Posts

Rencana hebat Allah

Image
Assalamua'laikum... Rencana Allah SWT lebih hebat.Apa yang diharapkan oleh seorang hamba boleh jadi hal itu sesuatu yang buruk baginya. Sebaliknya, apa yang tidak diharapkan boleh jadi itulah yang terbaik untuk kita. Perhatikanlah firman Allah SWT yang mulia ini: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu. (Mengapa?) Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Albaqarah: 216). Ayat ini mengajarkan kepada kita bahawa, rencana Allah SWT terhadap diri kita lebih hebat dari rencana yang kita buat. Oleh sebab itu, logik jika kita dilarang berhenti berharap kerana hal itu tidak akan mendatangkan kebaikan apapun. Nota maq : semoga bermanfaat buat sesama kita 🌹

Kerja baik pulih blog

Image
Assalamualaikum .. Ha , pagi ini lepas semua kerja rumah dah siap , maq merayau dalam blog sendiri. Kalau anda perasan , ada lah terkeluar post post lama yang maq kemas kini isi kandung nya. Ada juga post yang maq delete , sebab macam tak ada point je nak simpan. Apa pun , maaf ya kalau anda rasa pelik , jumpa entri maq zaman dulu tu. Mungkin 2012 dah ter up date harini . Sorry sangat sangat . Cuba tekan key merah tu , function tak ? 🙊 Sebetulnya , maq nak buang setiap entri yang mana gambar gambarnya yang terpadam dulu tu. Al maklom dulu dulu jenis gelojoh dan tidak berapa arif pasal blog ni. Nak padam yang tak perlu , terpadam semua . Hehhe anggap je semua yang berlaku itu ada hikmahnya . Positif ya maq ! 😊

Pesanan jiwa

Image
Assalamua'alaikum .. Alhamdulillah wasyukurillah. Allah beri peluang sehari lagi bagi kita teruskan kehidupan dibumiNYA. Untuk peluang yang sedia ada ini , kita seharusnya berusaha selangkah lagi menjadi hambaNYA yang lebih baik dari semalam.  langit pukul 8.30am  dipantai Purnama , PD Subhanallah Perkongsian seorang sahabat maq di group whatsapp : Tiada yang lebih baik di dunia ini ketika seorang manusia menjadi manfaat bagi manusia lain di sekelilingnya. Bila tak mampu menjaga lisan, diam itu mungkin yang terbaik. Biila tak mampu menjaga perbuatan, gantilah berdiam diri dengan zikir. Sesekali tidak akan rugi orang yang berbuat baik dan berkata baik bahkan ia akan menjadikan jiwa kita bererti dan tenang. Subhanallah Alhamdulillah Laa ilahaillallah Allah Huakbar Nota sahabat : Terima kasih Ustazah Normaizan kerana terlalu kerap berkongsi yang baik baik kepada sahabat yang lain. Mungkin anda hanya copy dan paste , walaupun kesannya orang tak nampak saa...

Naik Pangkat

Image
Assalamua'laikum .. Bila  Akak ( anak maq yang sulong , yang baru bernikah disember 2016 lalu) sudah mention maq di timeline facebooknya yang beliau nak sangat makan sup tulang. Maq jadi pelik . Sebabnya Akak ni memang tak minat sangat masakan berasas dengan haiwan berkaki 4 sebelum sebelum ni . Seperti kambing ,lembu dan yang seangkatan dengannya. Pastinya haiwan yang halal lah kan . Tapi kenapa kali ini siap mention maq lagi? Okey atas pengalaman otai masih berbisa ini ,tak perlu pelik sangat ya maq , kerana ini adalah permintaan istimewa. Ha , setapak lagi pangkat maq akan naik. Dimulakan dengan : *menjadi seorang  isteri pada usia 24 tahun, *kemudian menjadi ibu pada usia 25 tahun, *kemudian menjadi ibu mertua pada usia 47 tahun , *dan bakal menjadi seorang nenek pada usia 48 tahun?! why so muda this nenek ? sepupu maq dari Singapura seakan tidak percaya. Sebetulnya bukan dia je yang tidak percaya ,maq pun macam tidak mahu percaya. Argh !! maq akan jadi nenek ...

Nokia comeback !

Image
Assalamua'laikum.. Nokia buat comeback ! Keluaran android dari Nokia selepas beberapa tahun sunyi . Persoalan yang selama ini kemana kah perginya produk Nokia , akhirnya terjawab apabila 2017 ini , Nokia membuka tirai tahun barunya  bersama andriodnya khas buat pengguna smartphone di seluruh dunia . Semua orang tahu ,Nokia adalah moyang kepada segala gadjet didunia .Kemudian  barulah muncul cucu cicit nya yang dah berbagai jenis jenama hingga ke sekarang ni. Keunggulan keluaran Nokia takda siapa boleh tanding.Pengguna tegar Nokia je yang tahu kehebatan produk ini. Maq berjinak jinak dengan handphone pun bermula dengan keluaran Nokia antaranya Nokia X2 ,Nokia 2330 , Nokia 8210 dan ada beberapa lagi dah tak ingat . Lagi pun hanya Nokia je kot yang paling power masa tu , hehe  Apa keistimewaan Nokia P1? Baca dalam gambar tu. Wah , habislah  brand lain lepas ini tercabar ! Nota gadjet  : moga menjadi persaingan sihat diarena gadjet dunia ...

Nasi lemak asal boleh

Image
Assalamua'laikum.. Alhamdulillah idea untuk berkongsi masih ada.  Maq hanya kongsi pada apa yang maq alami dan yang pada apa yang maq tahu. Yang tak tahu dan yang tak ada mengalami ,macamana nak berkongsi ye tak ? Apa pun katakan tidak untuk berkongsi  suami ! Ha ..kejam 😂 Pernah satu hari tu , tekak ni nak sangat makan nasi lemak homemade by handmade. "Amboi..speaking london  ". Tapi sedihnya takda orang yang nak keluar belikan santan kelapa . Tekak dah membuak buak nak makan nasi lemak. Kalah orang yang mengidam ngandung anak sulong . Apa maq buat ? Maq jerang nasi seperti biasa dalam ricecooker. Kemudian dalam periuk nasi yang sama tu juga , maq masukan 1 sudu makan minyak masak untuk 1 sukatan beras , kalau 3 sukatan bermakna 3 sudu minyak masak lah ya. Bubuh garam sesedap rasa . Potong potong kan halia yang beranggaran 1 jari tu halus halus . Okey siap dan  switch ON ! Kemudian maq rebus beberapa biji telur ayam ! Sediakan pulak 2 senduk besar lad...

Saya sayang gigi saya

Image
Assalamualaikum, Gambar atas merupakan aktiviti pertama maq hari ini. Minima , setahun sekali maq akan berkunjung ke sini. Buat apa ya? Bila orang ramai  asyik pertikaikan  harga pemeriksaan gigi di klinik gigi kerajaan dinaikkan , maq sekali lagi ke klinik ini. Membelai gigi yang dah berusia hampir 48 tahun ini yang tetiba sompek. Dan hasil pemeriksaan , doktor cakap " gigi puan masih ok lagi , yang pecah cuma perlu ditampal. Dan tak perlu dicabut." Alhamdulillah... Selepas 2jam menunggu proses , Bila selesai semua , maq pun di kenakan bayaran rm 3.00. Tunai ! 😅 Nota gigi : Februari 2017 , harga masih sama tapi march 2017 maq tak pasti. Seawal 7.30am ramai dah orang menunggu giliran dan majoriti kaum Cina yang datang buat rawatan . Sejak dulu memang pemandangan ini yang maq lihat.  Kaum maq semua giginya ok kot, sebab tu tak ramai buat rawatan. Sayangi gigi anda , buat rawatan minima setahun sekali. Jangan tunggu dah sakit baru nak b...