Posts

Cara Maq Merawat Migrin

Image
Assalammualaikum Kalau sebelum ni maq kongsi  tips bagaimana nak kurangkan sakit pinggang tapi harini maq nak kongsikan bagaimana nak merawat kepala yang migrin .Bukan dengan berjumpa doktor tetapi dengan cara yang maq selalu amalkan. Apa maq buat ? Ambil tapak tangan orang yang sakit tu. Kemudian tebalikkannya  supaya  tapaknya berada diposisi bawah.Diantara celah jari ibu dan jari telunjuk tu kan ada isi yang gebu sikit tu kan ( ditengah-tengan ) Ni haa, macam gambar bawah ni . Urut bahagian tengah jari tu perlahan-lahan. Ketika itu pasti sakit nya macam nak pecah rumah kalau pesakit tu memang seorang yang  pakar menjerit . Kalau urut baiknya tak mahulah kuat sangat ye , sakit woooi!Urutlah dengan kasih sayang je. Urut pelahan dalam 10-15 minit.Lagi baik letakkan sedikit loysen atau minyak biar tak perit kulit tangan tu. Dan kalau tak kurang buat lah 2 hingga 3 kali dalam sehari sampailah sudut tu tak sakit dan kepala pun tak pening lagi.Nah cuba ye ! Kata ...

Tangani masalah anak nakal

Image
Assalammualaikum Bagaimana nak didik anak-anak yang nakal ? nakal disini bermaksud manja yang melampau . sukar ditegur ,sukar di kawal ,sukar di pantau . Maq selalu dapat kanak-kanak  yang sebegini untuk dijaga . Pernah maq jaga seorang budak yang berusia 3 tahun lebih yang katanya sangat nakal hingga sering di cubit oleh pengasuhnya dulu . Puncanya dia  selalu buli anak pengasuh lamanya sehinggakan pengasuh tu tak tahan dengan perangai kanak-kanak tu .Bila mama dia menyerahkannya kepada maq , maq just janji, ok ,maq cuba uruskannya,insyaallah .. Budak nakal ini sebenarnya dia manja melampau . Dia nak  minta perhatian dari kita . Pada  awal '' perkenalan '' kami,maq biarkan dia dengan perasaannya. First bila maq perhatikan .... Dia ni suka membuka almari simpanan maq, dia suka selongkar buku-buku sekolah anak maq ,dia tak mahu tidur siang, dia suka menyakat kawan-kawan ,dia suka bergaduh, pukul kawan-kawan dan tak dengar arahan maq. Yang pelik bila maq mengadu...

petua hilangkan tersedu bayi

Image
maq ada tips pelik lagi ni ! nak tau tak  ? apa yang anda buat kalau bayi anda tersedu  ! tahu tersedu ?? ala..nak bunyikan tak boleh pulak la . tapi selalu orang tua-tua kita kata tu tanda budak nak besar . emmm ye ke ...abis kalau maq yang tersedu ?? agaknya nak besar mana lagi kan hehehe ok la mesti semua tahu apa yang dipanggil tersedu tu . so..apa yang selalu maq buat pada bayi yang tersedu ? senang je ... * ambil sehelai kertas yang bersih   . emmm contohnya kertas  surat khabar ke..kertas buku latihan  ke ... apa-apa kertas la ,tapi jangan bil letrik  pulak ,kang marah orang TNB bila dia tengok bil koyak ! ok...koyakkan sikit je ..adalah macam besar kuku jari telunjuk anda tu la gayanya . kemudian baca selawat sekali ,lepastu jilat (macam orang nak tampal stem kat surat ) maq tak boleh tunjuk tapi anda mesti tahu gambarkan . kemudian ...tampalkan kat dahi bayi anda yang tersedu tu ( sama macam tanda didahi orang india tu la gayanya  )...

I'tiraf dan zikir taubat

Image
Assalammualaikum Maq kalau nak tidurkan anak -anak asuhan , antara alunan yang akan didodoikan ialah alunan  i'tiraf dan zikir taubat . Pastinya tak sampai 10 minit sudah ada anak -anak yang mula  menguap ...  anda pun boleh juga amalkannya . Wahai Tuhan ku tak layak kesyurgaMU namun tak pula aku sanggup kenerakaMU ampunkan dosa ku terimalah taubat ku sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar. dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai dengan rahmatMU ampunkan daku oh Tuhanku wahai Tuhan selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan kecelakaan kami takut , kami harap kepadaMU suburkan lah , cinta kami kepada MU kami lah hamba yang mengharap belas dariMU

Masalah sakit pinggang ?

Image
Assalammualaikum .. Semalam maq update post pasal tersedak pada bayi , kali ni maq nak share satu lagi tips pelik yang maq selalu amalkan. Pernah mengalami sakit pinggang ?  Definisi sakit pinggang: ia terjadi bila otot dan ligamen dibahagian belakang badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik.Ini menyebabkan terdapat regangan secara berlebihan akan belaku.Ia juga menyebabkan tulang tulang tidak stabil kerana otot  yang berfungsi sebagai penjaganya semakin lemah. Sumber : Google 📌 Tips yang maq selalu amalkan bila salah sorang ahli keluarga maq alami sakit pinggang  ialah urut betis dia! Urut dari bawah ke atas.Urut perlahan je.Lagi elok menggunakan minyak kelapa biar licin dan lancar. Jika pesakit itu lelaki pastinya bulu kaki dia tidak rasa perit  bila proses mengurut tu guna minyak kelapa ( kalau tak guna minyak bulu kaki akan melekat ditapak tangan nanti ,ishh perit tu.. )  Apapun semua minyak urut boleh digunakan untuk proses ini kecuali minyak petr...

bayi tersedak ,tips pelik ??

Image
Assalammualaikum Harini maq nak kongsikan satu lagi tips.Nampak pelik tapi bila maq buat  memang menjadi. Anda ada bayi ? apa anda buat bila bayi anda tersedak ? ada orang cakap tiup muka dia . Allahhu , terpisat-pisat budak tu nanti sebab kita hembus nafas kita kat muka dia.Kesian.. Kalau ikut cara rawatan  pakar , bayi akan ditelungkupkan kemudian ditepuk belakangnya. Jadi apa kah yang maq selalu buat bila ada bayi yang tersedak ? Pertama , maq akan tarik ibu jari kaki dia perlahan-lahan seakan-akan seperti mengurut tapi cara  ini macam kasar sikit la sebab ianya 'ditarik' ...dan alhamdulillah bayi tu akan berhenti tersedak. Maq bukan pakar saraf jadi maq tak tau apa punca tarik ibu jari kaki dia boleh berhentikan tersedak bayi.Tapi usaha ini selalu berhasil. Tak tahu la  tarik gaya mana , tapi jangan tercabut ibu jari kaki  budak kecik  tu sudah la . Kalau anda nak tau lagi tersedak boleh bawa maut kepada bayi yang masih kecil.Ia sangat lah merba...

Hati Hati Kawan Makan Kawan

Image
Assalammualaikum .. Maq nak tanya ,korang pernah difitnah ? maq pernah! Itu pertama kalinya maq kena sejak maq jadi isteri orang ni.Dah lebih 20 tahun maq mendirikan  rumah tangga ,ini pertama kali. Perkongsian ini bukan nak buka aib diri sendiri tapi maq nak anda hati-hati dengan kawan yang makan kawan ni .didepan  kita dia sangat baik tetapi dibelakang kita , waallahhualam... Kisahnya bermula bila maq terlalu aktif dengan satu perkumpulan yasin ditaman maq.Ala bukan nya kumpulan apa pun ,ianya berunsur jariah juga.Lainlah maq join kumpulan penari tiang ke,barulah layak untuk difitnah  ...nauzubillah ... Setelah lebih kurang 8 tahun maq aktif ,akhirnya pada tahun lepas (2013 ) maq dilantik menjadi naib pengerusi kumpulan dan ini amanah !!! tapi maq kena gak terima sebab persetujuan sangat ramai . maq cakap : ok ...saya cuba ye .... Dan dalam masa tu semua aktiviti berjalan lancar .Setiap minggu kami ada menjalankan aktiviti tersebut . Hinggalah pada satu hari ......