Posts

Stay Positive

Image
  Bismillah, Redha dan Pasrah. Bila kita dah redha dan pasrah, kita akan sentiasa berdamai dengan takdir.  Ujian apa sekalipun yang kita lalui, tetap berserah 100% hanya kepada Allah. Kita kasih kerana Allah, Kita Sayang kerana Allah, Kita usaha kekalkan kasih sayang, juga kerana Allah. Setiap manusia akan diuji. Ujian masing masing yang berbeza. Tapi jalan tujunya tetap sama. Ujian itu tanda Allah masih sayang. DIA takkan biarkan kita hanyut dengan hal yang DIA tak suka. DIA tak akan biarkan kita leka dalam hal yang tak beri kita pahala. Bila ujian orang lain berbeza, tentunya keputusan mereka, kata kata mereka ada yang tidak sehaluan dengan pemikiran kita. Sila abaikan mereka. Jangan kecam,jangan dipersoalkan. Mereka adalah mereka,kita adalah kita. Teruskan melangkah. Namun,jangan cepat mengaku diri kita betul kerana keputusan kita belum tentu bagus. Sebab bila kita takda dalam situasi masalah oranglain, kita tak layak menghukum mereka itu tidak bagus. Perit,pedihnya kehidup...

Kunci Rezeki

Image
  Salam Jumaat 6 Jamadilawal 1446 Tak mampu buat semua,jangan ditinggalkan semua.Pegang kata kata ini.Dunia dah semakin tenat. jom selawat**

Waris Habib Ali Jaafar Meninggal Dunia

Image
  Bismillah, Berita yang dah beberapa hari berlalu. Maq tak sempat nak post dalam blog sebab maklumat tak lengkap untuk dikongsikan disini. Malam Jumaat ni,rajinkan jari selongkar semua group group facebook yang ada di Batu Pahat akhirnya dapatlah cerita sebenar. Semua dibawah ini sedikit  informasi hasil dari salin tampal dari facebook. Nasab keluarga Al Habib KHABAR DUKA DARI BATU PAHAT   إِنَّ لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِـــــعُونَ Dukacita dikhabarkan telah pulang ke Rahmatullah pada pagi tadi,  Rabu 30/10/24 : AL-MARHUM HABIB OMAR BIN HABIB ALI BIN JAAFAR AL-AYDRUS  ( BATU PAHAT ) Para Habaib, TG Sheikh Abu Zaki, Alim Ulama, Para Asatizah, Ahli Keluarga & Para Muhibbin turut hadir menziarahi . Alhamdulillah telah berlangsung Solat Jenazah Al Marhum Habib setelah Solat Asar di Pondok Ba'alawi. Solat Jenazah di Pondok Ba'alawi Batu Pahat . Dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat . Bersebelahan dengan makam ayahndanya dan beberapa lagi a...

Ruang Komen Bikin Pening

Image
  Nasihat buat diri sendiri Bismillah, Sejak blogspot buat sistem terbaru,satu masalah  timbul. Entah kat mana silapnya ,maq dah susah nak komen kat blog blogger lain. Sebetulnya bukan salah app blog pun tapi maq la yang problem. Lepas kemaskini akaun google maq beberapa minggu lepas. Akhirnya sendiri yang letih mikir nak mencari punca masalah. Berkali kali berusaha nak komen entri kawan kawan blogger tapi keputusannya gagal. Kalau maq komen melalui app facebook tu boleh pulak. Yang tak bolehnya nak komen direct dari blog sendiri je. Puas masuk google setting tapi masih tak jumpa penyelesaiannya. Korang yang pernah ada masalah yang sama dan dah boleh selesaikan masalah tu,boleh la kongsi pengalaman kat maq ye. Selawat dakgi  tu ?

Zikir Ketika Sedang Sakit

Image
  Ketika diuji sakit,amalkan zikir zikir dibawah. Semoga beri manfaat. Bismillah, *لا اله الا الله والله اكبر *لا اله الا الله وحده لا شريك له *لا اله الا الله له الملك وله الحمد *لا اله الا الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم Jangan lupa berselawat**

Pakcik Tua Yang Belajar

Image
Sekadar Nasihat Bismillah, Seorang pakcik tua ditanya, apakah yang beliau pelajari dari usianya yang telah berlalu? Beliau menjawab: Aku belajar , Bahawa dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan. Aku belajar, Bahawa orang yang dizalimi lambat laun akan mendapat haknya. Aku belajar, Bahawa anak panah malam (doa & tahajjud) tidak pernah tersasar. Aku belajar, Bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka. Aku belajar, Bahawa kata² yg baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia. Aku belajar, Bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesihatan dan keamanan. Aku belajar, Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis. Aku belajar, Siapa yang mahu kata-katanya didengari, maka perlu bersedia mendengar dari orang lain.. Aku belajar, Bahawa bermusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia. Aku belajar, Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat. Ak...

Bayar Fidyah Cara Online

Image
  Sekadar hiasan sebab rindu Bismillah, Bila dah masuknya bulan Jamadil Awal , bermakna 4 bulan je lagi tibalah kehadirannya Ramadhan 1446.  Pejam celik , pejam celik dah nak raya. Baju raya tahun lepas pun baru  pakai 2 kali. Haha sedihkan sambutan raya bagi umur acik acik ni. Zaman muda dulu ,naik lusuh baju raya ,kejap pergi beraya ke sana , kejap pergi raya ke sini. Sis ,apa kabar hutang puasa ramadhan 1445? Dah habis bayar ? Rasanya masih ada masa lagi  ni nak  buat qada'. Tapi untuk hutang puasa tahun 1444 korang dah kena bayar fidyah . Busy nak jumpa amil? Bayar je secara online.  Bagi orang Johor,dekat bawah ini ada link untuk korang bayar fidyah secara online. Ini untuk mereka yang belum tahu je,yang dah tahu tu,Syukur Alhamdulillah.  Bayar fidyah peribadi atau bayarkan untuk waris,boleh juga untuk bayar zakat,zakat  perniagaan pun boleh buat disini. Nanti korang create la akaun dulu ,lepas tu buatlah apa je proses yang korang nak. Okey ,...