Skip to main content

Sisa Hidup Bersama Doa & Dosa

 

Bismillah...

Setiap pagi bila masuknya hari baru, itu tandanya waktu untuk kita menumpang dibumi Allah ini semakin singkat.



Andai ditanya ,jika dapat diundurkan masa, apa yang maq mahukan saat ini???Ini jawapannya.

Pertama sekali maq nak sangat jadi anak yang baik utk ibu dan abah.Nak belajar bersungguh sungguh ,nak berjaya ,nak happykan ibu abah dengan results exam yang baik baik , nak ibu abah bangga dengan pencapaian pelajaran maq.Dapat pulak pekerjaan yang bagus bagus ,boleh bagi ibu abah duit banyak setiap bulan. Nak mereka bahagia sentiasa tanpa bersusah susah dihari tua .

Tapi mustahil benda tu dapat diputarkan semula ,kan? bila niat maq nak sambung belajar pun terpaksa dihentikan asbab parents kami tak mampu .Akhirnya maq pilih untuk habiskan pembelajaran sehingga tahap SPM sahaja.

"bagi je peluang kat adik adik teruskan belajar ,ani dah habis sekolah kerja kilang dengan kawan kawan ,nanti boleh  tolong abah bantu bantu keluarga kita.."

- itulah kata kata ibu kat maq masatu dan maq akur...

Keduanya  Maq nak jadi remaja yang berakhlak baik. Sebab akhlak baik itulah yang akan mempengaruhi siapa sahabat kita , siapa orang yang selalu disamping kita ,siapa yang sudi susah senang dengan kita.Bolehkah maq  pusing zaman remaja itu semula? mustahil ! Zaman tu dah 40tahun lebih berlalu dan maq dah pun sudah dipengaruhi oleh orang orang disekeliling pada waktu itu. Kawan kawan kerja kilang, kawan batch sekolah menengah dan hinggalah sah menjadi isteri orang , tercampur pulak aura  family belah suami. Macam macam maq belajar dengan kehidupan ini. Semua itu mendewasakan dan menuakan maq.

Ketiga ,Bila menjadi seorang ibu ,maq nak didik anak anak dengan ajaran islam 100%.Dari celik mata hingga tidur , semua dengan amalan sunnah.Sumber pelajaran pulak didikan dari  Quran dan hadis.Tapi sekarang anak anak kami dah besar ,2 orang sudah pun berumahtangga , mereka dah ada kehidupan mereka sendiri.Boleh ke maq nak didik mereka lagi? Mustahil jugak sebab mereka dah bersuami,tinggal pun dah berasingan  dari maq, jadi biarlah suami mereka pulak yang mendidik mereka..sebagai orangtuanya, maq hanya mampu mendoakan yang baik baik sahaja.

Sekarang ni tinggal sorang lagi anak dirumah ini ,umur dah nak masuk 21 tahun. Mampukah maq didik dia seperti apa yang maq mahukan tu? 50% jawapannya , ye boleh tapi dia dah pun besar panjang ,handphone pun dah jadi sebahagian dari sahabat hidup dia ,so maq masih tak mampu lagi kot , mendoakan jelah yang mampu..

Apa je yang maq buat sekarang ini ?

yes,Maq hanya mampu menghabiskan sisa usia dengan imbasan dosa dosa silam.Mohon maaf kat Allah setiap saat.Merayu merintih teringat dosa.Dosa yang melambak tu menakutkan diri  sendiri.Bila sakit ingat dosa,bila sihat ingat dosa ,bila diuji masih teringat pasal dosa. Apa pun semua ujian yang datang tu maq redha . Harap sangat ujian ujian itu dapat menghapuskan dosa dosa silam maq.Ya Allah ,aku takut siksaan api neraka Mu..😭

Sekarang tanggungjawab maq ialah memaafkan kesalahan semua orang.Ini je yang mampu dibuat.

Bila dikhianati ,maq tetap maafkan si pelaku. Maq tahu mereka pun manusia yg tak sempurna. Biarlah jampi serapah bomoh mana pun yang dihantar ,berapa banyak wang syiling ditabur dihadapan rumah, berapa banyak duit kertas seringgit diselitkan dikediaman maq , maq tetap maafkan sipelaku.

Ada sahabat suruh pasang cctv dikawasan rumah kami.Tapi  rasa maq tak perlu,Allah maha melihat.Nanti kat akhirat ,kita tonton sipelaku tu beramai ramai ,biar tak timbul syak wasangka atau fitnah lagi antara maq dengan "dia".

Mendoakan anak anak berjaya menjadi hamba Allah yang solehah disamping keluarga masing masing.Ini yang maq mahukan.Biarlah tak dapat jalankan misi ni dengan usaha maq sendiri tapi inilah yang maq nakkan belaku satu masa nanti.Maq  tahu menantu menantu maq anak anak yang soleh,inshaallah mereka boleh ..

Mengharapkan keampunan Allah swt dan mengimpikan syafaat Rasulullah saw bila dah mati nanti. Yang ni maq hanya mampu berusaha.Semoga Allah terima semua yg diusahakan ini.

Buat si bongsu , awak masih ada waktu untuk perbetulkan keadaan.Jika emak awak dah pun memasuki alam menanti hari mati , awak orang muda , awak masih bertenaga,tolong jangan leka.Hidup kat dunia ini tak lama ,akhirat jugak  nanti penyudahannya.Biarlah pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik baik.Lakukan semua kebaikan demi kerana Allah.

Sekarang ni ,diusia maq yang masih tersisa ,hanya mampu berdoa sambil teringat dosa dosa silam yang terlalu banyak...Astagfirullahal a'zim


Gambar : maq bersama si bongsu.
Lokasi :  rumah rakit, homestay Pak Leh ,Kong Kong ,Pasir Gudang,Johor.

Redup je tepi jeti **

Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Khutbah Jumaat JDT

        INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 06 Mac 2020                  11 Rejab1441 TAJUK  :  Menghargai Wanita                 1) Agama Islam- agama yg hormati kaum Wanita; iktiraf kepentingan mereka dlm kehidupan; Allah letak kedudukan Wanita di tempat mulia. 2) Firman Allah Surah An-nisa'/32 bermaksud: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yg Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (utk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yg lain (tentang harta benda ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran) kerana (telah tetap) orang orang lelaki ada bahagian dari apa yg mereka usahakan dan orang orang perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan." 3) Kaum Wanita- golongan istimewa; berperanan dlm kehidupan keluarga masyarakat & negara; berkebolehan laksana dua kerja dlm satu masa; sebagai isteri dan  sebagai ...

5 Sikap Yang Mematikan Perasaan Pasangan

  sekadar hiasan** Bismillah, 5 sikap yang mematikan perasaan pasangan. 1.Bahasa Kasar. 2.Memandang Remeh kepada pasangan. 3.Banyak mengarah pasangan. 4.Membandingkan pasangan dengan orang lain. 5.Sikap mengungkit dan menyimpan dendam. Sumber dari sedutan Ceramah Ustazah Nazirah Abu Bakar. Semoga kita tidak menjadi pasangan yang bersikap seperti diatas.

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

  Bismillah, Smoothie Semulajadi Untuk Turunkan Asid Urik Bahan-bahan: 2 batang saderi (celery) 1 biji timun (saiz sederhana – organik lebih baik) 1 biji epal hijau ½ biji lemon (ambil jus sahaja) 1 sudu kecil halia segar (dihiris nipis) 1 gelas air sejuk ATAU air kelapa muda (pilihan) Pilihan tambahan: Beberapa helai daun pudina (untuk rasa segar) Cara Penyediaan: 1. Basuh semua bahan hingga bersih. 2. Potong kecil supaya mudah dikisar. 3. Masukkan semua bahan ke dalam blender bersama air pilihan. 4. Kisar sehingga halus dan sebati. 5. Teruskan minum ketika masih segar – sebaiknya waktu pagi semasa perut kosong.  Tips Penggunaan: Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk kesan yang optimum. Elakkan menambah gula atau pemanis. Jika anda mempunyai perut sensitif, mulakan dengan kuantiti kecil dahulu dan tingkatkan secara beransur. Khasiat Setiap Bahan: ♥️Saderi & Timun: Diuretik semulajadi, bantu buang lebihan asid urik melalui air kencing. Kaya air dan rendah kalori. ♥️Epal H...

Senaman Bersesuaian Penyakit

  tekan gambar untuk penerangan yang lebih jelas Bismillah, Rupanya setiap penyakit ada kesesuaian dalam lakukan senaman dan pergerakan harian kita.Kalau tengok pada gambar, setiap senaman ada dijelaskan berkaitan penyakit penyakit tertentu. Sengaja dikongsikan diblog untuk tambah tambah ilmu dunia sesama kita.Semoga beri manfaat.Moga jadi pahala kepada pemilik gambar. Credit to owner 💕