Bismillah,
Harini hari Jumaat bersamaan 9 Zulhijjah 1446H.Beruntung sangat kita ni jadi umat islam di Malaysia.
Semalam - muslim di Malaysia dapat berpuasa sunat tarwiyah dan dalam masa yang sama jemaah haji di Saudi melakukan wukuf di Arafah ,berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan. Inshaallah adalah tu terselit sesikit doa doa yang dipanjatkan untuk orang muslim di Malaysia kan.
Biarpun kita tak lakukan haji tahun ni. Kita pun masih boleh berdoa waktu mereka disana juga berdoa.Moga Allah makbulkan semua doa kita dan doa tetamu² Allah itu ...Aamiin.
Ibadah puasa sunat tarwiyah tak habis macam tu je,lepas maghrib kita sambung lagi dengan bacaan surah Al Khafi , selawat dan baca doa lagi. Sebab malam tadi malam Jumaat. Masyaallah semua itu merupakan aktiviti yang menjadi rutin setiap orang islam di Malaysia bila tibanya malam Jumaat kan?
Tapi malam Jumaat kalini sangat istimewa sebab kita baca surah khafi dan berselawat serta berzikir pada malam Jumaat ,termasuk pulak pada malam Arafah dan termasuk juga diantara malam 10 malam Zulhijjah yang diraikan.Korang boleh fahamkan maksud maq?
Momen ini datang tak selalu guys.Now kita dah sampai detik pagi Jumaat dan pagi arafah.So apa istimewanya pulak?Harini kita dapat peluang untuk,
-berpuasa sunat Arafah(lelaki&wanita)
-bersedekah Jumaat/sedekah subuh (lelaki&wanita)
-berselawat non stop sebab hari Jumaat (lelaki&wanita)
-lakukan solat Jumaat( lelaki)
-waktu mustajab doa,waktu khatib naik atas mimbar ( lelaki)
-waktu mustajab doa ,waktu lepas asar petang Jumaat ( lelaki&wanita)
-doa mustajab dihari Arafah
-doa mustajab waktu tunggu berbuka puasa
-doa mustajab dimalam raya aidil Adha
Dan paling seronok semua yang dilakukan pada hari 1-10 Zulhijjah ni , ustaz cakap pahala seperti pahala orang berjihad.Duduk rumah pun dapat pahala berjihad.Ustaz cuma sampaikan apa yang Nabi kita katakan.
Masyaallah,baiknya Allah 😭
Guys...rebut lah peluang tuuuu.Tak dapat semua jangan tinggalkan semua.Ini rezeki muslim di Malaysia tahun ini.Tahun depan belum tentu kita akan jumpa waktu macamni lagi.Peluang begini takkan datang selalu.Lagi pun tahun depan umur kita belum tentu sampai lagi.
![]() |