Skip to main content

Air Laut Pantai Bukit Batu, bersih dan jernih!


Assalamualaikum.

Pada tahun 2017 - banyak berita yang maq dengar mengenai persisiran  pantai di Batu Pahat kian terhakis.  Khabarnya kemungkinan beberapa tahun akan datang, daerah Batu Pahat akan ditenggelami oleh air laut.  Allahuakhbar..

Namun kerajaan ketika tu sudah ambil banyak tindakkan untuk mengelak hakisan semakin berlaku. Alhamdulillah  sedikit sebanyak ianya berhasil.

Ahad lalu, selepas balik dari Tanjung Hill,  kami pergi pula ke pantai Bukit Batu,Senggarang ,Batu Pahat, Johor. Pantai ini asalnya adalah pintu keluar masuk nelayan nelayan setempat di situ.

Dan ini merupakan pengalaman pertama maq kesana. Jauh juga nak masuk ke laluan laut tu tapi disebabkan jalan kampung tu sudah pun diturap cantik, akhirnya kami sampai juga  kesana.

Tapi kebiasaannya memang macam tu lah kan? Bila pertamakali  kita masuk ke sesuatu tempat, perjalanan itu memang terasa jauh sangat kan? Kalau dah biasa, dah tak terasa dah semua tu. Bawah ini ada video video pendek yang sempat maq rakamkan.

Actually  video ni tak berapa panjang pun tapi maq tak boleh nak masukan durasi 2 minit tu dalam entri blog ni, katanya its too long, adeh.. Jadi terpaksalah maq kerat 18 ! 😂 gurau jekkk..





SubhanAllah..

Pantai yang indahnya secara semulajadi. Tenang dan bersih. Akhirnya maq jumpa  juga persisiran persisiran yang dikata terhakis tu. Doa sangat  sangat daerah Batu Pahat takkan tenggelam seperti pakar pakar pengkaji alam nyatakan sebelumni.

Apapun, Alam ini hanya pinjaman. Jagalah sebaik mampu sebelum ianya musnah. Begitu juga  dengan manusia.. ❤

Jauh dah air laut hapuskan daratan. Sebelum ini pokok pokok bakau tu berada diatas darat. Allahhu.. 

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha