Skip to main content

Gadget Baru



Assalamualaikum. 

Sejak doktor dah sah kan bahawa maq ada  masalah tekanan arah tinggi dan kolestrol tinggi, pertamakali apa yang penting ialah jangan meremehkan rutin MAKAN UBAT.


Untuk elakkan pisang berbuah 2 kali. Ye,  setiap sebelum tidur kena pastikan makan ubat dan setiap selepas sarapan juga kena makan ubat. 


Untuk kawal keadaan maq ada 2 gadjet  yang dah jadi peneman setiap masa. Benda tu ialah, 

pemotong ubat


alat tekanan darah


Setiap pagi dalam pukul 9.00 keatas ,maq akan buat pemeriksaan tekanan darah. 


Yang menghairankan,sejak balik dari klinik tu, maq tak jumpa lagi tekanan darah naik sampai 160-170 ! 

Yang maq  jumpa paling tinggi pun 135/78.

Selebihnya seperti biasa, 127/80-122/79-120/72 

Persoalannya kenapa dekat klinik kesihatan haritu bp maq tinggi mendadak??? 



Bila maq tonton di youtube.Ada seorang doktor jelaskan, ada terdapat waktu waktu sesuai nak ambil tekanan darah ni rupanya. 


- awal pagi dapat bacaan tinggi, petang atau malam nanti dapat bacaan yang rendah sikit.  Sebab tu mulai ogos 2020 ,maq ambil tekanan darah  pukul 9.00 pagi. Bukan 9llpl.00 malam macam sebelum sebelum ni. Alhamdulillah  bacaan masih dalam keadaan stabil. 


- kalau sakit jangan ambil tekanan darah, nanti bacaan tinggi. Contoh ketika sakit gigi, sakit kepala, sakit pinggang dan sakit apa punlah. Jangkaan maq, ketika maq ke klinik tempuhari, lutut maq masih belum pulih 100% lagi. Kemudian maq terpaksa jalan kaki ke tempat saringan, lepastu ke tempat ambil results darah, lepastu pergi daftar, lepastu baru jumpa doktor. Sejujurnya lutut memang terasa nak tercabut masa tu.



Tapi disebabkan maq tak tahu. Akibat sakit yang maq tahan tu makanya dapatlah bacaan tekanan yang naik mendadak giler tu.Agaknya kot?  Waallahu a'lam.Semua ni ada hikmahnya yang mungkin maq masih tak nampak lagi.



- ketika penat jangan ambil  bacaan tekanan darah, nanti bacaan naik jugak. Macam contoh lepas balik berkebun,  terus check, haaa nanti darah naik, kalut pulak serumah. Padahal takda pun darah tinggi sebelumni.


-  lagi satu punca bacaan naik, jangan makan makanan masin. BUKAN bermakna tak boleh makan garam eah,  tapi jangan makan terlalu masin! ikan masin, ikan bilis, sawi asin,ikan pekasam ,cencalok, belacan, dan semua yang setaraf dengannya lah senang cakap.


Sebab dalam makanan tu kadar garam sangat tinggi! Ye muaaasin terlalu banyaaakkk!!


Tapikan,kalau ikan pekasam perah limau kasturi pastu potongkan bawang besar and cili api.. Peh... Ngencesssss.


Nak selamatkan keadaan, lebihkan minum air masak sebab bila banyak minum air kosong, nanti toksid ( garam dalam badan)  akan keluar melalui urine dan peluh. 


Apa pun sabar tetap sabar.Anggap je dah lebih 50 tahun kita makan semua benda masin kat atas tu, dan katakan pada hati,


 "Puas dah makan semua tu.Rasa jemu dah"


Hehehehe.. 


Orang tua memang gini kot. Pandai pujuk hati sendiri. ( padahal dah terpaksa)  😂


Apa pun, maq redha apa je yang Allah rancangkan untuk perjalanan hidup maq. Lagipun bukan lama noh usia ni. Entah esok, entah lusa,  entah entah kejap lagi.


Maq  akur pada kata nasihat lama ni ,berusaha macam akan hidup 1000 tahun lagi dan beramal lah bagaikan akan mati esok hari. 

Walallahhua'lam .


Allahhumma ya Bari'❤


Selfie sat.. 


Comments

  1. Harap normal balik tekanan darah.
    Terima kasih beri tips untuk ukur tekanan darah.

    ReplyDelete
  2. NA, itulah harapan maq. Sama sama :)

    ReplyDelete
  3. ibu pon ada BP test ni..senang kalau nak tahu blood pressure kan

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya baik-baik :)

    ReplyDelete
  5. Rutin makan ubat kena konsisten
    Mudah2an sentiasa sihat

    ReplyDelete
  6. insyaallah..klo selalu monitor nanti lelama terkawal kan..

    ReplyDelete
  7. heheheh betul tu kak, ubat jangan tinggal, dana biasa amik tekanan petang... time tu rendah bacaan kalau pagi memang tinggi, kalau kt klinik atau spital memang tinggi mencanak... lagilah debar nak jumpa doktor kan

    ReplyDelete
  8. Cuya : ye kalau dah ada hari hari boleh check bp.

    ReplyDelete
  9. Kai - mudah mudahan,insyaallah .terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  10. WP : Insyaallah, terima kasih wak

    ReplyDelete
  11. Anakdenesor : mudah mudahan. Itulah harapan maq sekarangni. T. Kasih :)

    ReplyDelete
  12. Dana : itulah. Masalahnya bila jumpa doktor hati terus jadi tak tentu arah. Biasanya akak pasrah je hehehe

    ReplyDelete
  13. Eh ada gadget pemotong pil ke? senang la nak potong pil yang besar-besar susah nak telan tuuu

    ReplyDelete
  14. Cik TK, ya ada. Maq beli kat farmasi. Ia memang memudahkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...