Posts

Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

Image
  Assalamualaikum  Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini.  Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki.  Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen.  Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar.  Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi.  Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak s...

Amway beri peluang kepada pelanggan setia

Image
  Assalamualaikum.  Sejak kebelakangan ini, ramai orang join amway semata mata nak beli barang dengan  harga ahli je. So mereka taknak lah berjualan, beriklan atau bergroup bagai. Yelah beli untuk keperluan sendiri je, bukan nak tambah income, ye tak?  Menjelang 2021 , amway ada buat promosi. Promosi Mencari APC ( Amway Previlage Costumer) . Siapa APC tu? APC tu, mereka yang,  # X perlu menjual # X perlu cari orang # X perlu meeting. # beli barang harga ahli # shopping secara online. Wah best ke best?  Dengan wang pendaftaran hanya sebanyak RM20.00 , APC layak dapat kemudahan semua yang diatas tu selama 12 bulan!  Waw!!  Lepas 12 bulan apa jadi?  Ye lepas 12 bulan APC kena daftar semula untuk dapatkan kemudahan kemudahan diatas tu semula.  Barang apa APC boleh beli dengan harga ahli tu?  Alhamdulillah  , semua barang yang amway ada. Dari sekecil kecil botol spray mouth glister, hinggalah katil dan tilam dreamland !  Haa ta...

Salam mewangi dari Maq

Image
 Assalamualaikum.  Busy sangat sekarangni. Bila ramai pelanggan tanya " amway ada jual perfume tak? " ,  maq terpaksa jujur. Maq akan jawab " dulu ada, sekarang dah tak.. " So bila sesaorang ajak maq bisnes perfume, maq pilih untuk " ayuh, mencuba! Belum cuba mana kita tau hasilnya!  " Wah semangat ko..  Alhamdulillah, 1 November 2020 maq dah jadi salah seorang stokis perfume untuk jenama D'Calysta. Dengan title " bau paling win " - maq teruskan usaha. Harini 11/11/2020 - bermakna dah 11 hari maq berwangi wangian. Alhamdulillah  respond pun mengalakkan . Sebagaimana yang kita sedia maklom PKPB yang baru 3 hari berkuat kuasa ni dah buat langkah perniaga macam maq ini terbatas sikit. Tapi Insha Allah  ,rezeki takkan salah alamat. Allah bagi apa yang kita perlu. Yang penting kejayaan itu dicari ,bukan ditunggu!  D'Calysta perfume, 30 ml, harga runcit rm 38.00 , berminat boleh wasap je. Berminat nak beli ataupun nak jual, sangat dialu alukan....

Ku lihat hijau

Image
  Assalamualaikum.  Kesian blog ni dah lama sangat sunyi. Kalau tak tiap hari dok lah nak update post. Kadang kadang sampai tak tahu dah nak letak post tu tajuk apa. Sebab dah banyak sangat idea hehe Seminggu dua ni selain masih berusaha berniaga online dengan produk Amway,  maq sedang lagi sibuk mengurus satu lagi aktiviti.  Pertamakali apa yang maq fikir,  ruginya kalau berasal dari  kampung tapi dah tua tua gini tangan ni tak dan nak sentuh tanah.  Maksud?  sebagai anak jati kampung, maq memang suka bercucuk tanam. Tapi dengan keadaan rumah perumahan yang maq dah diami hampir 25tahun ni, maq langsung tak dapat nak taman pokok apa pun. Maq rindu bau tanah. Rindu nak pegang struktur tanah. Akhirnya maq pun belilah tanah.  Berapa ekar beli tanah?  Hmm tak banyak lah, cuma 2 bungkus, kurang lebih 10 kilogram je hehehe.. Takda nak ekar ekarnya. Maq takda pun kebun seluas berekar tu setakat ni. Apa pun masih bersyukur sebab masih ada peluan...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Image
Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Buat Kad HPT kat KK Batu Pahat

Image
  Assalamualaikum.  Seperti yang dijanjikan, pada 1 Oktober 2020 , maq diarah buat kad untuk join the club.  Club? Maq kaki clubbing?  Haha buang tabiat agaknya kalau maq ni seorang kaki clubbing. Baru nak cari parking je,  encik security dah suruh maq balik. Warga emas takleh join kami, sedarlah acik lutut tu dah longgar dah. 😂  Sebenarnya maq ke Klinik kesihatan Batu Pahat. Daftar sebagai pesakit darah tinggi atas arahan doktor pada temujanji pada 3hb Ogos lalu.Masa tu tekanan darah tetiba naik mendadak. Tak tahu kenapa tapi maq terima je. Bagi maq, ini pasti ada hikmahnya yang maq belum nampak lagi..  Maq jenis kalau ada temujanji, maq akan datang 30-45 minit awal dari waktu temujanji tu. Tengoklah keadaan klinik ni, lengang je sebab baru pukul 7.25am. Buat kad pukul 8.00 am. Maq lebih rela menunggu dari ditunggu. Cewah ayat kemain lagi..  Selepas proses saringan ,akhirnya maq dibenarkan masuk ke dalam klinik. Alhamdulillah 7.48am maq dah dapa...

Ainul Mardhiah 2 Tahun 6 Bulan

Image
 Assalamualaikum.  Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.Siapa baby A. M?Pastinya Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu. Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah  sudah semakin cerdik sekarang ni. Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan Ainul dengan tokmaknya,Ainul tak meragam pun.Malah dia pernah pesan kat maq,  " kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. " Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah,Ainul budak yang mudah dididik.Insyaallah. Nak lihat telatah alainul Mardhiah diusia 2 tahun ni? Bawah ada beberapa gambar terbaru beliau.    Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie.Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar di tempat yang dia seronok tu,kemain lagi dia beraksiiiii...  Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gelagat orang di sekeliling....