Posts

Adam Aisy Taknak Tok Mak

Image
  Bismillah, Semasa jaga Adam Aisy selama kurang lebih 3 minggu hari tu , ternyata dia anggap ibu ayah hantar dia kerumah pengasuh baru.Bukan rumah atok dia. Kenapa maq kata macamtu? Sebab dia malu malu dengan maq dan encik suami.Tapi dengan Aida dia ok je.Ahh pening. Mungkin maq dah lama tak jaga dia.Ada pun kejap kejap je.Atau mungkin memori atok jaga dia masa dari dalam pantang hingga dia umur 9 bulan dulu tu , dia dah delete. Auto delete hahaha Namun maq tak kesah pun benda ni, bila Adam terdesak cari orang untuk dia minta tolong, dan cuma ada maq je waktu tu,pastinya dia akan cari tok maq.Benda simple kan.Yang penting Adam tak nangis atau buat perangai pelik.Dia elok je nonton atau bermain ,cumanya satu jelah, bila tokmak dekati dia , dia akan lari! Kat rumah maq ,main handphone memang ada waktunya.Selebih tu hanya tonton tv atau main.Tapi untuk dapatkan gambar Adam yang serius ,kenalah ada handphone ditangannya. Kalau tak, gambar akan berbalam balam je sebab Adam tak reti nak...

Bertambah Setahun Lagi Umur Beliau

Image
  Bismillah, 27 March - tarikh ini merupakan tarikh lahir encik suami.Terima kasih Allah.Bertambah setahun lagi umur beliau.Tapi bila encik suami cakap pasal tarikh lahirnya ,beliau akan kata, itu lah tanda masa untuk dia hidup didunia telah berkurang. Okey.Ayat padu.Jadi Maq tokleh nak ulas apa apa lagi. Setelah 5 tahun beliau berhijrah kepada level yang lebih baik dari dirinya yang sebelum.Banyak perubahan  positif pada diri encik suami yang maq kesan.  Alhamdulillah.Terima kasih Allah.Bukan satu tugasan yang mudah, malahan sangat menguji akal dan minda.Maruah juga kena dipertahankan bersama niat yang satu, ' kerana Allah taala..' Korang boleh tengok gambar gambar dibawah ini ,nanti korang bolehlah nilaikannya sendiri. 2 gambar diatas adalah pada tahun 2018 & 2019.Masa ni terlalu banyak benda yang encik suami kena hadap.Nak senyum pun susah. Masatu tanggungjawab beliau melambak lambak.Kerja siang malam, urus anak anak, pantau isteri ,urus rumah tangga ,urus kerjaya ...

Musuh Bagi Orang Beriman

Image
  sekadar hiasan Bismillah, Sekejap je Allah beri peluang kita berkumpul dengan ramadhan.Mula mula tu rasanya lama sangat nak dibayangkan 29 - 30 hari.Tapi bila hari ni dah masuk ramadhan yang ke 26,ye sangat pantas masa berlalu. Maq pernah dengar satu ceramah,dimana kata penceramah tu pada tahun 2025 nanti Allah ambil keberkatan masa kita.Contohnya dalam masa 24 jam tetiba dah berganti hari.Sehari rasa sejam,seminggu rasa sehari, sebulan rasa seminggu dan setahun rasa macam sebulan.Tetiba dah bertukar tahun baru sedangkan kita masih leka dengan tanggungjawab dan tugasan hakiki untuk dunia. Korang ada rasa tak betapa cepatnya masa sekarang ni berlalu?Maq dah rasa.Kadang macam tak buat apa apa lagi tetiba dah petang. Sebab tu apa yang maq selalu update dan kongsikan dalam blog ni hanyalah nasihat buat maq sendiri dan pembaca juga.Kalau dapatlah kan, peluang yang ada maq nak sebarkan sebanyak banyak kebaikan dengan cara tersendiri. Bukan nak bajet bagus tapi maq sekadar nak tahu apa ...

Tips Sihat Untuk Yang Makin Menua

Image
  Kenangan kami 💞 13 petua sihat dari pakar kesihatan. 1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung. 2.Tiada gula. Ya tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi. Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap. Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum. Banyakkan sayur dan buah buahan. 3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah. 4.Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar.Bukan dengar cakap jurujual. 5.Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali. Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari i...

Diantara Sifat Baik Pada Seorang Wanita

Image
  Bismillah, Diantara sifat sifat baik pada seorang wanita. Ditulis oleh : Saudari yang mulia Al-Faqihah Hassanah binti Muhammad Nashiruddin Al-Albany حفظها الله dan semoga Allah merahmati Ayahnya. كتبتِ الأختُ الفاضلة حسانة بنت محمد ناصر الدين الألباني حفظها الله تعالى ورحم أباها مقالة ماتعة جامعة مانعة، يجدر بنا قراءتها ومحاسبة أنفسنا على ضوء ما جاء فيها من درر وتوجيهات ونصائح نفيسة مضمنة في كلماتها، وإليكن أخواتي الفضليات المقال كاملًا: Sebuah tulisan yang sangat baik dan bagus, seharusnya bagi kita membacanya dan memperbaiki diri kita, apakah kesesuaian dengan yang terdapat didalamnya dari untaian mutiara, bimbingan dan nasihat berharga, berupa untaian kata-kata penuh faedah. Dan inilah nasihat beliau ; Diantara sifat-sifat baik pada wanita adalah: •Pemalu •Sedikit bicara, menyusun secara teliti tutur katanya dan apa yang seharusnya ia bicarakan dan tidak banyak cakap, tidak memperdalam secara teperinci dalam menyebutkan bahagian ucapan yang justeru boleh menjerumuskannya ke ju...

Perihal Beg Kecemasan

Image
  Bismillah, Melihat pada keadaan mangsa banjir yang tinggal hanya sehelai sepinggang di pusat pusat banjir di seluruh kawasan di Bandaraya Johor Bahru, Maq tergerak hati nak kongsikan maklumat yang maq dapat dari group prepping di telegram.Sediakan payung sebelum hujan.** Fungsi beg kecemasan ini bukan sahaja untuk mangsa banjir tapi pada bila mana keadaan telah mendesak. ELEMENT PREPPING 1. Pegangan Agama 2. First Aid 3. Tools 4. Makanan 5. Cutting tools 6. Cooking kit 7. Blackout kit 8. Perlindungan Tools- Comunication, gps, maps, compas, tali, safety kit, dan sebagainya Makanan- MRE, Energy Bar, bijirin, garam, kopi, kurma dan sebagainya. Cutting tools- Parang, pisau tactical, multitool, player, bolt cutting, wire cutting dan sebagainya. Cooking kit- Mestin, garfu kit, dapur askar, fire rod, vesaline, kapas, dan sebagainya. Blackout kit- Torchlight, headlamp, lampu camping, lampu usb, lilin, powerstation, battery kit, solar portable, generator, hand crank generator, radio hand ...

Tidur

Image
  Bismillah, Tidur. Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba. Saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi. Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik,menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang. Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam,seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar.Lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya,tanpa mengantuk! Saya pelik! Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal.Saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi. Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup denga...