Skip to main content

Posts

Si Bongsu Manja Maq

  Assalamualaikum ... Anak bongsu  maqnie buat kejutan.Pulang dari sekolah dengan wajah yang murung.Airmatanya mengalir dipipi. Maqnie terkejut.Laa dah kenapa ?? Dia hanya mampu merenung maq dalam linangan airmatanya tanpa bersuara.  Ditunjukkan jari ke hidung . Laa kenapa  ? hidung berdarah  ???  Dia gelengkan kepala. susah nak bernafas .. jawapnya perlahan. sebab apa  ??  Selsema  ...dia jawap perlahan dan air mata nya masih menitis-nitis di pipi jatuh ke karpet rumah. demam ea? maq soal dia lagi. A'ah ..tadi masa kat perhimpunan , badan aida tetibe sakit ,lepas tu terus rasa sejuk macam nak demam. so ni demam ke ?? maq banyak tanya ... Dia mengganggukkan kepala sambil menangis .  Dah pergilah tidur ,petang tak payah la sekolah agama ,nanti maq SMS kat orang van.Pergi tukar baju tu dulu. Dia terus menyalin baju sekolahnya dan tidur. Petang selepas suami maq pulang dari menziarah ibunya dikampung kami bawa si bungsu ke poliklinik b...

penjaga hati

Assalammualaikum .. bila bercakap soal hati , kadang kala kita lupa  pada sebuah kenyataan ! dimana kata orang luka ditangan nampak  berdarah ,  tapi luka dihati , tak ada siapa pun tahu ? terluka atau dilukai bukan lagi perkara asing bagi  kita . antara tugas dan tanggung jawap pula , kadang-kadang kita tersepit diantaranya  . antara kasih dan kasihan  dan antara akur dan janji . semuanya melibatkan hati dan perasaan . sebagai wanita dewasa , maqnie sedaya upaya nak kan yang terbaik dari  diri maqnie sendiri  , namun kadang-kadang kita saja yang kena jaga hati orang , buat baik  pada semua orang , sedang kan hati kita tak ada siapa yang tahu , tiada siapa yang kisah  ... - pujuk hati sendiri la jawapnya.....

Privacy Itu Perlu

Asalammualaikum, Selamat bertemu kembali di tengah malam yang dingin , hujan diluar rumah , nyamuk banyak didalam rumah . harini permulaan murid-murid sekolah melalui  alam persekolahannya pada hari ahad ! sejarah kini berulang... Rasanya keadaan biasa-biasa aja . tapi pada diri maqnie yang berkerja sendiri , dan suami maqnie yang mempunyai cuti pada hari ahad , anak sekolah bukan alasan untuk kami suami isteri beristirehat  dihari minggu . Dengan keadaan berkerja dirumah , maqnie terpaksa mengambil keputusan untuk seragamkan semua anak-anak asuhan untuk tidak dihantar kerumah maqnie pada hari minggu ( hari ahad ) Ini kerana pada hari ahad , maqnie kena kemas rumah yang selama seminggu berkerja hanya pakai baling-baling je barang-barang tersebut ! ini berlaku sebab mengasuh anak orang bukan sama dengan membela anak kucing . mereka perlu dijaga rapi , di kawal agar tiada apa-apa juga calar  atau lebam dibadannya ! tidak kembung pada baby , tidak luka pada yg suda...

Resah Seorang Ibu

Assalammualaikum.. Nampak sangat sibuknya kan,sehinggakan berhari-hari dah rasanya blog ni sunyi . Malam ni sambil tunggu anak dara maq pulang dari tempat kerja  , sempatlah juga berblog. Sebenarnya mata dah mengantuk,tapi dik kerana kerisauan,maka nak tidur pun tak berdaya rasanya . Bila anak dara pulang lewat,hati seorang ibu sentiasa gelisah,resah,dalam jiwanya sentiasa berdoa agar anaknda yang dinanti  dapat pulang dengan selamat dari tempat bekerja. Aduh inilah hati seorang ibu .Mudah sangat digoda resah. Perubahan waktu kerja yang menggunakan shif ini amat membuatkan hati keibuan ini menjadi tidak tenang .  Bayangkan anak maqnie dikenakan kerja shif : 8am ~ 4pm 4pm ~ 12am 12am ~ 8am Allahhu memang sakit  bagi maqnie kali ni  . Apa yang mampu maqnie buat sekarang , berdoa untuk keselamatan beliau , selamat pergi ,selamat la kembali kerumah ini . aamin.. *mungkin inilah yang ibu maqnie pernah rasa masa maqnie  muda muda dulu  agakn...

kecil lain , bila besar lain

Assalammualaikum Salam mesra dari Batu Pahat  yg  lebih dikenali sebagai Bandar Penggaram .Petang tadi suami maqnie bawa kami sekeluarga keluar untuk mencari kain  bagi membuat uniform sekolah anak perempuan maqnie yg kecil . Sudah menjadi kebiasaan , tiap akhir tahun , maq akan menjahit baju kurung sekolah untuk anak-anak .Tiba sahaja di kedai kain tadi , ramai pembeli yg memenuhi kedai tersebut, masing-masing mencari kain untuk dibuat pakaian anak sekolah , alhamdulillah , sudah pasti baju kurung adalah pilihan utama di negeri Johor ini. Tapi ada satu persoalan disini , kenapa bila dah tamat persekolahan ,anak -anak sukar sungguh nak mengayakan baju kurung  apatah lagi bila keluar rumah mereka lebih selesa berseluar jeans ! dimanakah silapnya?  Tak perlu salahkan  sesiapa ,mereka bila dah besar, mereka rasa mereka dah boleh urus diri mereka sendiri. Pilihan mereka pilihan hebat. Itulah hakikatnya. -maq berkata berdasarkan pengalaman memerhati an...

Ahmad Albab

Assalammualaikum Leka anak anak maqnie menonton filem arwahyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk -Ahmad Albab . Rasanya usia maqnie 7-8 tahun cerita itu dah popular dah tapi disebabkan kreatifnya pengarah waktu itu maka hingga kesaat ini cerita ini tetap menarik dan masih ditonton oleh  generasi melenium. Suara kanak - kanak yang real menangis memang terbaik, watak datuk yg sombong memang hangen dibuatnya , San sifat kebodoh - bodohan si shawal memang happening !! Cuma pakaian bini jin tu nampak tak bergaya la sebab dia berpakaian seksi hehehe ke ada maksud tersendiri. Dalam hidup kita kena jujur walaupun ditindas oleh mereka yang bersifat kejam dan sombong. Kekayaan belum kekal lama tapi kejujuran akan menjamin kita dipandang hebat !  hahahahahahah  *gelak macam bapak jin  **Just nak tanya mr astro , hello Mr, you mau ulang ini filem berapa kali daaaa....

Resah Menjelang Januari

blogging time Assalammualaikum Hari minggu yg dingin seharian ni , maqnie. dan family macam tak ada apa - apa program seharian ni .  Katanya ada jualan penghabisan stock di Summit Prade tapi ... * pejam mata , tutup kan lah nafsu shopping maqnie ni hehehe Dalam kiraan dua minggu lebih , anak- anak akan naik sekolàh , maka fokus ibubapa saat ini hanya bajet sekolah ! Mana dengan duit buku , yuran , peralatan , pakaian , kenderaan ,ohh semua itu dalam bajet , mohon semuanya berjaya di' settle' kan , insyaallah .. Bila difikirkan ,maqnie  ini baru untuk 2 orang anak , bagaimana dengan mereka yg mempunyai anak yang ramai. 4orang? 5 orang?  Namun percayalah bahawa tiap anak itu  ada rezkinya Allah je yg maha mengetahui...