Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Doa maq

Assalammualaikum hai readers  betul kata orang tua dulu-dulu ''jaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak gadis '' bayangkanlah maq ada 3 orang anak gadis yang semakin  meningkat naik ..usia mereka 20,19,12 tahun. bayangkan bagaimana kecik besonya hati maq bila mereka membesar didepan mata ni .   kadang kala air mata jadi teman sebagai pengganti kata-kata yang  bukan lagi senjata untuk mendidik mereka . kerana  ada kala mereka lah teman bercerita kisah suka duka sebuah kehidupan . kadang-kadang mereka lah tempat maq mengadu sedih dan gembira . dan kadang kala kehendak remaja mereka buat maq kecewa . namun disetiap doa maq  sering diucap ...mohon Allah jadikan mereka ini sebagai anak yang sentiasa hormat orang tuanya dan orang yang berada disekelilingnya dan mohon mereka ingat untuk menjaga maruah diri dan taat pada perintah Allah . pada maq biarlah rendah tahap pelajarannya tapi tinggi budi bahasanya kepada orang tua . mohon Allah p...

indahnya dia dimata maq

Assalammualaikum bila kita sebut pasal keindahan ,maq ada banyak benda yg indah-indah yang sangat menarik minat maq. antara benda yang begitu indah ciptaan Allah yang buat maq teruja untuk menatapnya ialahburung  merak atau nama saintifiknya PAVO MUTICUS . entahlah dalam banyak -banyak burung di Malaysia ni merak merupakan hidupan yang sangat menarik dimata maq  ...

Luahan hati seorang perempuan

Assalammualaikum .... Kalau cerita tentang perangai orang perempuan , kita  mesti  orang akan cakap : Dah namanya perempuan mestilah dia , Kuat merajuk ,  Suka membebel ,  Suka pada kecantikkan , Minat bergosip , Suka menangis , Senang senyum , Senang marah .. Actually ada banyak lagilah perangai-perangai perempuan yg agak kurang sedap di dengar dan diperkatakan. eh betul ke bohong ni ? Ok maq nak tanya ,ada tak antara kita tak kira lelaki  atau perempaun yang memahami perasaan perempuan ? Kalau orang perempuan mungkin boleh sikit kot sebab mereka kaum sejenis , tetapi kalau orang lelaki ni ,agak-agak mereka tu memahami atau tak ekk ??  Ada..... tapi  tak semua la kan.Kenapa maq tanya soalan gini ? Sebab  LELAKI yang sentiasa menghormati pasangannya ialah lelaki yang sentiasa paham apa mahu orang  perempuannya dan dia tidak akan menganggap orang perempuannya itu melakukan benda yang tak elok belakangnya. Simple.