. Ustazah : ye ,itu satu sebab,antara sebab lain kalau ani nak tau..Allah suruh kita berjaga jaga ,sebab akhir zaman ni ,banyak kejutan bakal belaku lagi dan lagi. Waallahua'lam... Maq : ye ..betul jugak tu ustazah, terima kasih atas ingatannya.InshaaAllah saya akan pastikan untuk sentiasa berjaga jaga... Korang macamana raya haritu?  kejutang ke tak? Meriah tak? Tengok je jem dimerata tempat,pastinya kita boleh tahu meriah tahap mana hari raya tahun 1443 Hijrah kali ini. Jom tengok, antara memori family maq pada hari raya terkejut 2022. Tuan tanah :  Maq ,encik suami & si bongsu cucu cucu :  Ainul Mardhiah ...

Taman Syurga Anaknda

Image
  Assalamualaikum. Rindu paling sakit adalah rindu pada orang yang dah tak ada.. Jumaat pertama bulan ramadhan minggu lalu,ibu Adam ada berkongsi satu gambar diwhatsapp. Taman syurga anaknda. Ye, rumput rumput sudah tumbuh subur  melata diatas pusara arwah Adam Danish. Sebagai seorang ibu yang melahirkan , setiap masa beliau nakkan yang terindah buat anak anaknya walaupun anaknya itu telah berada dialam yang lain. Semua ibu akan  rasa begitu. Dan sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat ,ibu Adam sering juga berkongsi apa jua aktiviti beliau dipusara Adam. Alhamdulillah ,biarpun maq duduk jauh , paling tidak dapatlah lihat perkembangan terkini disana.  Anak syurga...tenanglah awak ditaman syurga,disamping para solihin.Rezeki awak ,dapat pergi terlebih dahulu dari kami.Nanti sampai waktu ,kami pun bakal menyusul. InshaAllah... Ya Allah... Dengan keberkataan bulan Ramadhan kali ini , aku bermohon kepadaMU, KAU bebaskan aku dan ahli keluargaku dari api neraka ,dan K...

Ayam Bakar Sedap

Image
 Assalamualaikum. Sedar tak sedar dah habis seminggu kita berpuasa.Tinggal 3 minggu lagi berbaki. Alhamdulillah , setakat ni semua aktiviti ramadhan berjalan lancar. Semoga Allah terus beri kita rezeki sihat. Kalini maq nak kongsi resepi ayam bakar yang sangat sesuai dimakan bulan bulan puasa ni.Sebab ? takda sebab pun saja nak kongsi .Kot korang dah buntu nak masak apa untuk makan berbuka nanti. Ok jom semak resepi ,kot ada bahan bahan kat dapur tu ,boleh masak nanti. Bahan bahan. Seekor ayam belah 4. sos cili 6 sudu makan sos tiram 2 sudu makan madu 2 sudu makan lada kisar 2 sudu makan lada hitam 1 sudu makan  ( nak pedas tambah lagi ) garam 1 sudu teh gula 1 sudu makan bawang putih 2 ulas ( tumbuk lumat) butter 50gram ( kalau takda butter ,margerin pun boleh guna) Cara : bersihkan ayam dan toskan. masak semua bahan atas api pelahan sampai butter cair sekata,dah mendidih,tutup api . Bila dah sejuk sikit tuang atas ayam dan gaul rata,perap 2 jam. Susun elok elok atas loyang p...

Kena Covid19 Atau Demam Biasa?

Image
  Assalamualaikum. Beberapa hari selepas PRN Johor pada 12 Mac haritu ,maq ,encik suami & anak bongsu diuji dengan demam & selsema.  Mula tu niat nak beli test kit covid19 tapi bila fikir balik , kami bukan ada nak keluar kemana pun ,jadinya  maq pilih untuk kendiri dalam rumah selama 8 hari je. Pesan kat ahli keluarga  lain ,jangan balik kerumah kami buat masa tu,kami sedang jalankan kendiri. Dan mereka akur. Maq positif ke?Ntahlah tapi demam kalini lain dari demam biasa. Mula² tu tekak rasa perit ,macam ada something yang tersangkut  antara kerongkong & hidung. Hembus hembus tak keluar apa pun.Tapi rasa sangat tidak selesa. Lepas tu badan mula rasa dedo,maq makan panadol jelah sebagai ubat. Kemudian ok, pastu bila petang dedo semula bila pagi ,ok semula. Tapi demam dia taklah sampai tahap demam panas.Cuma dedo biasa. Masuk hari ke 2,petang tu masa nak mandi maq dah gigil sakan.Satu badan rasa bisa.Nafas pun berat . Mandi cepat cepat dan pakai sweat...

Ramadhan 1443

Image
 Assalamualaikum. Alhamdulillah ,harini masuk hari ke 4 Ramadhan. Sejak pendemik dari tahun 2020, kalini rakyat Malaysia beralih ke fasa endemik pula. Ramadhan tahun ni semua orang boleh ke bazar ,bebas bershopping ke sana ke sini dengan meriah .Takda siapa nak halang lagi dah.Yang penting SOP jaga .Lain lain acara pandai pandailah berjaga jaga. Bila dah 2 kali kena sambut raya hanya dirumah sendiri, tahun ni apa apa persiapan raya pun maq tak fikirkan lagi.Letih dah nak mikir..nak raya ye raya ,taknak raya kita puasa ajelah. Puas jugak cari mood ,tapi mood raya masih tak mau muncul .Mungkin masih terlalu awal kot nak fikir pasal persiapan raya tu. Fokus maq sekarang ni, diberi peluang berpuasa dengan rezeki kesihatan yang baik disepanjang bulan ramadhan tahun ni,itu pun dah syukur alhamdulillah... Kepada readers ,maq ucapkan selamat berpuasa ,semoga kita diberkati disepanjang bulan mulia ni,inshaallah.. Aamiin..

Pantai Perpat - Mac 2022

Image
 Assalamualaikum. **Gadis tutup muka dengan tapak tangan je bila dipanah dengan sinar  mentari petang. Bawah ni ,senarai post popular  blog maq.View  dalam tempoh '7 days'.Blog orang tua kan, takdalah sehebat mana pun viewnya. Bila tengok setiap minggu banyak view untuk post tentang  Pantai Perpat  yang maq update pada Februari 2020 lalu. Maka Ahad lepas sekali lagi maq ke Pantai Perpat bila mana katanya pantai tersebut telah dimajukan.Dan sudah berubah wajah. Pertamakali sampai maq agak tekejut sebab nak masuk kena bayar. Oh..dah ada yang menguruskan pantai ni ,patutlah kena caj pakir. Dulu tahun 2020 ,masuk adalah percuma dan pengunjung nak melepaklah selama mana pun kat situ, tiada siapa yang menghalang. Masa maq pergi,air laut sedang surut, inilah hasilnya.Sedikit memori dari galeri.⬇️ Kalini maq suruh encik suami cari pakir kedalam sedikit sebab nak tengok situasi terkini dipantai tersebut. Memang meriah sey! tak rugi pun kalau bayar rm2.00 tu. Pantai ...