Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Harapan seorang emak

Assalamualaikum, Semalam maq bising lagi.Musim peperiksaan tinggal lagi tak sampai sebulan tapi anak-anak masih leka macam tarikh tu lagi satu tahun di buatnya. Mereka masih rapat dengan handset masih lagi asik menuntun tv,masih lagi leka melayari. Sedang kan buku-buku dan nota-nota kaku tak disentuh.Kalau sentuh pun buku yang ada kerja sekolah je.. Mungkin mereka tak tahu yang maq selalu memerhati telatah mereka. Mungkin selama ni maq hanya berdiam diri. Mungkin mereka jugak tak nak berjaya dalam pelajaran?? hati mana tak kecewa..hati mana tak terluka. Jika harapan yang selama di dijulang tapi orang yang diharap buat endah tak endah.Susah sangat ke nak berusaha lebih sikit? Bukan untuk orang lain tapi untuk kejayaan sendiri kot. Maq bukan tak bagi anak-anak berkawan atau apa,tapi maq memang mengharapkan kejayaan anak-anak dalam pelajaran sebab maq nak anak-anak berjaya dalam kehidupan masing-masing. Kehidupan untuk dunia dan akhirat.. Insy...

Ada hati yang terluka

Harini, Awal pagi lagi mood dah jatuh menjunam. Seawal jam 5.30 pagi dah dikejutan olehnya. Suaranya kali ini lain dari biasa.Kata-katanya meruntum dijiwa.Tersentap hati. Pekara yang paling tak digemari kini diulangi tapi kali ini sangat hebat,sedih. Kenapa dia begitu?Mana janji dia dulu? Mana semangat dia untuk memberi perubahan untuk keluarga kami? Kecewa maha dasyat. Manakah nilai pengorbanan saya dicampakkan? Saya tidak mengharap semua kejayaan untuk saya seorang.Yang saya mahu,kejayaan kekal milik kamu,demi masa depan kamu,demi diri kamu,kehidupan kamu... Tapi bagaimana nak mengolahkan kamu yang tak iklas?Adakah cara kamu ni bakal memberi kejayaan dalam hidup nanti? Tahukah kamu ,saya sangat kecewa kali ini...