Skip to main content

Peringatan Kepada Adik Beradik Lelaki


Assalamualaikum.
Bila ayah dah takda,  adik beradik lelaki dan ahli keluarga sebelah ayah bakal menguruskan anak anak ayah yang masih dalam tanggungan.

Balu ayah tak mungkin akan meluru mengharapkan bantuan demi menjaga nama baik arwah suaminya. Kebanyakkan balu hanya berusaha sendiri siang dan malam semata mata mencari rezeki untuk menyara anak mereka yang ditinggalkan ayah.

Semua itu sedang berlangsung rancak disekeliling kita sekarang ini.

Tapi sedihnya sesetengah orang  menganggap itu isu remeh.Membebankan.Sedang hidup keluarga sendiri pun tak mampu nak beri lebih, apatah lagi nak tampung anak anak saudara yang sudah yatim bersama ibunya yang bergelar ibu tunggal itu?  Silap gaya nanti makcik kau pulak cemburu..

Hmmm..
Nasihat pada lelaki lelaki diluar sana, ini bukan bebanan,ini amanah Allah. Jangan kalian terlepas pandang.

Moga moga usaha anda untuk mereka ( anak saudara yang dah jadi anak yatim) itu menjadi salah satu saham akhirat buat anda, atau pun sebagai tiket kelas pertama apabila anda berada dialam barzakh nanti. Sedangkan anak kandung kita sendiri pun belum pasti menjanjikan apa apa.

Sebab itu berusahalah menjadi lelaki yang berilmu.

Lelaki hebat tidak cukup dengan gagah dimedan perang sahaja. Seperti kata kata  Sultan Suleyman kepada putera pertamanya Putera Mustaffa,

"Yang paling tinggi dari kekayaan adalah kebijaksanaan"

"Yang paling besar dari kemiskinan adalah kebodohan"

"Yang paling menakutkan dari ketakutan adalah kesombongan"

Sultan Suleyman - Kerajaan islam terunggul,  Uthmaniah.

Waallahhua'lam.. 

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha