Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Luahan Jiwa Pedih

Luahan Jiwa, Kehadiranmu bagai satu anugerah buat diriku, melewati hidupku yang sedang resah.Dikala aku terpenjara dengan seribu kenangan silam,kau hadir meleraikan semua kekusutan. Saat aku lemah,kau lah pemangkin semangat. Saat aku rebah,kau pimpin tanganku untuk melangkah. Kau anugerah terindah.Sinar dikegelapanku yang makin mencengkam namun. Disini aku masih belum berani untuk menjanjikan apa-apa kerana kemelut yang bergelora dijiwaku ini ,parutnya masih lagi berdarah. ( jiwa pedih )

Penyesalan

Assalamualaikum.. Anda pernah menyesal? manusia sering kali rasa menyesal bila dah buat satu kesilapan kadang kala penyesalan tu amat bermakna dan ada kala langsung tak berguna. Penyesalan bukan bermakna anda kalah tetapi penyesalan pasti buat anda rasa lemah. ye..satu penyesalan bakal menjadikan seluruh badan lesu tak bermaya kadang kala lidah jadi kelu tak terkata . Kenyataan seakan menjadi satu ledakan yang mengganas dalam perasaan. jiwa termangu - harapan beku namun, sesal dulu berpendapatan, nyesal kemudian tiada berguna .

Jiwa Jiwang

Jiwa Resah Hidup Seorang Hamba. Jiwa ini umpama lautan saujana mata memandang terbentang luas kadang-kadang tenang ada ketika ganas bergelora.... Resah ini umpama bulan hadir dikala malam kadang-kadang terang ada masa suram ada ketika terus kelam.. Hidup ini umpama pelayaran perlukan bahtera dan nakhoda belayar menuju pelabuhan walau badai datang menjelma manusia adalah pelakon alam menjadi pentasnya. Namun aku hanya hamba yang makin resah menanti usia dimalam sepi keangkuhan menjadi rindu gelora pada cinta yang dulu . . . ( jiwa pedih )

Tahniah Arif dan Aisyah

Assalamualaikum Kali ni maqnie nak share satu berita gembira. Gembira buat maqnie, buat ibu abah, buat adik maqnie dan buat seluruh family encik Rokani. Keputusan peperiksaan UPSR sudah pun diumumkan pada harini ( 19-11-12). Tahun ini dalam family maqnie hanya seorang je yang jadi calon untuk peperiksaan ini iaitu anak saudara maq yg bernama Aisyah Diana. Beliau merupakan anak kedua dalam keluarga adik perempuan -Noriza&Nazrulhisham  Harini jugak beliau telah memberi senyuman bahagia untuk kedua ibubapanya atas kejayaan beliau dalam UPSR dengan keputusan nya iaitu 5A. Tahniah Aisyah Diana... !!! Moga moga kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat buat Aisyah untuk lebih maju dalam pelajaran yang seterusnya. Sebenarnya abang Aisyah - Arif Danial jugak mendapat keputusan yang sama pada tahun lepas 2011. Syukur alhamdulillah harini kejayaan kembali lagi dalam keluarga ini. Ibu dan Abah Moga kejayaan demi kejayaan akan hadir dalam keluarga Encik Rokani dan Puan Jam...

Selamat Hari Lahir Ety

Assalamualaikum... esok 18 november esok ety izzaty punya birthday esok umur dia genap 17 tahun esok jugak maq kena belanja dia makan ke? hehehe tengok la macamane nanti kan sebab kalau my mr castelo  tak mau keluar mana mungkin  nak bawa dia keluar... dia makin besar sekarang... dah pandai mencari kehidupan dia sendiri.. hahaha berangan jek.. ubun-ubun lembut lagi jangan nak mimpi la. maq ni emak dia maq kawan dia kadang-kadang kawan gaduh dia jugak! tapi semua tu demi keselamatan dia demi kasih sayang maq untuk dia,adik dan kakaknya.... tapi sudah dikatakan remaja semua yg dilakukannya  dianggap betul kami mak bapak mereka ni semua nya kurang betul... maq tau lah sebab maq pun pernah muda dulu-dulu... memang sukar nak mendidik anak gadis memang sukar jadi seorang ibu memang sukar jadi seorang perempuan yg sempurna tapi amat tak sukar jika kita buat semua tu jika kita iklas insha ALLAH.... Ety izzaty... selamat ulang tahun semuga panjang umur d...

Tak Perlu Nak Jadi Terlalu Bagus

Assalamualaikum Suasana harini sangat tenang,mungkin setenang hati aku saat ni.Walaupun demam belum pulih 100% dan batuk masih mengiringi suasana, tapi aku memang terasa damai.  Alhamdulillah. Semalam dah puas menjelajah satu pelusuk daerah Kluang. Ber'konvoi' dengan family asben untuk menguruskan acara meminang & bertunang buat anak saudara asben yang ensem tu huhuhu. Bersama asben dan sikecil memang serius seronok.Paling lucu bila kitaorang terlepas dari kumpulan 'konvoi' .Gelabah gila memasing ! Walaupun pada luaran nampak agak serabut sikit tapi enjoylah,cuma kesian kat Yunn.Agak agakanya demam ke dia harini?sebab semalam dialah orang asik berhujan je nak kawal wakil. Aku tak sempat nak rakam memori semalam. Bytheway semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kat Bro Adi yang telah berjaya menjadi wakil pihak lelaki ,esok kalau anak akak nak tunang akak panggil awak eah wakil bapak perempuan , tempah dulu. Apa yg aku dapat kupaskan atas kejadian semal...

Nur Adibah Aida

Assalamualaikum Anak adalah amanah. Setiap anak yg dianugerahkan oleh Allah ada kelebihan masing-masing. Mungkin kita tak dapat mengetahuinya sekarang sebab mereka sedia ada didepan mata namun apabila tiba satu saat yg perit barulah kita mengerti bahawa anak itu adalah anugerah yg tak ternilai oleh sesiapa pun. terpaling rendah tu dia la tu Harini nak share cita cita hebat anak maq yg berusia 10 tahun ni. Manjanya,senyumannya,telatahnya yang becok bila berkata kata dan sikapnya yg lebih matang dari usianya adakala buat kami sekeluarga terhibur dan tak kurang juga makan hati... ~ Nur adibah aida ~ Katanya dah besar nak jadi ahli sains,nak cipta 1 jenis kenderaan yg mampu digunakan di tiga permukaan,sebuah kereta yg mampu terbang diudara,belayar dilautan dan pecut dijalan raya. Masyallah,hebat sungguh impian dia dan yg buat maq terharu tu,orang yg pertama yg akan dijual kenderaan itu ialah maq - orangtuanyabdia sendiri . **abis lew aku dibuat bahan ujikaji hahahaha...

Cover Jiwa

Morning! story about jiwa.. ye naluri yang datang adalah kehendak jiwa kenapa mesti nak cover jiwa? ramai orang yg menipu diri sendiri... hipokrit !! bagi aku jiwa perlu diluahkan. semua orang kena ambil tau! jika tidak kelak akan merana... aku tak mau semua tu aku benci merana aku anti rasa sedih... bagi aku.. jiwa aku suci dan semua kehendak aku perlu perhatian. lebih lagi dalam situasi sekarang dalam kemelut yg makin merusuh... perlu apa lagi? jika dipendamkan apa yg dapat? hanya perasaan dendam yg bakal timbul... mungkin...? aaah... persetan semua tu! mulai dari saat ni.. jangan nak cover jiwa korang lagi kerana aku pernah mati dalam diri sendiri hanya kerana aku sering cover jiwa aku tu... berharap lah agar semua akan kembali seperti asal...

Harapan seorang emak

Assalamualaikum, Semalam maq bising lagi.Musim peperiksaan tinggal lagi tak sampai sebulan tapi anak-anak masih leka macam tarikh tu lagi satu tahun di buatnya. Mereka masih rapat dengan handset masih lagi asik menuntun tv,masih lagi leka melayari. Sedang kan buku-buku dan nota-nota kaku tak disentuh.Kalau sentuh pun buku yang ada kerja sekolah je.. Mungkin mereka tak tahu yang maq selalu memerhati telatah mereka. Mungkin selama ni maq hanya berdiam diri. Mungkin mereka jugak tak nak berjaya dalam pelajaran?? hati mana tak kecewa..hati mana tak terluka. Jika harapan yang selama di dijulang tapi orang yang diharap buat endah tak endah.Susah sangat ke nak berusaha lebih sikit? Bukan untuk orang lain tapi untuk kejayaan sendiri kot. Maq bukan tak bagi anak-anak berkawan atau apa,tapi maq memang mengharapkan kejayaan anak-anak dalam pelajaran sebab maq nak anak-anak berjaya dalam kehidupan masing-masing. Kehidupan untuk dunia dan akhirat.. Insy...

Ada hati yang terluka

Harini, Awal pagi lagi mood dah jatuh menjunam. Seawal jam 5.30 pagi dah dikejutan olehnya. Suaranya kali ini lain dari biasa.Kata-katanya meruntum dijiwa.Tersentap hati. Pekara yang paling tak digemari kini diulangi tapi kali ini sangat hebat,sedih. Kenapa dia begitu?Mana janji dia dulu? Mana semangat dia untuk memberi perubahan untuk keluarga kami? Kecewa maha dasyat. Manakah nilai pengorbanan saya dicampakkan? Saya tidak mengharap semua kejayaan untuk saya seorang.Yang saya mahu,kejayaan kekal milik kamu,demi masa depan kamu,demi diri kamu,kehidupan kamu... Tapi bagaimana nak mengolahkan kamu yang tak iklas?Adakah cara kamu ni bakal memberi kejayaan dalam hidup nanti? Tahukah kamu ,saya sangat kecewa kali ini...

Warasnya sebiji akal

Assalamualaikum.. Manusia adalah mahluk tuhan paling sempurna dimukabumi ni yang diberi akal fikiran untuk diguna pakai. Siberi nikmat yang pelbagai untuk menjalankan kehidupan.Tapi kenapa manusia lah yang sering melakukan musibah dibumi jugak?  Adakah manusia ini ego?sebab dia mahlok yg sempurna? Atau sebab manusia ada akal sebab tu manusia boleh jadi pemusnah? Hari-hari kita tatap kejadian-kejadian ngeri,kejam, keganasan yg hanya dilakukan oleh manusia! kadang-kadang kita hangen bila ada kes anjing liar gigit kanak-kanak.mencederakan orang tua, apa yang ter keluar ayat dari mulut kita. Tembak je anjing tu, bikin masalah pada orang ramai je!  Tapi bagaimana dengan orang yang bunuh orang?orang yg buang anaknya sendiri bersepah-sepah tu?orang yg membunuh ibubapanya hanya disebabkan wang! Orang yg mencekik bayi sampai mati? Orang yg memperkosa anak sendiri? Orang yg membiarkan ibubapanya melarat dijalanan? haishh,ada banyak lagi , tak perlu di paparkan disini. Hukuman apa k...

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembutkan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya tapi perangai tu tetap ada.Entah kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan.Kan? Dalam blogwalking hari ni. Allah dah menemukan maq dengan satu blog yang akan beri sedikit ilmu untuk maqnie dan semua. Tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua,insyaALLAH.. Semoga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... Sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum?

Nampak macam mudah tapi susah

Tajuk je tak boleh blah.. Mula mula kata mudah lepas tu kata susah..apa pon tak boleh. Eh ,chop,chop ! Salam belum beri... Assalamualaikum semua..  Apa benda lah yang mudah tapi susah tu kan... hurmmmm benda ni sebenarnya selalu kita lakukan iaitu memohon maaf kemudian memberi maaf.Cakap minta maaf memang mudah bila kita dah buat silap. 'maafkan saya'.. Satu ayat mudah dan ringkas, namun apakah kita tahu kesan yang datang selepas kita buat silap tu?tuan empunya badan saja yang mengerti... Mohon maaf sebenarnya  satu penawar bagi jiwa yang sakit. Ianya menunjukan satu  kesilapan itu terjadi bukan kehendak hati. Ianya berlaku tanpa niat . Walaupun ada kala ianya  datang dengan niat jugak huhu maafkan saya~ Sebagai mangsa pulak (orang yang diminta maaf tadi ) kita hendaklah mengenepikan ego kita. walaupun jiwa sakit hati pedih sebab  kesilapan yang di lalukan terhadap kita. Baik maafkan aje lah kan .Hehehe tak rugi kot.. Memberi maaf dengan j...

5 Perkara Yang Dituntut

Assalamualaikum.. Kata ustaz ada 5 pekara yang dituntut oleh Allah  dalam hidup ni.Iaitu, 1 -MEMIKIR AYAT-AYAT ALLAH Kita dituntut memikirkan ayat -ayat Allah  iaitu surah Al-Quran, dan dibaca sekali terjermahannya bagi menguatkan ilmu kita. Dituntut juga  membaca Al-quran sehingga khatam sambil mempelajari erti dan pengajarannya. Sebagai hamba kita dituntut untuk  memikirkan tujuan Al-Quran diturunkan didunia ni. 2 -MEMIKIR NIKMAT-NIKMAT ALLAH Tujuannya supaya kita bersyukur atas nikmat yang kita dapat. tidak leka dengan semua nikmat yang Allah beri. rujuk surah Al-Kaf ayat 96 yang bermaksud,    ''  bila mana penduduk sebuah negara itu beriman,   Aku (ALLAH) akan memberi nikmat dari langit dan dari   bumi.'' 3- MEMIKIR JANJI-JANJI ALLAH. Tujuannya bagi menambah iman kita demi janji Allah, iaitu syurga hanya untuk orang yang beriman.Rujuk surah Hud ayat 117 yang bermaksud,   ' jangan menolong orang zalim,Allah akan menghu...

Moga sentiasa Bahagia

Assalammualaikum... Bila sebut pasal bahagia, semua orang nak hidup bahagia kan.Maq pun nak.Tapi adakah kita dapat bahagia tu semudah yang kita sebut? Pengalaman maqnie sebagai perempuan? Perempuan memang sentiasa hendak yang semuanya sempurna.Padahal,tak semua dalam dunia ini sempurna kecuali ALLAH SWT.Namun sikap tamak, iri hati sering saja  bermain dalam jiwa dan raga seorang perempuan. Bahagia disamping suami dan anak-anak adalah impian setiap perempuan yang bergelar isteri. hari-hari mendapat belaian dari insan yang digelar suami bikin hidup bagai disyurga. Isteri pula dapat meluahkan semua masalah, mengadu letih berkerja dan suami pula sedia mendengar keluhan isteri. Itu pun sudah dianggap sungguh bahagia... Untuk anak-anak pula , berjaya dalam bidang yang diceburi, baik ilmu dunia mahu pun ilmu akhirat. Sentiasa hormat ibubapa,menurut perintah tuhan dan rasul, menghormati masyarakat sekeliling, ahh...sejuk perut maq...  ahagia sungg...

sakit tapi takut makan ubat

Assalamualaikum. Pagi ni rasa letih sangat sangat.Malam tadi dan malam-malam yang sebelomnya, asben maq demam. B eliau mula diserang pada hari ahad lalu.N amun disebabkan permintaan ibu maq dikampung nak jumpa  anak cucu  beliau kuatkan juga badannya untuk pulang ke kampung pada hari tersebut. Harini sakitnya bertambah teruk , masaalahnya asben maq ni malas untuk ke klinik. Ha a..takut makan ubat le tu.A da takda,maq lah doktor dia, nurse dia, tukang urut dia, dan segala-galanya untuk dia.PA solehah 😌 Harini maq pujuk lagi agar dia ke klinik, ntahlah dia pergi ke tak haishh.K alau dia budak-budak senang sikit maq pujuk, ni bapak budak. Bukan maq tak iklas nak jaga dia sakit, tapi pemeriksaan doktor amat perlu jika demam dah lebih 3hari kannn? Ape pon tak boleh kalau orang yang takut ubat ni sakit. Nasihatlah apa pun ,kata dia je yang betul. H arapan maq, moga dia cepat semboh.Dan dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa. Tak  sanggup maq tengok dia terlant...

Tanda Tanda Mati Bagi Umat lslam

Kata kata nasihat** Assalamua'laikum.. Hidup lawannya mati! Adapun tanda tanda mati mengikut ulamak adalah benar! Ianya wujud!  Cuma dalamnya ketakwaan kita saja yang dapat membezakan kepekaan kita kepadanya. Sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNYA. Tanda tanda ini akan berlaku kepada  orang islam saja supaya mereka dapat bertaubat dan bersedia dlm perjalanan menghadap ALLAH nanti. Manakala untuk orang kafir, nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan. ini sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH swt.  Tanda tanda kematian itu adalah : tanda 100 hari sebelum m ati Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh akan bergetar dari hujung rambut sehingga hujung kaki seakan akan menggigil. Magi mereka yg sedar kehadiran tanda ini maka ia adalah peluang baik utk memanfaatkan masa yang ada utk mempersiapkan diri dgn amalan yg akan dibawa nanti sesudah mati. tanda 40 hari sebelum mati Ketika ini bahagian ...

Zikir Asmaul Husna

Assalamualaikum... Bila dah hari-hari mengadap anak. Anak sendiri, anak orang. Tapi atas nama tanggunggjawab kerja yang dah buat hampir 16 tahun ni memang menarik. Dapat pulak ibubapa yang boleh bertolak ansur,lagi lah maqnie sayang.... Bayangkan daripada mereka berusia 2 bulan.. pejam celik, pejam celik. Sekarang sudah berusia 4 tahun, tak terasa susah semasa proses membesarkan diaorg pon. Entahlah,yang penting kerja yang dibuat ikhlas. Harap mereka akan membesar dengan sempurna dan sukses. Hari ni maqnie nak share beberapa amalan utk mendidik anak2 ni agar satu hari mereka akan menjadi insan yang berjaya,inshaALLAH. Kata orang kalau tak pecah kan ruyung,mane nak dapat sagunya..kan? Amalan2 tu mudah jek.Kita boleh ajak anak anak kita buat sama. Amat mudah! Buku ini pon maqnie baru jumpa.Simpan dah lama tapi tak pernah dipraktikkan sebab bukunya silap letak.. maklom dah 'tua' dan I is pelupa.. Amalan ini berunsur zikir nama nama ALLAH. Mudah untuk dihafal dan senang j...

Post Pertama

Assalamualaikum... Ini merupakan post maqnie yg pertama. Meminati blogging lepas tengok anak anak dara maq enjoy je layan blog diaorang.Jeles?  Takda la jeles tapi pada maqnie dengan cara berblog ini kita dapat berkongsi kongsi idea  dengan orang lain ,kongsi maklumat ,kongsi resepi but tak mau la kongsi suami... sis tak rela ! Sebagai seorang pengasuh yang dah bergiat dalam dunia asuhan dah  hampir selama 16 tahun banyak juga pengalaman maqnie. Nanti maqnie kongsi kan kt sini ye.Tunggu... Untuk permulaan biarlah kita berkenal kenalan dulu. Maqnie, Seorang ibu beranak 3. Anak semua perempuan. Seorang surirumah, Seorang pengasuh, Seorang isteri, Seorang yang kuat membebel walaupun dalam tidur. Umur?  Dah baligh dah.  Alhamdulillah. Nampaknya itu saje untuk permulaannya ye.Tunggu di post akan datang.Surprise pulak kan.  ops kejap ! nak beri ucapan, kepada semua reader,selamat malam and sweet dreams ....