Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2024

Amalan Hari Jumaat

  Bismillah, Banyak amalan sunnah yang boleh dilakukan pada setiap hari Jumaat.Contoh, -Potong kuku -Mandi sunat Jumaat -Berwangi wangian -Bersedekah Namun ada amalan yang ramai dah tahu tapi masih ramai belum mampu buat dengan istiqomah.Antaranya, ***Banyakkan  berselawat Lebihkan berselawat ***Baca doa setiap petang Jumaat selepas Asar. اَللّٰهُمَّ اَكْفِنِيْ بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ Allahumma akfini bihalalika   'an haramika, wa aghnini bifadhlika a'mman siwak ***Baca surah Al Kahfi  Baca Surah Al Kahfi  Kenapa mereka tak mampu nak istiqomah? Sebab mereka terlalu sibuk kejar masa demi tuntutan waktu kerja. Jika korang dapat buat kesemua yang diatas tu pada setiap hari Jumaat,tahniah. Semoga korang sukses didunia hingga akhirat.

Tips Bangun Solat Malam

Bismillah, Tips bangun solat malam, *mengetahui keutamaan tahajjud *pendekkan angan²  dan banyakkan ingat mati *tidur awal malam *jauhi dosa dan maksiat *tidak makan banyak waktu malam *pasang alarm *amalan sunnah sebelum tidur (whudu' & zikir) *tidur beberapa minit  di siang hari (qoilulah) *jauhi pekerjaan berat yang buat badan jadi terlalu penat Semoga lepasni mata ini mudah nak dibuka bila alarm berbunyi ditengah malam. Waallahua'lam. Jangan lupa selawat***

Siapa Yang Layak Kerja Keras?

  Baca Doa Dulu** Bismillah, Maq pernah ditanya, siapa yang layak kerja keras kalau warga pencen tak layak? Jawapan maq simple. *Orang muda umur 21-55 tahun. *Orang yang anaknya masih belajar. *Orang yang ada tanggungjawab kepada pekerja dan keluarga besarnya. *Orang yang ada hutang dengan manusia. *Orang  yang tak reti nak duduk diam dalam rumah. Tapi walaupun mereka kena kerja keras tak bermakna mereka kena abaikan tanggungjawab mereka dengan Allah dan Rasulullah dan masyarakat keliling. Dekat Batu Pahat je , ramai orang muda yang maq nampak mereka bekerja keras untuk orang keliling mereka. Sebagai contoh sekarang ni, Boss Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat. Pengusaha Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat  Korang confirm  tahu apa usahanya untuk orang kelilingnya. Semua event yang beliau join sering jadi tumpuan orang ramai. Dan hasil event tu, dibawa balik Batu Pahat dan nanti adalah "rezeki" yang  akan kongsi disini. Orang Batu Pahat support ke , tak support ke bisnes be...

Kesilapan Besar

  Bismillah, Semalam.Awal pagi seorang jiran call. Banyak yang kami sembangkan termasuklah pasal status encik suami yang dah lama tak bekerja. Ayat dia menarik perhatian maq. *Ani untung duit banyak. *Man dah tak kerja ,duit simpanan ada. Maq diam. *Tapi kan Ni, duit tu umpama bukit ,kalau dah hari hari dok cangkul lelama bukit pun boleh rata.Hahahahahahahaha - dia balas kata kata dia dengan gelak besar. Maq masih terkedu.Dah tak tau nak cakap apa.Otak automatik blank.  Dia masih teruskan kata kata dia sampai telinga ni terasa panas.  Katanya dia pun dah bebas hutang tapi untuk belanja harian dia berniaga makanan kecil kecilan.Umurnya dah nak masuk 70 tahun tapi dia terpaksa juga buat kerja untuk nak sara hidup dia dan pasangannya. Sedangkan maq dan encik suami umur pun tak sampai lagi 60 tahun,  dah duduk je berehat rehat dekat rumah. Begitulah lebih kurang kata katanya. Akhirnya maq terpaksa bersuara, "Kami ni kak ,tinggal bil air ,bil api je yang kena bayar tiap b...

Soudan Chocolate

  Bismillah, Sejak jadi affiliate dekat tiktok, peluang maq beli jajan kat tiktok sangat mudah. Jajan? ye jajan.  Orang kampung maq panggil " snack". Jajan terpaling menjadi kegemaran maq di tiktok ialah coklat.Datangnya dari Jeddah.Entah kenapa maq boleh jatuh cinta dengan produk ni.Nama yang diberi, Soudan Peanut Chew. Rasanya sedap ,sedap dan terpaling sedap. Sampai tak reti nak kata sedapnya bagaimana.  Sedikit info pasal coklat soudan tu, Sekotak ada 12 bungkus coklat , Sebungkus beratnya 31gram. mengandungi, 161 gram kcal DV 8% 14 grams sugar DV 28% 9.3 grams fat DV 13% 3.7 grams saturates DV 19% 0.2 grams salt DV 3% Made by Al Jazira Food Processing, Jeddah,Saudi Arabia Di Malaysia ia diimport oleh , Syarikat Baitulnur Sdn  Bhd, Taman Bukit Permai,KL. Syarikat ni memang keluarkan coklat yang sedap sedap. Sis,korang memang kena cuba !  Dulu maq memang tak berapa minat dengan coklat yang datang dari negara Arab Saudi.  Pada maq ,ala aku buat lagi sedap...

Ayam Tua Masak Sambal

  Bismillah, Kalini nak kongsi resepi Ayam tua masak sambal. Ada panggil ayam pencen tapi ada satu soalan maq nak tanya, dulu ayam ni kerja apa? hahaha gurau jela.. Bawah ini caranya. Bahan bahannya, Bawang besar 1 biji* Bawang putih 3 ulas* Halia setengah inci* Ketumbar 3 sudu makan Jintan halus 1 sudu makan Rempah tumis 3 sekawan & daun bay *( bahan perlu di kisar ) **ketumbar & jintan tu maq basuh bawah air paip yang mengalir ,pastu sangai sampai rangup, pastu barulah ditumbuk sampai jadi serupa tu.Ambil masa dalam 20 minit jugak.Saja nak test power,padahal blender ada je.. Lada kisar 1 cawan Garam ikut citarasa Serbuk perasa ayam 1 sudu makan sos  cili 2 sudu makan Gula pasir 1 cawan (maq suka manis) **Resepi maq memang takda guna ajinomoto Ayam dah cuci masukan dalam periuk tekanan. Letak air paras ayam,jangan lebih. Letak garam satu sudu. Kalau guna noxxa korang pilih menu "meat" . Maq setting masanya 40 minutes untuk 2 ekor ayam. Tombol periuk set pada arah...

Doa Ketika Jumpa Orang Jahat

Bismillah, Maq dapat doa ni dari keratan video ceramah Ustaz Kazim di Youtube.Korang boleh dah buka Quran, cari  surah To Haa ayat 55. Apa kelebihan amalkan ayat ini? Ia bagus dibaca ketika kita sedang berhadapan dengan situasi yang mencemaskan.  Contohnya berhadapan dengan orang jahat/samseng,Orang ajak bergaduh,bertumbuk dengan anjing garang , dengan orang ada masalah mental ,ular yang bisa. Nak jumpa sesaorang yang buat jiwa kita gementar pun sesuai baca ayat ni.Misalnya masa pergi interview. Haaa itu ustaz yang cadangkan.Tapi ustaz lebih pada situasi berdepan dengan orang jahat.  Orang jahat tu ia termasuklah orang yang memusuhi kita dalam diam.Manusia ni kadang depan kita dia nampak baik je tapi belakang kita  Allah je yang tahu. Kadang macam tak percaya yang perangai dia harey macam tu. Pada maq lebih baik korang hafalkan je nanti bila perlu berguna jugak amalan tu. Ini ikhtiar kita melalui kalam Allah. ( dengan bacaan ayat ayat suci dalam Al Quran ) Korang yan...

Sayyidul Istighfar

  Bismillah, Sabtu, 15 Jamadilawal 1446H.  Kata kata motivasi SAYYIDUL ISTIGHFAR -Penghulu Istighfar  Ada sebuah Dzikir yang disebut Nabi sebagai ‘Sayyidul Istighfar’ (Penghulu Istighfar). Keistimewaannya Luar Biasa. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Pagi dengan Penuh Keyakinan, kemudian Meninggal sebelum Datangnya waktu Malam, maka Dia Masuk ke dalam Syurga. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Malam dengan Penuh Keyakinan dan Meninggal sebelum Datangnya Pagi, maka ia Masuk ke dalam Syurga (H.R alBukhari). Bacaan Sayyidul Istighfar itu adalah seperti berikut: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ "Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak Ada Sesembahan yang Berhak Disembah selain Engkau. Engkau Menciptakan Aku, Aku HambaMu, dan Aku a...

Keampunan Allah Lebih Besar Dari Dosa Kita

  Sekadar nasihat. Bismillah, Khamis 12 Jamadilawal 1446H. Sesungguhnya perjalanan usia kita semakin mendekati garis penamat. Dimana kita akan diminta untuk dipertanggungjawaban terhadap apa yang telah kita lakukan selama hidup kita. Hari dimana mulut dikunci, dan kaki serta tangan dan berbagai anggota tubuh kita menjadi saksi atas perbuatan kita. Hari dimana penyesalan dan permohonan maaf, bahkan rintihan tangis pun tak lagi berguna. Hari dimana seseorang insan tidak dapat menebus dirinya dari azab Allah swt, meskipun dengan harta  berupa emas sebesar bumi. Hari dimana anak pinak dan kaum keluaga tidak berguna lagi. Seiring terus berlalunya waktu, sisa hidup pun kian berkurang.   Itu bererti waktu untuk bertaubat dan berbuat kebajikan kian berkurang juga. Pergunakanlah sisa hidup kita yang sedikit ini untuk bertaubat dan berbakti kepada Allah swt. Semoga Allah swt mencurahkan ampunan serta rahmat dan kasih sayangnya diakhir hidup kita, yang pada akhirnya membawa...

Umrah Ramadhan 2025

  Bismillah, Korang ada plan ke nak pergi umrah bulan Ramadhan yang akan datang nanti ? Di Tiram Travel Batu Pahat Bandar, ada package  umrah bulan Ramadhan yang berbaloi untuk di booking.  Korang boleh semak package kat bawah ni. Bagi warga Johor, Tiram Travel ada sediakan package, ✅15 hari umrah. ✅Penerbangan dari Senai Airport. ✅Pengangkutan MAS. ✅Hotel dekat dengan 2-2 Masjid. ✅Fullboard ( Berbuka dan Sahur ). ✅visa umrah. ✅krusus umrah percuma. ✅3 beg umrah percuma. ✅2 orang mutawif. ✅Booking deposit RM300 sahaja. ✅Penerbangan direct Senai to Jeddah (2025). Kalau flight dari Senai Airport  orang Johor dah tak perlu lagi nak terkejar kejar masa dan ambil masa berjam jam untuk perjalanan yang jauh dari Johor ke KLIA. Korang yang nak sambut malam lailatul qadar dan hendak menyemarakkan lagi bulan ramadhan 1446 di Kota Mekah dan di Kota Madinah ,boleh lah ambil package ini. Ada 2 group yang akan diterbangkan bulan puasa nanti.Ini untuk package 15 hari.Lihat gambar d...

Emak Singa Dah Tak Menyinga

  Kakak & Adik ( shawal 2024) Bismillah, Kemas galeri fon terjumpa pulak gambar hari raya yang satu ni.Gambar hari raya pertama 1445H ( 2024 ) . Gelagat 2 orang cucu maq yang semakin meningkat besar. Masa ni mereka berada dirumah kampung maq di Kampung Parit Balak,Senggarang. Si kakak tahun depan dah masuk darjah 1 manakala si  adik tahun depan umur dah masuk 4 tahun. Lincah ke 2 beradik ni ? Korang jangan risau ,mama mereka dah ada darah tinggi dah asbab hari hari jadi pengadil, peguambela, penceramah, cikgu displin, chef, ustazah, jururawat dan semua kerjaya di Malaysia ni mama diaorang dah daftar dan dah pun bertugas hahaha.   Zaman maq dah lepas ,sekarang along pulak sedang menempuhi momen tu. Dulu dak along beritahu kawan kawan dia yang emak dia adalah emak yang terpaling garang dilorong perumahan kami! Hahaha bila ingat semula kenangan tu memang lawak .  Sampai dapat gelaran " emak singa " hahahaha 2024 - Emak Singa  pun dah jadi nenek. Dunia nya sudah...

Zikir Penyembuh 70 Penyakit

  Bismillah, Ustaz Adi Hidayat beritahu  zikir ini diamalkan setiap hari dengan istiqomah . Baca 3 kali setiap hari. Inshaallah Allah akan tarik satu persatu "penyakit" yang ada dalam tubuh badan kita. Surah Anbiya' ayat 83. Seperti biasa sebelum beramal ,niatkan terlebih dahulu tujuan amalan tersebut. Ingat,niat kebaikan dibalas kebaikan juga,inshaallah... Sedikit kata kata buat tambah ilmu📌 Ustaz Adi Hidayat pernah menyatakan bahawa mazhab bukan kelompok,ia adalah pilihan pendapat yang sudah ada. Mazhab merupakan salah satu pilihan pandangan yang dipilih oleh orang muslim. Dan dari Ustaz Azim pula ( beliau merupakan penceramah di kelas dhuha di taman maq tinggal) katanya , orang muslim yang pilihannya berlainan mazhab itu tidaklah berdosa, yang berdosa adalah bila dia seorang muslim tapi kemudian dia pilih menjadi murtad. So korang kenalah hati hati dalam menilai pilihan dan pandangan dari sesaorang. Jom selawat!

Elak Santau Sihir

  Bismillah, Beberapa amalan dan doa untuk elak santau sihir. Pesan Ustaz ,sebelum buat apa apa amalan dan bacaan mulakan dengan niat.Untuk apa ianya diamalkan dan dibacakan.Niat yang baik baik, yang baik baik juga bakal mendatangi kita.Inshaallah... 1- baca surah al Fatihah 7x 2- baca surah Hud (11) ayat 56 3- baca surah At Taubah (9) ayat 128 4- baca surah At Taubah (9) ayat 129 Sumber dari ceramah ustaz Kazim di youtube. Semoga beri manfaat. **kalau tulisan tak jelas ,korang boleh cari surah surah tersebut dalam Al Quran. Selawat dah? 

Ikhlasnya Matahari Waktu Senja

  Bismillah, Petang semalam maq bertiga pergi ke Pantai Minyak Beku. Sekarang pantai ini dah semakin meriah. Kami gerak pada pukul 5 petang. Kalau lalu jalan dari arah bandar Penggaram ambil masa lebih sikit. Kalau lalu ikut jalan dari kampung Sungai Ayam,masa perjalanan tu kurang lah sikit. Tapi maq lebih suka jalan yang jauh,kurang lebih ambil masa 30 minit. Jauh perjalanan kan dapat lihat banyak pemandangan. Aida sentiasa jadi bodyguard kami. Setiap Jumaat dia cuti,dapatlah ambil peluang santai santaikan diri duduk tepi pantai ni sambil rehatkan minda dia yang sering diuji dengan  acik acik mutawif mutawiffah dan calon calon jemaah umrah yang  beraneka  ragam. Air laut tengah pasang. Angin sedang bertiup sepoi sepoi bahasa. Maaf ,maq dah cuba ambil gambar angin tapi masih tak kelihatan.😂 Kat sini kalau ootd memang seronok. Kawasannya pun bersih. Maaf gambar tak banyak untuk buktikan kata kata maq tu sebab nak jaga privacy pengunjung. Sebetulnya kiri kanan ada ora...