Umrah keluarga bersama Noriza&co



Assalamualaikum .

Pagi Selasa yang indah . Terima kasih Allah untuk tiap nikmat yang tak mungkin bakal terbalas oleh hamba Mu ini. Hari ini maq nak kongsi cerita keluarga je.

Awal pagi tadi di KLIA , dalam lingkungan 1:00 am, emak dan abah maq , adik adik maq ,adik adik ipar maq , anak anak buah maq,  beberapa orang sepupu dan beberapa orang mak cik maq , telah selamat diterbangkan ke tanah suci untuk mengerjakan umrah . Umrah yang dipanggil sebagai umrah musim sejuk ( pada bulan disember ).

Sayu , gembira,bangga dan rasa bersyukur yang tak terhingga bila melihat wajah wajah kesayangan telah berada didalam kapal terbang , yang lelaki kemas berpakaian ihram . Yang wanita senyum tenang disebalik wajah.

Semoga Allah permudahkan semua urusan mereka disana , diberi sebaik baik perlindungan dan selamat pergi , selamat kembali ketanah air . Aaamiin ya Robbal A'lamin ..












Terima kasih Allah kerana mempermudahkan setiap urusan.

Terima kasih kepada adik adik terutama Puan Noriza yang bersungguh  berusaha untuk menjayakan perjalanan ini.

Moga  Allah murahkan lagi rezeki kalian , menjadi anak yang soleh dan solehah , berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat .

 Aamiin ,aamin ,aamiinn  Allahhumma Aamiin..

Popular Posts