Posts

Ainul Mardhiah belajar berdikari

Image
 Assalamualaikum. Bila dah ada adik,Ainul Mardhiah dah kena belajar berdikari. Masa duduk dengan maq bulan Jun lalu ( waktu mama dalam pantang) , banyak perkara Ainul nak buat sendiri.  Antaranya ,kupas kulit telur ayam rebus. Punyalah berusaha dia nak kupas.Sebetulnya video ni panjang . Dari tok ayah mula menyapu kat ruangtamu rumah ,sampailah tok ayah dah ada kat meja Ainul makan tu. Tapi Ainul kupas kulit telur tak jugak siap siap. Sempat selfie dengan tok ayah kat dapur. Anak dara nak belajar memasak ke tu? satu je perangai dia yang buat maq resah. Fon sentiasa ada kat tangan , dan dia suka layan tiktok yang dia jumpa dari youtube . Lagi satu ,ainul waktu ni masih pakai lampin pakai buang dan masih jugak minum susu guna botol . Part ni Ainul susah pulak nak berdikari ,hehe 🤔

Hadiah Birthday 2021

Image
 Assalamualaikum. 7 Julai dah berlalu. Tahun ni sama je macam tahun lepas, sambut birthday dalam suasana PKP C19. Tapi tahun ni lagi dasyat,sambut dalam suasana lock down 3.3 . Apa lock down 3.3? Orang Malaysia je tahu,orang negara lain mereka takkan pernah paham. Well done kata omputeh ! Hadiah birthday tahun ni? Makan makan anak beranak je.Tu pun buat kat rumah.Dah lama tak makan luar kan. Makan makan nya dibuat lebih awal sebab masing masing nak sambut awal. Hehhe apa pun tokleh! Antara makanannya yang kat bawah ni,yang lain tak sempat nak ambil gambar. Mamasab - produk kegemaran maq  Terima kasih anak anak dan anak anak menantu yang sponser . Maq tokleh makan banyak sebab 12hb nanti nak check darah kat klinik kesihatan. Kena kawal kualiti darah.. **kononnya je tu , padahal balun je semua yang ada kat atas meja. Apapun terima kasih berkongsi rezeki.Moga terus diberi limpahan rezeki yang tak putus, rezeki yang  halal ,barokah dan membawa kesyurga.💕 Thanks jugak kat adi...

Helpdesk MySejahtera

Image
  Assalamualaikum... Batu Pahat hujan.Sejuk macamni dengan suasana lockdown ni,bila duduk je mata pejam,pejam je terasa nak duduk. Kadang tak duduk lagi mata dah terpejam , ini betul betul,bukan nak cobaan cobaan lagi. Makin hari semakin teruk perangai ni..  hmmm... Sejak minggu lepas ,Maq dapat info. Katanya , 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡 Yang dah lama daftar vaksin tapi masih tak dapat lagi tarikh, buka app MySejahtera dan cuba cara ini: 1) Klik pada ‘Covid-19 Vaccination’ 2) Pilih ‘Vaccine Information’ 3) Pilih ‘Helpdesk’ kemudian tekan ‘Start’ 4) Scroll paling bawah sekali dan pilih ‘Other Queries?’ 5) Kemudian pilih ‘Other Issues’  6) Dekat ruang kosong tu tulis dah register sejak bulan berapa, dan masih belum dapat appointment pada tarikh hari ni.  7) Kemudian tekan “Submit” Dah dapat . Selamat mencuba.  Maka pada 2hb Julai lepas maq pun buatlah sama seperti langkah langkah kat atas tu. Apa jawapan dari helpdesk MyS...

Peria masak lemak untuk berpantang

Image
 Assalamualaikum. Boleh ke makan sayur lemak waktu pantang?Maq dulu cuma terfikir bahawa kalau masak lemak tu mesti masak dengan santan kelapa. Tapi sejak dah tak guna santan kelapa asbab penyakit  kolestrol tinggi yang maq ada ni.Akhirnya timbul menu special waktu Along berpantang kali ni.Iaitu peria masak lemak. Bahan²nya, Sayur peria bawang merah dan bawang putih ikan bilis. Susu cair saji Halia -nak letak boleh tak letak pun boleh. Cara²; potong sayur peria seperti biasa. Tumbuk semua bahan² kecuali susu cair. Masukan peria dalam kuali,masukan bahan tumbuk dalam kuali,masukan juga susu ikut keperluan anda.Kalau pekat,masukan sedikit air. Masak api kecil.Dah mendidih ,masukan sedikit garam ,balik balikan sayur.Tutup api. Dah siap. khasiat peria untuk wanita berpantang - boleh menambahkan lagi susu badan. Sayur Maq nampak berminyak sikit kuahnya?ye..sebab along dah nak masuk sebulan berpantang, jadi maq tumiskan bahan bahannya  dengan sedikit minyak supaya Along tak bos...

Masa semakin pendek

Image
 Assalamualaikum. Blog maq dah terlalu lama sunyi dan sepi ,padahal tuannya rindu nak menaip. Masa yang dicantas Allah seperti angin bertiup. Belalu bedesup desup ! Antara tanda akhir zaman,masa akan jadi pendek ,itu kata ustaz.Kenapa masa jadi pendek? sedangkan matahari masih matahari yang sama.Bumi masih berputar dipaksi yang sama.Masih bumi yang sama. Jam masih jam yang sama 1jam 60 minit. Kata ustaz lagi, semuanya tu disebabkan tabiat manusia yang banyak buang masa dengan hal hal yang melekakan. Maq tak naklah huraikan lebih lanjut pasal buang masa tu sebab kita yang tahu siapa kita, sama macam kita jaga kita. Anda dah divaksin? Maq belum. Encik suami belum... Nasihat : Masa dah semakin pendek dan perjalanan kita dah semakin suntuk. Abaikan hal yang tidak memberi manfaat...

Ainul Mardhiah aktif menari

Image
  Assalamualaikum. Kisah cucu pertama maq.Sejak masuk usia 3 tahun ,ainul ada hobi baru. Iaitu menari. Bila difikirkan semula, Ainul bukan pergi kelas tarian pun. Malah campur dengan orang luar pun takda pulak join kumpulan penari  tapi langkah dan gerak tari ainul seolah olah dia diajar oleh seorang pakar ! jom tengok dulu tarian apa dia buat. kemain beraksi .. Ainul Mardhiah kesayangan semua . Sentiasa buat rumah riuh bila dia ada.Alhamdulillah ,gelagatnya buat kami tak rasa sunyi.  Video ke 2 tu dia sedang ajar suami maq step menari. Hahha mau tepele'ot kelengkang tok ayah kalau buat gaya tu cuuuu...😂 Goyang lutut tok maq tonton video ni ..😂

Baby AM Junior

Image
 Assalamualaikum 6 Jun 2021 - lahirnya cucu kedua maqnie. Anak kedua bagi along dan pasangannya. Bayi lelaki ,berat 3.7kilogram memaksa along bersalin secara czer atas arahan doktor. Bermakna inilah pengalaman kedua along bersalin cara czer. Dan doktor dah beri peringatan,lepasni kalau along mengandung lagi, dia pun akan bersalin secara czer. Alhamdulillah , pengalaman pertama dah buat along lebih berhati hati ketika waktu berpantang kali ini. Semua urusan berjalan lancar. Harini dah seminggu,baby ada kuning level 9.1 . Semoga cucu maq cepat sembuh. Selamat datang Ainul Junior.  Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak lelaki mama papa yang mudah didik. Sama macam kakak Ainul Mardhiah.. Alhamdulillah wasyukrillah..💕