Cucu Kami Yang Ke Tiga


Assalamualaikum..

22/6/22 : Dengan izinNya,anak kedua maq-Ety- selamat melahirkan bayi pertama beliau di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru. Alhamdulillah. 

Kenapa Ety bersalin di Johor Bahru? sebab Ety berkerja dihospital tersebut dan tinggal pun tak jauh dari situ.


Gambar atas : pemandangan kawasan tempat tinggal Ety & pasangannya Nasrul. Maq stay rumah Ety 2 hari sementara  menunggu Ety keluar wad untuk bawa dia balik ke Batu Pahat.

Gambar atas : Menarik pemandangan ni. Dalam pembangunan yang rancak,ada sebuah rumah lama dicelah kesibukan hospital Sultanah Aminah JB. Tetiba maq tertanya tanya "rumah siapa la tu ..."

 ( hastage kepochi hehe)

Maq sempat juga masuk ke wad dimana Ety ditempatkan. Masa ni wad sesak dengan katil dan pesakit,so pelawat cuma boleh masuk seorang untuk seorang pesakit.Maq bagi peluang anak menantu masuk dulu untuk jumpa isteri dan anaknya .


Gambar atas : dikatil ini Ety ditempatkan selepas bersalin. 

Sedang tunggu masa untuk dibawa pulang .Selamat dah jadi seorang "ibu"

Ok, dah settle semua urusan dengan HSA,jom balik Batu Pahat pulak. Selamat berpantang Ety.Selamat menjaga orang pantang Maq hehee...

Sehari lepas balik BP,nurse kata baby kena pergi emergency sebab kuningnya tinggi. Semua orang sedih sebab baby kena duduk wad sorang sorang di hospital Sultanah Nora Ismail,BP. 

Kami pujuk hati ..Allah kan ada...Allah jagakan baby Aisy.

Mohamad Adam Aisy ❤️
Tarikh lahir 22/06/2022
Hari Rabu malam Khamis
Lahir secara czer 
Berat 3.5kg


Lepas satu malam ditahan diwad HSNI,Baby Aisy dibenarkan balik namun setiap 3 hari,dia terpaksa ulang alik ke KKBP untuk pemeriksaan level kuningnya dalam darah. 

Gambar bawah : KKBP ni memang sentiasa penuh dengan pesakit.Ghisau maq kalau bawa baby dalam keadaan macamni.Tapi nak buat macamana,redho jelah demi kesihatan cucu & anak.




Gambar atas : kesan ambil sample darah lepas 14 hari level kuning masih tak sampai kepada 5.

Alhamdulillah,hari ni (pada tarikh entri ni di taip) Baby Aisy dah sembuh,keputusan darah pun semua ok...

Alhamdulillah jugak sebab harini hari yang ke 21.Everythings Allah dah permudahkan & berjalan lancar.Syukuran yaa Robb.

Selamat datang ke keluarga Encik Osman & Puan Noraini ( KELUARGA MANIS) 

Mohamad Adam Aisy - cucu kami yang ke 3.


Semoga membesar dengan sihat ye sayang.


Popular Posts