Result pemeriksaan darah sangat mengejutkan


Assalamualaikum. 

3hb Ogos yang lalu maq pergi ambil  keputusan pemeriksaan darah yang telah dilakukan 2 minggu sebelum tarikh tu.  Di Klinik kesihatan Batu Pahat. 

Apa yang sangat mengejutkan Maq, keputusan kali ini sangat sangat tidak maq jangkakan. Kadar kolestrol dalam darah maq semakin tinggi!  Dan disebabkan hal yang demikian,  akhirnya maq diarahkan tambah lagi dos ubat kolestrol.

Salah maq jugak. Sebelum ni doktor bagi ubat suruh maq makan ½ biji setiap malam tapi maq makan ½ biji 2-3 malam sekali. Hmmm.. Makan vitamin tapi tak makan ubat, rupanya tidak dapat nak membantu keputusan pemeriksaan. Malah lebih tinggi dari keputusan keputusan sebelum!  Allahhu akhbar.   

Dan lepas maq dapat tahu kolestrol maq semakin naik tinggi,  akhirnya dibilik doktor,  tekanan darah maq pulak dikesan naik tinggi! Mendadak!  Doktor buat pemeriksaan hingga 4 kali dan keputusan bp masih tahap tinggi! Ujian apa kali ini? 😭

Allahhu akhbar... 

Ye, semua ni salah maq sendiri. Maq ngaku.Dan akhirnya sebelum balik,  doktor arahkan maq kekaunter 1 untuk buat temujanji.  😭 apakah ini pilihan yang terakhir  dari doktor?! 

1 - 10 - 2020 . 

Maq ada temujanji diklinik. 

Maq dah kena daftar untuk "buat kad".

Maq dah start join the club. 

Semua ni salah dari maq sendiri.. 😭

Comments

  1. Lepas ni kena jagalah pemakanan
    Makan ubat ikut jadual.
    Mujur gula masih okay.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, lepasni memang kena hati hati dlm pemakanan dan makan ubat. T. Kasih wak.ye, Alhamdulillah bacaan gula ok lagi.

    ReplyDelete
  3. dana pun dah ada kad darah tinggi sejak tahun 2017 kak, biarlah di kawal dari sekarang dari terlambat kak...

    lepas ni makan ubat jangan culas kak, makan ikut masa insyallah akan semakin ok, jangan makan ubat atau vitamin bukan dengan nasihat doktor ye kak...

    ReplyDelete
  4. Ye Dana, mungkin ini peringatan buat akak atas kesilapan cara akak mengatasi penyakit. Terima kasih untuk kata nasihat Dana kat akak. Insyaallah lepasni akak akan jaga semua tentang tu. Dana pun jaga kesihatan jugak ye.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026