Skip to main content

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus


Assalamualaikum.

Salam 1 Rejab 1441 Hijriah.




Sebagai manusia yang tak sempurna kita sering lakukan kesilapan samaada dengan sengaja atau tidak. Alasan "tak sempurna" itulah yang sering kita guna pakai untuk cover silap sendiri - Kadang kadang*


Dulu zaman maq kecil, orang nak minta maaf tunggu raya.Ialah, zaman belum maju, nak kesesebuah tempat pun kena berebut naik bas. Teksi pun tak berapa nak banyak.So hari rayalah baru datang anak beranak, lepastu luahkan apa semua silap dan salah yang pernah dilakukan. 


Dari shawal tahun lepas sampai shawal tahun ini. Airmata jangan cakaplah, jurai jurai turun ,boleh tadah dengan cawan rasanya. Tapi cara minta maaf macamtu maq nampak ianya 200% ikhlas. 100% nak minta maaf dan 100% lagi nak  memaafkan.


Tak sama dengan minta maaf zaman sekarang.  Hantar sticker ,hantar emoji rasa dah settle  dah dosa dengan sesaorang. Aduh... 


Macam tak puasati je minta maaf cara gitu kan. Padahal kalau difikirkan zaman sekarang salah kita lebih banyak dari salah orang orang zaman dulu.


Sekarang on je tv,  tonton drama, kita complain pelakon dalam drama,  tonton persembahan nyanyian, kita complain penyanyi yang buat persembahan.


Tonton berita, kita ngata pembaca berita,  mangsa kejadian dalam berita, mangsa keadaan. Semua orang kita balun anggap salah. Haaa, tu baru switch  on tv.


Online facebook ,twitter lagi dasyat, artis salah ,family artis salah, menteri salah, kawan facebook salah,  page ustaz  salah ,orang kementerian kesihatan salah,doktor ,nurse, cikgu,  ahli  ahli group facebook salah.


Orang punya status kita komen ayat kecam, konon dia salah.  Kita buka rahsia orang itu ini. Yess ada je yang tak kena mereka tu dimata kita.


Masuk instagram, masih jumpa salah orang tu ,salah orang ni. Padahal diaorang tu, kita bukan pernah duduk serumah pun. Sembang semeja pun tak pernah. Tapi ada je benda kita kata salah.


Whatsapp lagi hebat tempat nak cari salah orang.  Jumpa perkongsian pasal pemimpin,  semua group kita forward kan, lepastu dok kalut pertikaikan kesalahan mangsa kena bahan tu. Video,  gambar gambar, habis semua kita forward semata mata nak beritahu diaorang yang berkenaan tu ada kesalahan.


Tu baru di tv dan laman sosial. Belum kesalahan orang keliling ( jiran jiran tetangga)  kawan kawan sekerja,  saudara mara, sahabat handai, rakan taulan. Adik beradik, ipar duai! Haaa tu belum tentu mereka sempurna kat mata kita.


Lagi teruk berbinti dasyat, dekat suami, dekat  emak bapak kita pun kita kata mereka salah.Salah itu salah ini.Astaghfirullah hala'zim.. Berat sangat dah nak bawa dosa yang tak nampak ni.


Apa yang jadi masaalah kita bukan kat dunia ni tapi diakhirat nanti, kat mana kita nak cari mereka semua ni semata mata cuma nak minta maaf??


Cari pembaca berita?
Cari pelakon?
Cari penyanyi?
Cari menteri² dan kaum kerabatnya?
Cari kawan² facebook?
Cari admin² page?
Cari follower² instagram, twitter ?
Cari kawan² group² whatsapp?
Cari jiran² tetangga dan anak² mereka?
Cari kawan² kerja?
Cari saudara mara rakan taulan sahabat handai?
Cari ipar duai, adik beradik?
Cari emak ayah?
Cari suami?


Macamana kita nak cari mereka kat padang masyar tu nanti?  Macamana kita nak beritahu yang kita nak minta maaf sebab kita ada terngata mereka? Kita ada kecam mereka dalam komen dilaman sosial. Kita ada cerita buruk pasal mereka.


 Allahhuakhbar... 😭.

Alam yang tenang tanpa dosa*


Apa yang kita tahu - Kejadian raut wajah ,haram kita ubah sebab itu ciptaan Allah tapi perangai dan tingakah laku, kita boleh ubah demi kebaikan. Dan orang lain tak mampu nak ubah kita, melainkan diri kita sendiri. So,  terserah.  Pesanan buat diri maq juga.. ❤

 Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus...

۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞


Comments

  1. semoga kita dijauhkan dari sebarang fitnah.. jemput join giveaway mama ye

    ReplyDelete
  2. Betul wak. Semua tu dugaan bagi kita

    ReplyDelete
  3. Aamiin, mudah mudahan mama.
    Maq dah nak join giveaway mama tu,tapi baru sekerat jln terus terbantut sebab blog blog tu maq tak dapat nak follow. Tak cukup syarat syaratnya,nanti 😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...