Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Piala Malaysia 2014

Assalammualaikum 1 November 2014 nanti pasukan bola Johor Darul Takzim akan beraksi di Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan akhir menentang pasukan negeri Pahang Darul Makmur untuk merebut piala Malaysia 2014. Alhamdulillah sekali lagi kedua dua pasukan ini berjaya keperingkat akhir ! kalau dah jodoh tak kemana ye tak ?eh ! maq minat bola sepak Malaysia  ? Jujur cakap ,dulu memang tak minat  ,masa belum adanya team Harimau Malaya tu.Lepas muncul Harimau Malaya ,selang beberapa tahun muncul pulak team club JDT , ok ,seriously barulah maq minat  bola di Malaysia. Kalau dulu sebelum adanya Harimau Malaya ,maq tenguk bola pun boleh terlelap tau haha , tapi sekarang tidak lagi . malahan tak reti duduk dibuatnya  .kejap baring ,kejap duduk bersila ,kejap tiarap ,aduhhai kejam betul kan orang tua ni menuntun bola  ? tu anda belum dengar dia membebel depan tv lagi tu ! kalau anda join maq tenguk bola di depan tv ,mungkin saja suasana nya macam kat Stadium Bukit Jal...

Bukan Insan Sempurna

Assalammualaikum Salam jumaat buat semua ... Tahun 1435 hijrah kian meninggalkan kita dan bakal munculnya Muharam di ambang 1436 ! Apakah azam di tahun baru hijrah ini ? Lahai tak payah la buat azam lagi ,ada baiknya kita kekal kan azam lama tu cumanya pertingkatkan lagi usaha memantapkan lagi azam azam pada tahun yang lepas lepas . Sebab masih banyak azam yang tidak terlaksana lagi tu,maklomlah kan azam nya banyak hehe Tapi maq tak ada azam apa pun cuma  sejak kebelakangan ini maq dah mula sedar yang dunia makin tua . Makanya jalan untuk menghitung detik tua tu sangat menduga maq.Sedangkan selama ini maq asik perasan diri  asik muda je haishh. *sejujurnya maq sentiasa perasan akan perasaan  ini.   **maaf jika aku tidak sempurna  Bila aku sedar diri ini tidak sempurna ,aku lebih mudah menangisi pada saat bersendirian disisiNYA . Menginsafi pada kejadian yg sudah sudah dimana selama ini aku lebih banyak menghabiskan waktu dengan sia sia. Memerhati kesilapan or...

Sedekah Itu Penawar

Assalammualaikum Anda suka  bajet ? maq pun mula belajar untuk bajet bajet sekarang ni. Firstly dalam hidup ni kita kena bajet pasal makan.Sebab keperluan ini  selalunya kita sengaja tutup mata dan seterusnya jadi pemboros. Sebab nafsu makan sangat luar biasa,betul tak ?  Kita tahu makanan yang kita ambil tu kadang kala adalah berbahaya buat kita .Tapi kita tetap nak telankannya jugak . Contohnya : kekerapan makan makanan segera bagi seorang pengidap darah tinggi . kekerapan makan makanan manis bagi pengidap kencing manis . kekerapan makan makanan laut bagi pesakit gaot ,pesakit kulit. Dan ada banyak lagi penyakit dan pesakit di Malaysia ni yg maq tahu tapi sengaja tak mahu tulis.Tapi kenapa kan? dah tahu tak boleh makan kita masih ambil makanan tu ? Ada yang cakap : ala,selagi boleh makan ,makan je lah ,nanti dah mati tak makan lagi dah semua tu . Ada yang cakap : tak makan pun sakit ,makan pun sakit ,lebih baik makan ! Ada yang cakap : duit ada ,makan je l...

Jentik Hati

Assalammualaikum Salam Jumaat buat semua. Sebagai seorang perempuan yg bergelar isteri ,selain diamanahkan mengandungkan dan melahirkan anak,kita ada satu lagi tanggungjawab kepada anak kita iaitu mendidiknya. Anak yg diajar dengan kemewahan akan membesar dengan cara hidup yg mewah Anak yg diajar dengan kesederhanaan akan membesar dengan gaya hidup yg sederhana Anak yg dah biasa hidup susah dia akan membesar dengan jiwa yg kuat dan sabar ! Sebagai seorang anak yg dilahirkan di kawasan kampung pada 1969 dahulu ,maq tak pernah ketinggalan untuk belajar jalan hidup yang pelbagai ragam. Pada maq tiap yg kita tempuhi dulu dulu itulah pengalaman yg berguna untuk masa depan  .Tapi bagaimana dengan karenah anak  zaman sekarang ? Harini  Aida, Anak maq yg baru lepas habis exam UPSR , baru sehari cuti  dah cakap bosan dah duduk rumah . dia ajak kakak nya yg nombor dua tu jalan-jalan shopping mall untuk 'servey' hanset katanya. Padahal dia dah ada pun hanset ,tablet da...

Selamat hari lahir abah

Assalammualaikum, Minggu ni agak busy sikit ,entah kenapa rasa macam tu maq pun tak tahu tapi memang tak sempat nak berblogging ,blogwalking and asik nak bergobblog je kejenya. Semalam birthday abah.Tahun ni genap umur abah 73 tahun  ! Alhamdulillah Allah lanjut kan usia abah dengan kesihatan yg sangat memuaskan .  Abah dapat teman mak  berniaga.Abah dapat tolong jaga cucu kesayangannya yg dua orang tu. Abah dapat menghindarkan diri dari tabiat yg mana orang lelaki di Malaysia banggakan tu ! ye  abah BUKAN PEROKOK !  Malahan bukan je abah tapi anak lelaki tunggal abah pun abah tidak galakkan merokok dan akhirnya 2 beranak ini bebas dari rokok !  syabas ! Serious maq bangga sangat tentang ni ! bukan apa lah kan. Dulu dulu orang cakap ,orang yg merokok ni cuma jaga badan biar tak gemuk ! tapi setakat ni abah tak pernah gemuk pun,malahan maintain je maq tengok . Dan abah juga bebas dari penyakit darah tinggi ,jantung abah sihat jugak dan kencing manis...

Bajet 2015

Assalammualaikum Bila bajet 2015 dibentangkan semalam , maq tetap cool sebab kalau nak hot or bising  bising pun tak guna lagi dah memang itulah keputusan muktamat ! Surat menyurat tidak akan dilayan .  Tetapi lautan dalam usah diduga. Sebagai rakyat yg dah duduk di Malaysia hampir 45 tahun ,apa yg maq nak cakap,kalau kita rasa semua ini  merupakan kesukaran yang  membebankan sebenarnya diluar sana ada ramai lagi yang lebih sukar dan lebih terbeban hidupnya. Apalah nasib yang akan menjengah kehidupan mereka selepas ini ? Orang atasan sebenarnya kena peka pada kesulitan rakyat.Mereka perlu ingat bahawa rakyat lah yang mengekalkan mereka ditahap sekarang.Kalau kepercayaan dah makin pudar, maq rasa PRU akan datang sangat mendebarkan. Rakyat pun kalau tak suka dengan pihak pimpin,janganlah terlalu emo sehingga keluarnya kata kata tak elok untuk para pemimpin tu.  Semua perangai kita sekarang ni dituntun oleh remaja remaja ,anak anak kecil yg sekarang ni sema...