Assalamualaikum, Nampaknya dalam sebulan 2 kali je lah maq dapat berblog.Tua sangat dah tu maknya. Sebetulnya lepas badan maq tak tentu rasa haritu, seminggu lepastu anak kedua maq telah selamat dinikahkan. So sekarang anda boleh tahu kenapa maq tak sihat haritu kan? ye sebab anak perempuan maq sorang lagi akan dilepaskan .. siapa? Budak Ety tulah. Cik misi kita sekarang dah bergelar 'Puan '. Alhamdulillah. Selepas beberapa kali mengharungi halangan asbab musim covid19. Akhirnya 18hb Februari 2021 telah di sahkan oleh pejabat kadi Batu Pahat sebagai tarikh penikahan Ety. Alhamdulillah , hajat kami telah dimakbulkan. Terima kasih Allah. Jauh bezanya penikahan pada waktu covid19 ni dengan pernikahan pada waktu bebas covid19 pada sebelum sebelum ni.Semua benda ikut SOP. Lebih lagi menantu maq berasal dari negeri Selangor. Selangor ke Johor, SOP nya lebih ketat sikit dari apa yang dijangkakan. Persiapan bagi pengantin lelaki; ✅3 hari sebelum tarikh nikah (72jam...
"Coretan kenangan seorang emak"