Posts

Gelagat Ainul Bila Pegang Microphone

Image
Assalamualaikum. Cucu maq si Ainul Mardhiah minat menari. Biarpun kadang dia berada dalam troli di shopping mall sekalipun ,bila dengar muzik ,confirm dia akan menari. Seronok dia lain macam bila feeling kat lagu lagu tu. Semalam ,kami cuba 'pancingkan' dia dengan lagu korea ' black pink '.  Sangka kami dia dah letih nak menari sebab seharian dia dah bermain ,berlari ,berjalan kehulu kehilir dengan mama dan papa dia. Rupa rupanya ,inilah hasilnya.. Mulanya dia cuba nak try vokal je. Mungkin sebab muzik tidak kedengaran lagi masa tu. Ahh cakap pun tak reti lagi , ada hati nak nyanyi..😂 Tudia , entah dari mana dia belajar step tu ,maq pun tak tahu. Pengaruh youtube memang dasyat, tak perlu keluar rumah ,tak perlu ada kawan kawan ajar atau tak perlu berguru dengan siapa siapa untuk ditiru . Cukup dengan lihat dan dengar, makanya inilah hasil kejadiannya. Sebetulnya Ainul minat muzik dan dah pandai goyang badan sejak umur dia 5-6 bulan lagi ,cumanya maq ...

10 Manfaat Solat Tahajjud

Image
Assalamualaikum. 10 manfaat solat Tahajjud ? Jom sama sama kita pahami tentang  manfaat Solat Tahajjud. Yang sudah terbiasa buat solat tahajjud ni , syukur alhamdulillah, terus istiqomah . Dan bagi yang sedang berjinak jinak nak buat, sedang  berusaha melatih mata ,melatih hati dalam memperkasa kan iman dan tanggungjawab kepada Allah ,buatlah dengan tekun dan bersemangat, niat yang baik ,insyaallah yang baik juga yang akan datang kepada kita.. Aamiin. Takda siapa boleh ubah kita ,kecuali diri kita sendiri, dengan izinNya..

Zikir Asmaul Husna Ya 'Azim

Image
Assalamualaikum Asmaul Husna adalah penawar yang sangat mudah. Zikir yang memuji kebesaran Allah S.W.T.  Tak rugi dijadikan amalan seharian. Insyaallah .. Kali ini sifat Allah yang maha agung,iaitu Ya 'Azim. "Allahhumma Ya 'Azim " - Ya Allah Yang Maha Agung. Zikir lah Ya 'Azim sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang dah sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh dengan izinNya. Dibuat setiap hari. Juga jika dibaca 12kali Ya 'Azim kemudian ditiup pada tangan lalu diusap kepada seluruh tubuh badan ,dengan  izin Allah akan terhindar dari ganguan jin dan sebagainya.Insyaallah . Sebagai hamba kita hanya perlu berusaha, segalanya terserah kepada ketentuan Allah. Apa pun jomlah sama sama kita amalkan Asmaulhusna ini.Sebab kalau tak buat,macamana kita nak tahu mujarabnya kan? Apa yang kita perlu ingat,Allah sentiasa tunggu kita minta daripadaNya. Sebagai hamba ,jangan lah kita sombong.Allah sayang kita .❤ Semoga beri manfaat* ...

Jerebu - Sekolah di Tangkak dan Muar ,cuti!

Image
Assalamualaikum. Jerebu dah hampir 3 hari menyelubungi sistem udara Batu Pahat. Langit dah memutih berkabus. Udara dah berbau asap. Matahari dah menyorokan cahaya teriknya namun bahangnya tetap terasa. Petang ini sahabat dari Muar dah beritahu bahawa esok , budak budak tak perlu kesekolah sebab sekolah cuti disebabkan jerebu. Ini copypaste kenyataan tu. Tn Hj Zakaria Kppd Tangkak: [14/09, 4:49 pm] Norman Ppd: Assalamualaikum Surat Siaran KPM telah menyatakan jika bacaan IPU > 200, maka semua sekolah di kawasan atau daerah hendaklah ditutup serta merta. Bacaan IPU jam 3.00 petang hari ini 14/9/2019, menunjukkan bacaan IPU 207. Berdasarkan tren bacaan IPU ini, telah menunjukkan peningkatan sehingga jam 3.00 petang, maka sesi persekolahan akan ditutup serta merta keesokan hari, 15/9/2019. Namun begitu, bagi Pengetua dan Guru Besar serta para guru, akan hadir bertugas di sekolah seperti biasa, dan membuat tugasan sewajarnya, selaras dengan Surat Siaran KPM Bil 8/2016 : ...

Tak Pernah Tak Rindu

Image
Assalamualaikum. Saja sembang kosong* Anda pernah tak rasa dalam satu ketika tu tetiba terasa rindu sangat sangat kat sesaorang. Bak kata budak baru nak up ( BBNU ) Rasa rindu namatey! Haaa itulah yang maq rasa hari ini. Lepas ibu mertua call suruh encik suami balik kampung esok , maq terus terkedu. Ye , itu anak dia. Maq tak larang pun. Kalau boleh hari hari maq nak encik suami balik tengok ibu dia. Cuma ,kalini maq rasa sayu sangat sangat ,bila kenangkan lama dah tak peluk ibu maq, lama dah tak cium pipi abah maq. Allahhu..sayunya hati ni. Last jumpa raya haji lalu, tu pun sekejap jek. Sebenarnya dari akhir bulan 8 hingga minggu ni ,tiap minggu dah kami ulang alik ziarah ibu mertua. Yelahkan cuti yang bersambung sambung sejak kebelakangan ni sangat meriah dalam diary orang Malaysia. Kami pun takkan  nak lepaskan peluang keemasan itu. Lagipun beliaulah tanggungjawab encik suami. Syurga encik suami dunia akhirat. Dengan pengalaman keluarga mereka dulu dulu ,mustahil...

Ainul Mardhiah 17 bulan

Image
Assalamualaikum. Bila Ainul Mardhiah ( cucu maq ) dah berusia 17bulan, nampak dah banyak kelainan yang dia buat. Ainul lebih suka ikut gelagat orang keliling dia. ❤membaca sambil baring disofa. ❤ketawa bila tonton cerita lucu ditv atau di fon. Kadang tak lawak pun dia bantai gelak. ❤jawab panggilan talipon. Padahal fon tu tak bersuara apa pun. Lagak je lebih. ❤ tidurkan "baby" . Soft toy dia dipanggil 'baby'. ❤ dah pandai cakap tak nak kalau memang dia tak suka atau tak mahukan sesuatu. Bawah ini antara gambar  ainul diusia 17bulan. Menulis pakai pita ukur jek? Bila maq larang dia guna ballpen, pita ukur adalah bahan utama yang sesuai untuk  protes  tok mak dia haha Permainan ini paling dia minat tapi ada syarat! Jangan masukan duit,nanti permainan tu bergerak gerak ainul menangis. Dalam hati tok mak :  "Alhamdulillah , jimat duit saya.. "  😂 2 hari lepas , Ainul kena tahan diward. Kerana hampir 4hari diserang cirit birit. ...

Sikap lbubapa Beri Kesan Pada Masa Depan Anak

Image
Assalamualaikum. Selalu juga maq dengar motivasi dari professor Muhaya di youtube tu. Beliau punya idea sangat sepontan. Cakap sambil berinteraksi dengan tetamu tetamu yang ada didepan mata atau didepan skrin sangat santai. Prof memang terbaik! Pernah dengar kata kata dari beliau. Apa yang berlaku dekat anak anak ketika mereka dah dewasa itu sebenarnya adalah kesan dari didikan dan  kesan suasana kehidupan mereka ketika mereka kecil. Dalam hal ini , prof suruh kita ( ibubapa) jangan beza bezakan setiap anak. Kerana lain anak ,lain kehebatannya. Jangan puji anak yang tiap kali exam dapat A+ dengan memekik hendik  marah anak yang result  examnya setiap penggal  kurang memuaskan. Itulah kemampuan masing masing. Dalam setandan kelapa mana ada buah kelapa yang sama,kan? Maq sokong hujah prof itu. Sebagai contoh : Kalau kita asyik anggap anak kita yang pertama tu tak reti buat apa apa untuk dirinya dan keluarga sedangkan anak kedua pula serba boleh dalam banyak...