Posts

Showing posts from December, 2014

Ibu sebagai pendorong

Assalammualaikum

Semalam sempat maq bersembang dengan seorang ibu yg mana anak nya baru je dapat keputusan PT3 . Menurutnya keputusan anaknya yg dapat 4A tu dia serahkan bulat bulat kat anak nya untuk tentukan sekolah apa nak dituju untuk persediaan SPM nanti . yg penting asasnya anaknya dah dapat pada form 1,2,3 lalu !


Ye memang betul ,untuk pembelajaran anak anak zaman ini , ibubapa hanya perlu mendorong pada kepakaran anak bukan memerintah anak untuk ambil pelajaran itu ,ini ,sebab nanti jika mereka gagal dalam peperiksaan akan datang ,jika mereka tidak dapat kejayaan yg mengalakkan ,mereka pasti akan salahkan ibubapa mereka yg kononnya memaksa pada pelajaran yg mereka tidak suka! anak anak sekarang memang bijak dalam menilai diri mereka . cuma kadang kala tu , mereka cuma buat endah tak endah je pada tanggungjawab ,tu lah nanti hasilnya cukup cukup makan .


Sebagai orang tua kepada anak anak era ' bijak pandai ' ni ,kita kena pandai adjust masa depan mereka ,mengikut apa y…

Redha je ye

Assalammualaikum

minggu ni kesihatan maq merundum macam cuaca yang sentiasa mendung diluar sana . alahan cuaca  sejuk gaknya hurm macammana lah nak pergi bercuti ke Korea nanti ... cewah hehe


semalam keputusan PT3 diumumkan , rata rata cakap ianya keputusan yg kurang memuaskan banyak pihak . dimana kononnya sistem peperiksaan ini julung kali diadakan di Malaysia . dan calon 2014 menjadi bahan ujikaji kementerian pelajaran Malaysia . betul ke?

pada maq , kalau dah dinamakan pelajar ,apa yg ada pada mereka ialah ilmu dan persediaan untuk peperiksaan . belajar bersungguh sungguh . ulangkaji semampu boleh , fokus dalam kelas , rajin  bertanya guru guru . jadikan semua itu sebagai bekalan untuk masuk kedewan peperiksaan nanti .

maka kalau bekalan dah cukup , apa jenis peperiksaan sekali pun , apa format peperiksaan yg diberi sekali pun , mereka boleh saja jawab dengan senyuman .dan keputusan nanti serah je pada takdir dan rezeki setelah puas mereka berusaha .

tapi apa yang kita nampak pada…

Jambatan Kota !

Image
Assalammualaikum

pelik tapi benar ! maq orang Johor tapi pertama kali pergi ke felda Sening di Kota Tinggi ,Johor !lagi benar dan pelik ,maq baru pertama kali melintasi jambatan yg menarik di highway ke Kota Tinggi  !  sangat jakun rasanya.

ketika melintasi nya anak anak dan dengan maq sekali terus fokus kat ke hebatan hasil bina jambatan tu ! siapa yg reka ek ? lawo la bentuknya ,macam kat over sea gitu ~  bukti ???




menarikkan !

Kenanglah jasa orang

Assalammualaikum

bila ada yang call maq untuk tanya pasal mengasuh , maq akan cakap :

untuk baby yg dihantar  dari  pukul 7am lebih hingga 5pm lebih  atau 6pm , maq ambil rm 200-250 dan yang lebih 12 jam maq ambil rm 250-300 . 

tapi apa kesan dari kata kata maq tu ? dia orang akan sepi dan diam membisu hehe .

alright maq nak tanya lah kan kalau anda seorang yg tahu menilai letih menjaga seorang anak kecil . agak agak andalah kan tinggi sangat ke nilai yg maq beri tu ? 12jam dan lebih untuk memerhatikan seorang anak ! bagaimana kalau dalam rumah maq ada 8-9 orang termasuk ahli keluarga maq sendiri? tidak ke anda fikir tanggungjawab yg berbaris baris dalam tangan maq ini ? so mahal sangat kah jika di charge  rm 300 untuk masa 12 jam itu ? cubalah dibahagikan , jom buat soalan matematik kejap :

rm 200 bahagi 26 hari ~ rm 9.6
rm 9.6 bahagi 10jam ~ rm o.96

rm300 bahagi  26 hari ~  rm 11.50
rm11.50 bahagi 12 jam ~ rm 0.96

so hasilnya 1 jam bersamaan tak sampai rm1 ! berbaloi ke?

bagi penjaga…

Menimbang blog

Assalammualaikum ..

harini maq timbang blog lepas masuk dalam  BLOG MF. Dan ini hasilnya ?! lahai beratnya !!


maqnienurseri.blogspot.com/ We took 5.46 seconds to load all content and files from this page 5.46 SECONDS


Report Domain Lookup The time taken to resolve your domain to the correct server IP 55 ms Connection Time The time taken to establish a connection to the web server 63 ms Page Size Total page size of the website downloaded in bytes 15.25 KB Download Time Time taken to download 15.25 KB of data 0.52 secs Average Speed The average speed of connection during download 0.03 MB/s
blog dah timbang dah,tuan blog bila lagi ni ?! maq takut penimbang lari je  angkanya nanti kalau maq naik atas penimbang tu nanti .. japlah, nak ringankan blog dulu ,baru ringankan badan . ^_^

Adat Duit Pelawa

Assalammualaikum

Anda pernah pergi undangan pengantin ? pastinya semua orang pernah kan ? pernah jadi tukang kipas pengantin ? itu dipanggil pengapit . pernah dengar duit lawa  atau duit pelawa?

Bukan duit tu cantik ye tapi sebenarnya ianya berasal dari perkataan pelawa . Pelawa tu kalau diterjemahkan dalam kata lain  mempelawa  atau istilah lain sama macam menjemput , ajak , undang haa macamtulah lebih kurang . tapi  kat mana pulak nak letak duit tu ?

sini maq cerita sikit : ini cuma  adat  orang dulu amalkan ketika majlis bersanding !  kalau anda perhatikan , kadang kadang depan pelamin  kita selalu nampak ada beberapa orang perempuan atau lelaki dan kanak kanak akan duduk dihadapan pengantin perempuan . Mereka disitu bertujuan untuk mengepung pengantin perempuan supaya pengantin lelaki  dikenakan bayaran untuk duduk di kerusi bersebelahan pengantin perempuan  .

Dalam situasi ni pengantin perempuan sudah pun duduk dikerusi dipelamin dan pengantin lelaki sedang diarak kehadapan pela…

21 tahun ianya berkuat kuasa

Image
Assalammualaikum

27 haribulan November 2014  ~ genaplah  21 tahun maq menjadi isteri kepada seorang lelaki yg dipanggil suami ( hurmm sebak ) 21 tahun itu  bukan jangka masa yang singkat . jika ianya seorang manusia ,kiranya dia bukan lagi remaja malahan sudah pun layak dipanggil dewasa !

Untuk mencapai ke tahap 21 ! 1001 jenis dugaan yg kami tempuh . manis , masin, masam, pahit , pedas ,pawau, pedih ahh macam macam rasa senang cakap lahkan !

Awalnya dulu kami hanya  punya sebiji motor untuk dijadikan pengangkutan , kini kami sudah memiliki 2 buah kereta dan 3 biji motorsikal walaupun bukan dari jenama terkenal .

Dulu kami duduk dirumah sewa , kini kami punya rumah sendiri walaupun hanya sebuah rumah kos rendah !

Dulu asalnya  berdua ,kini kami sudah pun ada 3 orang anak dara !

Dulu kami tak punya apa apa kini hampir sama je dengan orang lain ,walaupun kami tak kaya raya .

Mana harta kami ?





Alhamdulillah.terima kasih Allah untuk tiap yang kami perolehi selama 21 tahun ini . moga semu…

Hasil selama 3 tahun

Image
Assalammualaikum ...

yang mana asalnya hanya nak lepaskan bebel , kini diam tak diam dah  3 tahun dan dah nak masuk tahun ke 4 maq berblog . macam macam dah maq kongsikan kepada umum. perihal dunia sebenar maq sebagai seorang ibu , seorang isteri ,seorang pengasuh  dan sebagai seorang perempuan yang hidup diakhir zaman ini ..

apa yg mengejutkan rupanya post maq yg hanya  468 post tu , yg pada maq entah apa apa je kualitinya  , rupanya telah dibaca oleh ramai orang ,cuba lihat disini ...


Pageviews by Countries EntryPageviews