Posts

Nasihat Ustaz

Image
  Bismillah, Sedikit perkongsian. 1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat, 2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah, 3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yang sebelumnya, 4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal, 5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat 4 rakaat, 5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur, 6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal. 7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun, 8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari. 9. Makin kita berumur, zikir kena banyak, 10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak. 11.Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga. Sumber : Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??

Image
  Bismillah, Alhamdulillah harini semua urusan berkaitan dengan lembaga tabung haji telah mula kembali seperti sediakala. Maq pun tak pasti sama ada ianya dah pulih 100% atau berperingkat peringkat. Moga moga semua pendeposit berpuasati dengan tindakan menyeluruh dari pihak tabunghaji untuk keselamatan yang seterusnya. Dibawah ni,maq ada copy and paste makluman dari page tabung haji di laman sosial facebook mereka. So korang nanti tak payah nak penatkan jari nak belari masuk link facebook tabung haji tu lagi. Musim jerebu macam sekarang ni semuanya nampak samar samar,itu amat membahayakan. Eh! tiber 😂 ======================================== Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan. Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Bagi sebarang...

Tabung Haji Diuji Lagi

Image
  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Ini adalah bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan warganegara Malaysia pada minggu ini terutama kepada sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit di tabung haji ) apabila semua urusan mereka telah tertangguh. Thijari tabung haji offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah nak masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan rasmi tentang apa yang berlaku telah pun dikeluarkan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang simpanan mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link berkaitan tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

Image
  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi. Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

Image
  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Balik Kampung 26/9/2026

Image
  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Pantai Perpat Di Hari Malaysia

Image
  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...