Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2025

Adam Aisy Taknak Tok Mak

  Bismillah, Semasa jaga Adam Aisy selama kurang lebih 3 minggu hari tu , ternyata dia anggap ibu ayah hantar dia kerumah pengasuh baru.Bukan rumah atok dia. Kenapa maq kata macamtu? Sebab dia malu malu dengan maq dan encik suami.Tapi dengan Aida dia ok je.Ahh pening. Mungkin maq dah lama tak jaga dia.Ada pun kejap kejap je.Atau mungkin memori atok jaga dia masa dari dalam pantang hingga dia umur 9 bulan dulu tu , dia dah delete. Auto delete hahaha Namun maq tak kesah pun benda ni, bila Adam terdesak cari orang untuk dia minta tolong, dan cuma ada maq je waktu tu,pastinya dia akan cari tok maq.Benda simple kan.Yang penting Adam tak nangis atau buat perangai pelik.Dia elok je nonton atau bermain ,cumanya satu jelah, bila tokmak dekati dia , dia akan lari! Kat rumah maq ,main handphone memang ada waktunya.Selebih tu hanya tonton tv atau main.Tapi untuk dapatkan gambar Adam yang serius ,kenalah ada handphone ditangannya. Kalau tak, gambar akan berbalam balam je sebab Adam tak reti nak...

Bertambah Setahun Lagi Umur Beliau

  Bismillah, 27 March - tarikh ini merupakan tarikh lahir encik suami.Terima kasih Allah.Bertambah setahun lagi umur beliau.Tapi bila encik suami cakap pasal tarikh lahirnya ,beliau akan kata, itu lah tanda masa untuk dia hidup didunia telah berkurang. Okey.Ayat padu.Jadi Maq tokleh nak ulas apa apa lagi. Setelah 5 tahun beliau berhijrah kepada level yang lebih baik dari dirinya yang sebelum.Banyak perubahan  positif pada diri encik suami yang maq kesan.  Alhamdulillah.Terima kasih Allah.Bukan satu tugasan yang mudah, malahan sangat menguji akal dan minda.Maruah juga kena dipertahankan bersama niat yang satu, ' kerana Allah taala..' Korang boleh tengok gambar gambar dibawah ini ,nanti korang bolehlah nilaikannya sendiri. 2 gambar diatas adalah pada tahun 2018 & 2019.Masa ni terlalu banyak benda yang encik suami kena hadap.Nak senyum pun susah. Masatu tanggungjawab beliau melambak lambak.Kerja siang malam, urus anak anak, pantau isteri ,urus rumah tangga ,urus kerjaya ...

Musuh Bagi Orang Beriman

  sekadar hiasan Bismillah, Sekejap je Allah beri peluang kita berkumpul dengan ramadhan.Mula mula tu rasanya lama sangat nak dibayangkan 29 - 30 hari.Tapi bila hari ni dah masuk ramadhan yang ke 26,ye sangat pantas masa berlalu. Maq pernah dengar satu ceramah,dimana kata penceramah tu pada tahun 2025 nanti Allah ambil keberkatan masa kita.Contohnya dalam masa 24 jam tetiba dah berganti hari.Sehari rasa sejam,seminggu rasa sehari, sebulan rasa seminggu dan setahun rasa macam sebulan.Tetiba dah bertukar tahun baru sedangkan kita masih leka dengan tanggungjawab dan tugasan hakiki untuk dunia. Korang ada rasa tak betapa cepatnya masa sekarang ni berlalu?Maq dah rasa.Kadang macam tak buat apa apa lagi tetiba dah petang. Sebab tu apa yang maq selalu update dan kongsikan dalam blog ni hanyalah nasihat buat maq sendiri dan pembaca juga.Kalau dapatlah kan, peluang yang ada maq nak sebarkan sebanyak banyak kebaikan dengan cara tersendiri. Bukan nak bajet bagus tapi maq sekadar nak tahu apa ...

Tips Sihat Untuk Yang Makin Menua

  Kenangan kami 💞 13 petua sihat dari pakar kesihatan. 1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung. 2.Tiada gula. Ya tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi. Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap. Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum. Banyakkan sayur dan buah buahan. 3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah. 4.Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar.Bukan dengar cakap jurujual. 5.Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali. Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari i...

Diantara Sifat Baik Pada Seorang Wanita

  Bismillah, Diantara sifat sifat baik pada seorang wanita. Ditulis oleh : Saudari yang mulia Al-Faqihah Hassanah binti Muhammad Nashiruddin Al-Albany حفظها الله dan semoga Allah merahmati Ayahnya. كتبتِ الأختُ الفاضلة حسانة بنت محمد ناصر الدين الألباني حفظها الله تعالى ورحم أباها مقالة ماتعة جامعة مانعة، يجدر بنا قراءتها ومحاسبة أنفسنا على ضوء ما جاء فيها من درر وتوجيهات ونصائح نفيسة مضمنة في كلماتها، وإليكن أخواتي الفضليات المقال كاملًا: Sebuah tulisan yang sangat baik dan bagus, seharusnya bagi kita membacanya dan memperbaiki diri kita, apakah kesesuaian dengan yang terdapat didalamnya dari untaian mutiara, bimbingan dan nasihat berharga, berupa untaian kata-kata penuh faedah. Dan inilah nasihat beliau ; Diantara sifat-sifat baik pada wanita adalah: •Pemalu •Sedikit bicara, menyusun secara teliti tutur katanya dan apa yang seharusnya ia bicarakan dan tidak banyak cakap, tidak memperdalam secara teperinci dalam menyebutkan bahagian ucapan yang justeru boleh menjerumuskannya ke ju...

Perihal Beg Kecemasan

  Bismillah, Melihat pada keadaan mangsa banjir yang tinggal hanya sehelai sepinggang di pusat pusat banjir di seluruh kawasan di Bandaraya Johor Bahru, Maq tergerak hati nak kongsikan maklumat yang maq dapat dari group prepping di telegram.Sediakan payung sebelum hujan.** Fungsi beg kecemasan ini bukan sahaja untuk mangsa banjir tapi pada bila mana keadaan telah mendesak. ELEMENT PREPPING 1. Pegangan Agama 2. First Aid 3. Tools 4. Makanan 5. Cutting tools 6. Cooking kit 7. Blackout kit 8. Perlindungan Tools- Comunication, gps, maps, compas, tali, safety kit, dan sebagainya Makanan- MRE, Energy Bar, bijirin, garam, kopi, kurma dan sebagainya. Cutting tools- Parang, pisau tactical, multitool, player, bolt cutting, wire cutting dan sebagainya. Cooking kit- Mestin, garfu kit, dapur askar, fire rod, vesaline, kapas, dan sebagainya. Blackout kit- Torchlight, headlamp, lampu camping, lampu usb, lilin, powerstation, battery kit, solar portable, generator, hand crank generator, radio hand ...

Tidur

  Bismillah, Tidur. Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba. Saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi. Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik,menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang. Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam,seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar.Lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya,tanpa mengantuk! Saya pelik! Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal.Saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi. Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup denga...

Waktu Adalah Umur

  Bismillah, Dalam arus kehidupan moden ini, ramai antara kita yang terpesona dengan kilauan dunia. Kekayaan, kesenangan, dan kejayaan material sering menjadi matlamat utama, seolah-olah itulah puncak kebahagiaan yang kita dambakan.  Namun, sedarkah kita bahawa semua itu hanyalah ujian yang ramai manusia gagal menghadapinya dengan bijaksana? Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan hiburan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. (Surah Al-Kahfi, 18:46) Kehidupan dunia hanyalah sementara dan penuh tipu daya. Kesenangan yang kita kejar boleh menjadi perangkap yang melalaikan kita daripada tujuan ...

Pray For Johor - Ramadhan 1446

  Bismillah, Ujian bagi rakyat Johor dan penduduk bandaraya Johor Bahru,bila kediaman mereka dilanda banjir menjelang 10 hari terakhir ramadhan. Hujan yang turun berterusan sejak semalam (Rabu 19/3/2025) hingga ke petang ini ( Khamis 20/3/2025) telah melimpahkan airnya hingga ke kawasan yang tidak terduga diuji banjir. Bawah ini adalah kenyataan dari menteri besar Johor, Dato Onn Hafiz.Mengenai pengumuman laporan darj MET Johor. Buat seluruh Bangsa Johor yang saya kasihi sekalian. Saya telah menerima laporan daripada Jabatan Meteorologi Johor (MET Johor), bahawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 21 Mac 2025 (Jumaat). Amaran hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Manakala amaran hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat. Saya mohon agar seluruh rakyat Johor untuk sentiasa peka dengan sebarang arahan pihak berkuasa, dan terus...

Dosa Ibu Bapa Terhadap Anak Anak

  Bismillah Bila dah tonton video video ringkas yang diatas, mungkin kah ada sedikit  kesedaran dipihak kita sebagai ibubapa??? Ingat satu hal, kita bukanlah ibubapa yang sempurna maka jangan menghukum anak anak seperti kita ini tak pernah melakukan dosa. Jika anak dikata derhaka dimata kita ,itu juga bukan salah mereka tapi kita sendiri yang tidak mengajar mereka macamana nak jadi hamba Allah yang baik. Allah maha melihat. Dan kamilah antara ibubapa yang berdosa dengan anak anak ... Maafkan kami yaa Allah 😢

Tradisi Munjung Dikalangan Masyarakat Johor

  Munjung pertama pada ramadhan 1446 kalini, terima kasih jiran .. Bismillah, Tradisi munjung. Apa maksud Munjung? Di negeri Johor, khususnya dikampung kampung mereka yang berketurunan jawa, adat munjung kekal dilakukan sehingga kini. Menjelang hari raya sesama jiran tetangga akan bertukar tukar juadah masing masing seperti ketupat, rendang, lodeh, sambal kacang dan lain-lain. Kemeriahan bertukar-tukar juadah ini membuktikan keharmonian dan silaturahim antara jiran tetangga sangat kuat. Anda dah munjung? Maq nak ambil keberkatan 10 ramadhan terakhir nanti inshaallah. 🗨️jom selawat

Elakkan 5 Kesilapan Dibulan Ramadhan

Bismillah, 18 Ramadhan 1446H 5 kesilapan yang perlu dielakkan pada bulan Ramadhan. 1.Asyik nak marah 2.Tidur sepanjang hari 3.Berpuasa tapi tak solat 4.Guna bahasa tidak baik 5.Sengaja melakukan perkara yang membatalkan puasa. Ramadhan berbaki tak sampai 2 minggu je lagi.Rebut lah peluang dibulan barokah ini. Dibulan ramadhan ini, Setiap doa akan diterima✅ Setiap pahala akan diganda✅ Inshaallah.. 🗨️jom selawat.  

17 Ramadhan 1446H

  Bismillah, Ramadhan bulan Al Quran.Tapi disebabkan bulan ini umat islam diwajibkan berpuasa , maka ramai yang panggil ramadhan sebagai bulan puasa. Bila ramadhan pergi , *solat terawih ikut pergi *lailatul Qadar ikut pergi Tapi Al Quran tak. Al Quran akan kekal ada bersama kita selagi dunia belum berakhir. Sebelum semua itu belaku , jom sama sama jadikan Al Quran sebagai sahabat kita didunia.Peneman kita di alam barzakh.Dan penyelamat kita di padang mashyar. 🗨️selawat sekali ,  Allah beri 10 kali ganjaran pahala. Subhanallah ...

Konsep Sedekah

  Bismillah, 16 Ràmadhan 1446H. Kita selalu dengar kata kata ni, kalau lah aku banyak duit,aku nak sedekah kat orang susah,kat orang situ,kat orang sini.Tapi sekarang ni, aku sendiri nak makan pun tak cukup.Macamana nak bersedekah.. Orang keliling kita suka guna ayat atas ni. Sebetulnya konsep bersedekah ni bukan waktu bila mana kita ada banyak duit je tapi masa tengah diuji sempit pun kita layak untuk bersedekah. Waktu kita sedang sakit pun digalakkan bersedekah. Waktu dimana kita rasa nak bersedekah ,maka teruskan je niat tu.Jangan tangguh. Tak perlu nak tunggu jadi kaya raya baru nak hulur sedekah. Andai takdirnya jalan hidup kita memang takda rezeki nak jadi orang kaya,bermakna sampai matilah kita tak kan berpeluang nak dapat pahala bersedekah. Rugi... Didik jiwa untuk bersedekah.Hulurkan mana yang termampu sebelum mati. Orang kaya mereka dah tentunya berduit ,kita yang hidup seadanya ni,fikirkanlah cara terbaik yang boleh buka jalan untuk kita dapat pahala bersedekah. Maq pun ...

15 Ramadhan 1446H

  Bismillah, Masuk je hari ke 15 berpuasa, tetiba pagi tadi sebelum subuh badan lesu semacam. Kepala rasa berat melayang layang.Sebelum ni badan semua rasa sakit macam dicocok duri tapi maq buat diam je. Apa pun keadaannya maq tetap juga kena gagahi untuk lakukan rutin ramadhan. Dan lepas subuh tadi makin menjadi jadi badannya meragam.Kalut cari alatan yang kat dalam gambar atas tu. Tekanan darah 128/74 Nadi 67 Spo 98 suhu badan 36.5° Alhamdulillah semua normal. Tak lama lepas subuh ,maq trylah aktifkan badan ni.Buatlah kerja sesikit, angkat kerusi dan meja jati kat ruang tamu,kononnya nak buang habok dan nak bagi badan berpeluh. Pukul 8.00pagi semua settle.Ruang tamu kecil kan,cepat je siapnya. Dan pada pukul 12 tengahari , tetiba pinggang cramp!Jalan pun tak stabil.Nyaris nyaris kena solat duduk tadi tapi i try my best . Alhamdulillah tak perlu solat duduk. Cuma kena solat pelan pelan dan tahan sakit. Bulan puasa guys ,bulan keampunan.Sakit datang silih berganti.Moga Allah ampunk...

Tips Jadi Jutawan di Mekah

  Sekadar hiasan Bismillah, 15 Ramadhan 1446, Hasil salin tampal dari group umrah kat pesbuk. Tips jadi jutawan pahala ketika tunaikan haji atau umrah.  Setiap kali selepas solat di Masjidil Haram jika kita tunggu sebentar, akan diumumkan untuk solat jenazah bagi jemaah yang meninggal.  Maka kita terus bangun dan bersedia untuk solat jenazah.  Tidak sampai lima minit kita dapat pahala satu qiroth sebagaimana hadis Nabi Sollahualaihi wasallam berikut: "Barangsiapa solat jenazah dan tidak ikut mengiringi jenazahnya, maka baginya (pahala) satu qiroth. Jika dia dapat menghantar jenazahnya (ke kuburan), maka baginya (pahala) dua qiroth.”  Ada sahabat yang bertanya, “Apa yang dimaksud dua qiroth?”  “Ukuran paling kecil dari dua qiroth adalah semisal gunung Uhud”, jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.  (Riwayat Imam Muslim) Jika kita dapat hantar ke kawasan perkuburan, maka kita dapat dua qiroth. Besar bukit Uhud lebih kurang 7km panjang, 1 km tinggi dan ...

Hadiah Ramadhan 1446

  Bismillah, Harini dah 14 Ramadhan 1446.Dah 2 hari blog krik krik.Mesti korang ingat maq pergi berperangkan? Lepas update pasal perang dunia tetiba blog senyap. Pergi perang ke apa orangtua ni? Hahahaha ngarut je Padahal maq sedang berperang dengan nafsu sendiri.Diam tak diam dah 14 hari kita berpuasa.Bulan puasa ni banyak sangat ujiannya. Ada orang cakap , kalau takda ujian macamana kita nak dapat pahala bersabar. ha ah betul juga kan? Kata ustaz, syaitonirojim memang kena ikat dibulan puasa tapi yang buat kita jadi "nakal" di bulan puasa ni ialah nafsu kita sendiri.Haaa tulah puncanya ramai orang masih berbuat dosa di bulan yang mulia ini. Kesian mahlok Allah yang satu tu ,asik asik dia je yang jadi mangsa keadaan ,dahlah kena ikat,namanya pulak yang disebut sebut,yang disalahkan. Ayat paling kerap diguna, "Semua sebab hasutan syaiton.." syaitan : " wei jahat sangat ke aku ni ,korang yang buat maksiat tapi nama aku jugak korang petik.." Memang letih mik...

Ratib Al Attas

  Bismillah, 12 Ramadhan 1446H Video pilihan maq kali ini ialah Ratib Al Attas.Bulan puasa macam waktu sekarangni ,sedang perut tengah kosong ,dengar pulak Ratib Al Attas, jiwa pun automatik jadi tenang. Apa itu Ratib Al Attas? 🔸Ratib adalah sesuatu yang tersusun, teratur dengan rapinya. 🔸Ratib al-Attas mengandungi zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah sedia tersusun. 🔸Ratib al-Attas adalah salah satu daripada koleksi ratib dalam Tarekat Alawiyah (Ahli Bait Rasulullah). Prinsip Tarekat Alawiyah ada 5 perkara iaitu Ilmu, Amal, Wara’, Khauf dan Ikhlas. 🔸Ratib al-Attas mengandungi 17 zikir yang bersumberkan al-Quran, hadis dan zikir para wali Allah SWT. Ratib al-Attas memiliki nama yang popular iaitu  Aziz al-Manal Wa Fathu Bab al-Wisol (sesuatu yang sukar diperolehi dan kunci bagi pintu penghubung) . 🔸Ratib al-Attas diasaskan oleh Keturunan Rasulullah S.A.W yang ke 29 iaitu  Habib Umar Bin Abd Rahman Al-Attas  (w.1072H) di Huraidah, Hadramaut, Yaman...

Teruskan Usaha Untuk Iman dan Amal

  Bismillah, 11 Ramadhan 1446 H Apa khabar dunia hari ini? Bawah ini adalah keratan akhbar yang disiarkan pada hari Isnin 10 March 2025. Dan pada hari Selasa : Kata kata Komandan Yaman kepada Trump: "Kami akan menjadikan Laut Merah seperti neraka bagi anda." Itu kata kata dari seorang komandan militer Yaman hari ini (Selasa) menanggapi ancaman Presiden AS "Donald Trump" yang mengatakan bahwa "pintu neraka akan terbuka bagi Gaza" Dan Yaman juga akan menjadikan Laut Merah sebagai neraka bagi Amerika. Hasbunallah wani'mal wakeel... Sumber : telegram  Post kali ini bukan bermaksud maq nak ajak korang pergi berperang.Tapi sekadar nak berkongsi sesikit tentang dunia hari ini dan nak ajak korang " top up " mana yang masih lagi kurang. Jom guys,kita lebihkan usaha dan kerja keras untuk top up iman dan amal. Bagi Maq ,Peperangan mustahil berhenti ,selagi bumi ini masih berputar.So korang jangan risaukan sangat.Kita ada Allah. 🗨️ jangan lupa berselawa...

Semua Adalah Milik Allah

  Bismillah, 10 Ramadhan 1446. Semalam dekat tiktok ,maq jumpa komen someone.Nampaknya dia betul betul dah kecewa.Dah tawar hati. Dan paling menyedihkan,bukan dia sorang yang komen pengakuan hati hancur.Rupa rupanya ada ramai lagi wanita yang mengaku sedang mengalami situasi yang hampir serupa. wanita -bila dah berkahwin, mereka ni bukan nak sangat harta melimpah.Kalau dapat tu kira bonus tapi apa yang diharapkan cukup baginya kasih sayang dan perhatian dari suami yang ikhlas.Hargailah kehadirannya sebagai isteri. Maaf maq tak dapat nak kupaskan apa yang ustaz dah nasihatkan dalam ceramah di gambar atas.Karang lagi ramai lelaki tak percaya kata kata maq. Apa pun ,wahai suami diluar sana, Bila menegur kesalahan isteri jangan sampai menghina.Isteri pun ada perasaan.Dia juga manusia biasa seperti anda. Bila ditanya jawablah elok elok. Biarpun hanya dengan sepatah dua kata.Supaya pertanyaan isteri bukan dibalas sepi. Bila anda tak suka sesuatu perkara ,beritahu isteri bahawa anda tidak...

Kanak Kanak Tak Dibenarkan Kerjakan Haji

  Bismillah, 9 Ramadhan 1446 Demi keselamatan ,jemaah kanak kanak umur bawah 12 tahun tidak boleh mengerjakan haji. Peraturan ini berkuat kuasa pada musim haji 2025 akan datang.  Umur termuda bagi jemaah haji muda dari Malaysia yang dibenarkan adalah 15 tahun dan ke atas. Inshaallah, setiap apa yang belaku pasti ada hikmahnya. Tapi betul ke negara kita je yang pergi haji tahun ini kena ambil vaksin? Dan kalau jemaah umur lebih 65 tahun dan keatas  kena ambil 3 vaksin? Maq ada terbaca komen sorang netizen dari Indonesia ,katanya jemaah disana tidak diwajibkan vaksin pun nak kerjakan haji. Serious lah?  🗨️Jom selawat

5 Kerugian Orang Berpuasa

  8 Ramadhan 1446H Bismillah, 5 kerugian orang berpuasa. 1- Bangun sahur tanpa mendirikan sekurang kurangnya 2 rakaat solat sunat. 2- Meninggalkan hari hari di bulan Ramadhan tanpa bersedekah. 3 - Menunggu waktu berbuka puasa tanpa berdoa. 4 - Menghabiskan waktu pagi dan petang dengan berbaring dan tidur atas alasan letih berpuasa. 5 - Langsung tidak membuka /membaca / mendengar Al Quran. Kata Nasihat** 🗨️ jom selawat

Ramadhan Itu Indah

  7 Ramadhan 1446H 🗨️ teruskan berselawat

Label "Kematian" Sebagai Panduan

  Mutiara Kata** Bismillah, Jumaat penuh barokah.Alhamdulillah untuk setiap nikmat dan rezeki yang Allah dah beri hingga ke saat ini. Kalau korang perasan dalam minggu ni maq kerap post hasil copy paste.Dan kebanyakkannya berkaitan kematian. Penerangan penerangan tu maq dapat dari banyak sumber ,lepas tu maq simpan kononnya nak buat panduan buat diri sendiri.Tapi makin lama makin nampak semak pulak notes fon. Makanya terhasil satu label baru yang bertajuk  KEMATIAN  . Korang boleh cari kat ruang LABELS dibahagian kiri blog ini.  Kalau korang guna fon ,klik je 3 jalur kat bahagian atas belah kiri blog.Atau klik kat perkataan KEMATIAN yang berwarna dekat atas tu. Kebanyakkan postnya hasil dari copy dan paste.Sebab Maq pun bukan mahir sangat dalam hal ehwal berkaitan urusan kematian. Bagi  maq ,sebagai masyarakat dan muslim ,kita juga kena ambil tahu serba sedikit berkenaan hal berkaitan jenazah.Nanti takdalah timbul perasaan syak dan ragu ragu dalam minda.Atau pun...

Sup Ayam Adam Aisy

  Bismillah, Sejak Adam Aisy duduk dengan kami, baru maq tahu rupanya dia suka makan nasi ayam dari chicken rice shop. Masalahnya nasi dari chicken rice shop tu bukannya 7-8 hinggit tapi campur dengan caj delivery dah lebih RM15.00 Itu hanya untuk sekali pembelian, kalau hari hari? peninglah nakkk. Minggu lepas Maq cuba masak sup versi CRS tu.Cari resepi kat tiktok.Alhamdulillah jumpa. Sebetulnya Maq cuma nak tau macamana CRS buat kuah sup nasi ayam,sampaikan cucu maq tergila gilakannya. Bawah ni ada dikongsikan cara nak buat sup ayam untuk Adam. Ayam ,Daun bawang, halia dan bawang putih. Halia dan bawang putih cuma diketuk je. Semua bahan ditumis dengan sedikit minyak, bila dah layu,masukan air dan didihkan. Bila dah mendidih masukan isi ayam. Masak dengan api pelahan.Maklomlah masak seketul ayam saje. Hasil kejadian. Bila ayam dah masak,letak sedikit perasa dan garam.Settle!  Sebelum ni maq masak sup Adam letak rempah tumis lah,letak rempah sup serbuk lah.Tabur bawang goreng...

Khasiat Buah Kurma

Bismillah, Kenapa kurma dibenci jin dan syaitan? Dan mengapa Nabi SAW memakannya dalam hitungan ganjil.Ini jawapannya. Dari segi agama mahupun ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini ialah ternyata buah kurma memberikan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh.   Dan mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari? Paling baik makan tujuh biji kurma. Amir bin Saad dari ayahnya berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma. Kerana buah kurma miliki manfaat utama.Antaranya, 1.Kurangi tingkat kolesterol dalam darah dan mencegah kesumbatan disaluran darah. 2.Mencegah kanser usus besar serta mencegah penyakit buasir dan kurangi bentuk batu kepahitan dan membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin, lantaran mengandung serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula. 3-Mencegah kerosakan gigi kerana meng...

5 Ramadhan 1446H

  Mutiara kata* Bismillah, Pagi 5 Ramadhan 1446 - dengan izin Allah bumi Batu Pahat disirami hujan yang berterusan. Dari pukul 8 pagi hujan turun berlarutan hingga sekarang dah pukul 12.15 tengahari.  Alhamdulillah. Sejuk ,mengantuk dan lapar.Macam macam perasaan dah mula munculkan diri saat ni. Hujan ke sejuk ke ,perut meraung raung ke, yang wajib berpuasa teruskanlah berpuasa. Yang tak boleh dan yang diharamkan berpuasa dah bolehlah buat mana yang patut. Tengahari dah ni... Di Malaysia ,bila masuk bulan Ramadhan ada satu fenomena menarik belaku. Saat ustaz dan ustazah berpesan pesan supaya banyakkan amalan dalam bulan puasa. Contohnya berpuasa , solat sunat , zikir dan selawat ,bersedekah dan macam macam lagi amal ibadah. Tapi apa yang boleh kita lihat ,apa yang banyak bila tiba bulan puasa ?!? Ofkoslah bazar ramadhan dan bazar raya. Gerai gerai tepi jalan tetiba muncul macam cendawan lepas hujan. Yang paling mengejutkan mereka yang baru nak belajar memasak pun berani juga j...

Panduan Jika Ada Kematian Dirumah

  Mutiara kata* Bismillah, Dulu maq simpan je artikel ni dalam notes handphone. Tapi bila difikirkan semula kenapa maq nak tahu sorang sorang? kenapa maq taknak kongsikan panduan ini dengan lebih ramai lagi orang?  Jadi malam ni maq ambil keputusan untuk salin tampal dalam blog ini sebagai panduan dan rujukan kita bersama. Andaikata bila satu satu hal belaku dalam keluarga kita,takdalah nak panik dengan situasi itu nanti. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ **Penting Sangat. Simpan mesej ini sebagai pedoman andai ada kematian di rumah kita. 1) call ambulans.Biar doktor yang sah kan kematian.Waris akan dibagi beberapa surat/borang untuk dibawa ketika buat laporan ke balai polis. 2) call - beritahu orang surau/jiran yang terdekat. 3) Bawa dokumen yang diberi oleh doktor tadi. IC si mati.Sijil lahir.Segala surat perubatan jika ada ke balai polis untuk buat laporan.  4)  Ingat, bahagi bahagikan tugas.Apabila telah disah kan oleh doktor tentang kematian. Sebelum h...