Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Pengasuh dan timbangrasa

sekadar hiasan Assalammualaikum ... Sabtu yg  tenang kali ini.Anak asuhan cuma dua orang yg dijaga. Sekarang ni memasing dah besar , lepas sarapan pagi , maq akan lepas kan je mereka bermain dianjung rumah.Tapi masih kekal kena pantau sebab kanak kanak ni kalau dah main , lupa segala termasuklah keselamatan mereka . Bila dah dapat tempat dihati parent , diamanah kan untuk menjaga anak mereka , maq  rasa bersyukur sebab mereka percayakan maq dan ahli keluarga maq .  Apa yg penting  kerjasama dari semua pihak.Pihak keluarga bayi dan pihak keluarga maq.Bila dua pihak ini bergabung , insya allah bayi  akan selamat dan sihat seadanya dgn izin Allah . Apa yg kita nak , jangan lah anggap rumah pengasuh sebagai rumah kebajikan , lepas hantar anak , kemudian tinggal kan je si anak terkontang kanting macamtu je tanpa fikirkan apakah keperluan anak dirumah pengasuh. Pengasuh hanya menjaga dan mengurus , bukan menyara mereka sebagai tanggungan tambahan . Dan pengasu...

Perempuan dan Marah

Assalammualaikum .. Panas hati , panas telinga, sakit hati , itu semua antara unsur unsur api kemarahan yang sering menghantui jiwa manusia . Pada pengalaman maq , perempuan dan kemarahan memang tak dapat dipisahkan. Terutama bila hormon " estrogen" dia dah aktif . Biasaannya beberapa hari sebelum haid,mereka cepat sangat terasanya.  Ada takde orang yang paling hampir akan jadi mangsa.Terutama suami dan anak anak (untuk perempuan yg sudah berkahwin ) Kalau lelaki yg tak suka ambil kisah pasal  hal hormon aktif ni mungkin dia akan give up kalau pasangan dia asik nak naik angin je. Kejap karang cool ... Kejap nanti hot ! Naik angin dan pengaruhnya bermula daripada : ✅Ranking pertama bermula pada  usia Remaja belasan tahun. ✅Kedua ialah gadis gadis yg sedang lena dalam percintaan . ✅Ketiga ibu ibu muda yg baru nak belajar jaga anak dan urus rumah tangga. ✅Keempat  perempuan lewat 40an yg dah letih jaga rumah tangganya .Kebanyakkan usia begini mereka lebih suk...

Dugaan pengasuh 2

Assalammuaaikum .. Dugaan sebagai pengasuh ( babysitter ) hanya insan sejawatan dengannya saja yg tahu.Orang lain mungkin menganggap kerjaya ni biasa biasa je sebab kerjanya sama je macam jaga anak anak sendiri kat rumah , senang je kot ?! haha Sebenarnya kerja pengasuh bakal jadi mudah jika ibubapa bayi  tu tahu bagaimana nak menilai penat letih jaga budak. Sepanjang pengalaman maq , walaupun tak semua , tapi masih ada yg anggap satu satu hal itu adalah  pekara yg remeh.Sedangkan ianya bakal mengundang masalah pada orang lain yg hendak menjaga anaknya nanti . Contoh nya , kalau kita dah tempah seseorang pengasuh ketika bayi masih lagi dalam perut.Makanya secara automatik kita akan tau jugak , " ahh ! anak aku akan dijaga orang bila aku keluar berkerja nanti ,so apa perlu dibuat ?? Bila anak anda tu dah lahir , ajarlah anak kecil tu menyusu guna botol . sayang susu badan? ok ,takpe ... selang selikan penyusuan susu badan dgn penggunaan botol , dgn cara mengepam susu t...

Cabaran Pertama Sejak Jadi Pengasuh

Assalammualaikum Nampak kan maq dah sangat tidak aktif diblog kebelakangan ini . Bukan malas tapi oleh kerana tugasan harian dah makin bertambah maka aktiviti membebel kena stopkan sementara . Tapi  apa aktiviti maq pada awal 2015 ni? Memandangkan anak bungsu dah kena masuk sekolah sesi petang , maq kenalah siapakan masakan tengahari seawal mungkin . Makan tak makan tu tak kisahlah yg penting makanannya sudah terhidang dimeja sebelum dia pergi kesekolah nanti . Sambil masak , tangan ni sempat lagi cuci baju ,angkat baju , lipat baju , ini antara aktiviti kalau anak dara yg berdua tu pergi kerja pagi . Kalau tak, semua tu mereka yg uruskan ,Alhamdulillah Sambil cuci baju , sempat mop lantai ,menyapu ,kemas rumah dan tunggu anak asuhan datang pada pukul 8:15am ( paling awal setakat ni ) Tahun ni maq dapat sorang lagi anak asuhan yg berusia 1tahun 3 bulan. Besar dah . tapi disebabkan dia dah besar , dah kenal orang , memang agak payah untuk sesi suai kenal . Apa yg mena...

Pesan Maq"jangan over"

Assalammualaikum .. telah diketahui , applikasi  whatsapp banyak telah dimuat turun dihandpon rata rata rakyat Malaysia zaman ini . jika anda menggunakan whatsapp sebagai medan untuk berinteraksi dengan sahabat jauh , saudara mara terdekat , rakan niaga , group group yg awesome , dan sebagai  sumber tempat  rasa cinta diluahkan. hati hatilah. kenapa kena hati hati? taksemua gambar yg anda kirimkan itu disenangi oleh penerima . mungkin anda tak perasan yg gambar itu telah 'menghengkan' handpon orang lain .dan jugak memenuhi galeri handpon nya yg mana hanya mengikis data dengan kelajuan maksima . hilang kisah nak berseronok , maka akan timbul pulak rasa tidak selesa pada sebelah pihak . lainlah jika gambar gambar tu ada meninggalkan nostalgia ,mungkin penerima redha , tapi bukan semua gambar punya nostalgia , ye tak? mungkin ada yg kata , ala kan boleh ' delete '  tapi bayangkan jika kawan kita tu 3 hari tak on data . dan dia mempunyai group whatsapp yg san...

Bangga Untuk Beliau

Assalammualaikum .. Ahad dan maq cuti ! Di Johor tak semua rakyatnya cuti Ahad , ada jugak Jumaat atau Sabtu.Dan ada jugak yg cuti penuh seminggu tau.Haaa siapa tu ?  orang yg tak kerjalah. Siapa insan manis disebelah maqnie tu ? ** bertudung merah . Ye ,itulah maktok maqnie.Puan Hajah Fatimah . kalau anda nak tahu , 31.12.2014 lalu usia beliau mencecah ke 83 tahun !  Alhamdulillah ... Allah masih beri beliau kudrat untuk meneruskan melakukan amal ibadah dan tugas seharian . Lagi maq bangga , dalam usia sebegini , beliau masih lagi mampu berniaga kuih untuk mencari wang saku nya . Walaupun anak cucu ada beri saguhati buat beliau , tapi beliau tak biasakan diri dengan hanya mengharap duit dari anak, cucunya. Dan lagi buat maq rasa bersyukur sangat sangat , dalam usia 83 tahun , beliau TIDAK mempunyai apa apa rekod penyakit zaman sekarang pun , Apa penyakit zaman sekarang ? Penyakit 3 beradik kata orang (darah tinggi , kencing manis ,jantung ) syukur sangat sangat ...

Simpati dalam diam

Assalammualaikum Lama sangat dah blog maq sunyi. Menjelang tahun baru ni ,idea membebel macam kering sikitblah.Mungkinkah akibat terlalu banyak dugaan yg datang,sampai kering idea ? kata orang "kalau tak tahu , diam itu lebih baik " so itu yang maq berdiam diri kot? takdalah, takde kena mengena pun . Sebenarnya diam ni hanya sebab rasa simpati kat mangsa mangsa banjir yg mana kita tahu begitu besar dugaan buat mereka kali ini. Biarpun maq takda sedara mara diutara sana tapi setiap kali menatap gambar gambar mangsa menanggung kesulitan,tiap kali itulah air mata maq turun.Mungkin tak sederas arus banjir tapi air mata itu memang ada . Maq disini hanya mampu menitip doa  yang berterusan.Sama sama kita doakan aagar negara Malaysia kita yg tercinta ini akan dijauhi dari segala bencana  didalam tahun 2015 ini dan seterusnya.Tak sanggup maq lihat  penderitaan demi penderitaan didepan mata ini . Hanya redha dan doa itulah mampu nya.Kita makhlok yang dipanggil insan.Doa jangan...