Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2025

Siapa Yang Betul Betul Peduli?

  Bismillah, Padu ayat ini, Kalau lelaki tidak mengaji, bagaimana dia mendidik isterinya? kalau wanita tidak mengaji, bagaimana dia akan membimbing anaknya? kalau anak tidak mengaji, apa yang ingin didoakannya buat ibubapanya?  Persoalannya sekarang, Berapa ramai orang islam yang peduli ? pesanan untuk diri sendiri**

Senaman Tanpa Sedar

  Wanita ini perlukan lebih banyak senaman dengan kesedarannya hahaha Bismillah, Berikut beberapa cara kreatif untuk tambah langkah harian tanpa rasa seperti bersenam: 1. Guna Kaedah "Parkir Jauh" Parking jauh sedikit dari destinasi (kedai, pejabat, sekolah).Bonus: Elak berebut parking dekat pintu.  2. Jadikan Kerja Rumah sebagai 'Workout'.  Menyapu, mop lantai, sidai baju → semua boleh jadi senaman.Letak muzik rancak untuk tambah motivasi.  3. "Phone Call Walk" Bila jawab panggilan, terus berdiri dan berjalan. 10 minit call = 1000+ langkah secara tidak sedar.  4. Iklan TV = Masa Berjalan Setiap kali iklan, bangun dan brisk walk di ruang tamu.Boleh juga buat 'lunges' atau naik turun tangga. 5. Window Shopping Tanpa Beli. Jalan-jalan di mall tanpa niat membeli.Dapat 3,000–5,000 langkah tanpa sedar.  6. "Alarm Pergerakan" Set jam setiap 1 jam: bangun, berjalan 2-5 minit. Elak duduk terlalu lama. 7. Guna Haiwan Peliharaan Kalau ada kucing/anji...

Rahim Sementara Buat Bayi Pramatang

  Bismillah, Ciptaan terkini dari Jepun untuk bayi yang lahir pramatang. Jepun mencatat kemajuan besar dalam bidang bioteknologi apabila berjaya membangunkan rahim buatan yang mampu menyokong pertumbuhan embrio di luar tubuh manusia. Inovasi ini adalah hasil kerjasama antara saintis Jepun dan Australia yang memfokuskan kepada teknologi Ex Vivo Uterine Environment (EVE), iaitu sistem yang meniru keadaan dalam rahim sebenar. Sistem EVE direka khas untuk membantu perkembangan janin yang terlalu pramatang atau mengalami masalah kesihatan, dengan menyediakan persekitaran seakan-akan rahim ibu bagi meningkatkan peluang hidup mereka. Walaupun masih di peringkat ujian makmal, teknologi ini dilihat berpotensi besar dalam meningkatkan penjagaan neonatal dan mengurangkan risiko komplikasi yang sering berlaku dalam kelahiran pramatang. Buat masa ini, penggunaan rahim buatan ini hanya difokuskan untuk menyokong kelangsungan hidup bayi pramatang dan belum lagi sesuai untuk proses kehamilan penuh...

Himpunan Doa Arafah 2025

  p/s : ini adalah hasil salin dan tampal Teringat pesan mutawwif, masuk saja waktu Zohor 9 Zulhijjah, tinggalkan semua zikir, Fokus DOA. Ini salah satu doa oleh pembimbing Haji Ustaz Hashim Fahmi yang kami dah print siap-siap satu sorang. Kenapa Arafah istimewa? Nabi Adam AS dan Hawa dipertemukan kembali di Padang Arafah, setelah sebelumnya mereka diturunkan ke bumi di tempat yang berbeza. Arafah juga tempat mengaku semua dosa dan kesalahan di hadapan Allah. Doa yg takkan ditolak adalah Doa Arafah. Ini salah satu Doa yang kami baca dan print dari pembimbing TH - Ustaz Hashim Fahmi bin Haji Ahmad Shauqi DOA ARAFAH - Doa tanah Suci Bismillah, Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa seluruh umat islam yang telah mati dan yang masih hidup. Ya Allah YaRabb kami, kami mohon apa yang telah dimohonkan oleh Rasulullah SAW, Dan kami meminta perlindungan dari apa yang...

10 Terawal Zulhijjah

  Bismillah, Kenyataan rasmi sudah diumumkan.7 Jun 2025 Kita akan sambut hari raya Aidil Adha.So malam ni lepas maghrib masuklah 1 Zulhijjah 1446H (1/12/1446). Nak buat apa? 10 hari terawal dalam bulan zulhijjah merupakan hari hari yang penuh barokah. Buatlah apa juga amal kebajikan yang korang mampu buat. Maq selalu pesan kat diri sendiri,dalam berurusan dengan ibadah dan amal kebaikan, tak dapat nak buat semua ,jangan tinggalkan semua.Moga Allah terima amalan ku dan amalan kamu, Inshaallah Aamiin. 🗨️teruskan berselawat.

Persiapan Menghadapi Bencana Alam Atau Perang

  Bismillah, Berikut merupakan antara persiapan yang boleh kita ambil tahu dan boleh diberi tunjuk ajar kepada  anak anak andai kata negara diuji perang. Mungkin ada sesetengah berpendapat ini tak perlu diambil peduli,mungkin masa perang tu nanti, kita semua dah takda lagi.Ye betul la kot perang tu lama lagi, tapi bagaimana anak cucu kita dan waris keturunan kita nanti? serba sedikit mereka juga perlukan ilmu untuk persiapan diri mereka termasuklah  ahli keluarga mereka. Jomlah kita tengok apa ilmu yang kita perlu tahu untuk persiapan hadapi perang. PERSEDIAAN TEMPAT TINGGAL    • Kenalpasti kawasan yang paling kukuh dan selamat di dalam rumah anda. • Bina bilik bawah tanah jika  berkemampuan - Bunker. • Simpan sedikit stok makanan, air dan keperluan lain di dalam bilik tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam. • Maklumkan kepada ahli keluarga anda lokasi dan fungsi bilik tersebut. • Lakukan simulasi menghadapi kecemasan untuk memudahkan dan melancark...

Mengikhlaskan

  Bismillah, Harini dah masuk 29 Zulkaedah 1446H.Kalau korang ada buat korban haiwan  pada tahun ni, esok hari terakhir potong kuku,rambut ek?Sebabnya hari khamis nanti dah masuk 1 Zulhijjah. Tapi harini maq bukan nak sembang pasal bulan bulan islam tu, tapi nak bukak topik "mengikhlaskan" . Maksud nya apa? Okey maksudnya kita dengan rela hati kena ikhlaskan sesuatu keadaan.Kena berlapang dada pada satu kenyataan yang sukar. Biarpun susah nak buat tapi korang tetap kena jugak hadap.Sampailah pada satu keadaan korang dah terbiasa dengan keadaan macam tu dan pengakhirannya nanti, mengikhlaskan tu bukan lagi kerja yang susah bagi korang lakukan. Contoh? Kita sebagai orangtua terutama emak emak ni kena mengikhlaskan dengan apa juga yang anak anak buat kat kita.Sebagai contohnya, **jangan meroyan kalau anak anak jarang balik  ziarah kita.Anak anak jarang kontak.Jangan kata anak kena queen control lah,kena jadi hamba keluargalah, buang orangtua sendiri la,takda rasa tanggungjaw...

Tips Mujarab Alahan Cuaca Ditanah Arab

Laban-Penyejuk badan dan mampu menstabilkan kesihatan badan secara keseluruhan.   Bismillah, Maq pernah amalkan tips yang dikongsikan oleh saudara dibawah ini tapi tak semualah.  Disebabkan maq bukan orang yang arif ,so maq mampu salin tampal je tips yang dikongsikan oleh yang lebih arif . Jom baca! Panas dalam punca hidung berdarah. POIN 6 TIPS PALING MUJARAB. Saya fikir ini ada orang mungkin anggap benda ni remeh je, pada sesetengah yang lain ini masalah besar. 1. Panas dalam. 2. Batuk, selsema, kahak. 3. Hidung berdarah. Saya personally kalau ada this combination memang tak dapat nak function dengan baik, even worst demam dan taksihat mungkin. Antara solution saya buat adalah : 1. Mandi room temperature jangan mandi air sejuk kalau ada air sejuk.  2. Aircond bilik pakat-pakat dengan kawan bilik pakai yang sederhana jangan full blast. 3. Kalau baru balik dari luar jangan terus masuk bilik lepak dulu dekat lobby, redakan suhu badan. 4. Banyak minum air kosong, walaupun b...

Haji 2025- Belajar Hormat Undang Undang Negara Orang

  Bismillah... Sebetulnya harini takda modal nak kongsi cerita  kat blog.Pegang fon pun dah semakin malas.Tapi jari ni letih juga asik nak berehat je.Kalau menaip sesikit tu dapatlah buat senaman ek? Okey ,Apakata kita bukak topik haji 2025 jelah. sembang sembang** Wah lain macam kan aura musim haji tahun ni?  Ruuuaaamai rupanya yang dah buat rayuan dan mereka sangat mengharapkan agar rayuan mereka diterima oleh pihak Tabung Haji. Hakikatnya yang buat rayuan tu ,kosnya bukan lah semurah jemaah muassasah (muassasah dicaj sekitar 15-16K ) Ada travel PJH paling murah pun RM45.Ada yang lebih tinggi dari harga itu tapi kesemua harga itu dah jadi rebutan dikalangan bakal tetamu Allah. Hujung hujung visa dan permit pulak jadi masalah.Haji 2025 telah berubah 360° ,sedangkan jemaah haji tahun ini masih menganggap ianya masih serupa seperti musim haji yang sebelum. Tambahan kouta pun tak selaju dan sepantas tahun tahun lepas.Semua ni membuatkan bakal jemaah ternanti nanti, tertungg...

Adam Aisy Anti Sosial?

Bismillah, Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?  Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja. Sebenarnya takda pun. Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.  Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !  Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu. Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak. Adam Aisy? Kemas rumah pun rajin! Perabut jati kat rumah maq pun dia suka alih alihkan.Aktiviti deko bersama Adam Aisy ! Padahal kerusi madura tu elok da...

Program Qorban FC 2024 (1445H)

  Bismillah, Tibanya aidil adha nanti bermakna setahun sudah memori ini berlalu.Tapi baru harini maq nak kongsi kisah keluarga kami. Pada Jun 2024 FC ada buat program qorban yang disertai 7 orang peserta yang terdiri dari kalangan anak cucu dan cicit Mak tok. FC ( Fatimah's Child ,Cucu & Cicit ) merupakan kumpulan yang dianggotai oleh anak anak ,cucu cucu dan cicit cicit arwah mak tok ( Arwahyarhamah Hajjah Fatimah Binti Mohd Salleh) Dan tahun itu juga merupakan kenangan terakhir kami berkumpul bersama dengan maktok beramai ramai sebelum mak tok jatuh dibilik air pada bulan berikutnya. Dan kemudian mak tok terus tak boleh berjalan hinggalah mak tok pergi meninggalkan kami semua. Semoga roh mak tok dicucuri rahmat Allah swt.  Allahumma Aamiin. Dibawah ini antara gambar gambar kenangan sewaktu program qorban pada tahun 2024 dan sewaktu kami bersama mak tok kami. Al Fatihah dibacakan buat arwah Mak tok Hajjah Fatimah binti Mohd Salleh.Moga arwah ditempatkan dikalangan hambaNy...

Tarikh Penting Zulhijjah 1446

Bismillah, Berikut adalah tarikh penting bulan Zulhijjah 1446 /2025 📌Hari terakhir untuk mencukur dan memotong kuku bagi peserta qurban adalah pada 30 Zulkaedah 1446H bersamaan  28 Mei 2025 📌Puasa Sunat bermula pada 1-8 Zulhijjah 1446H bersamaan 29 Mei - 5 Jun 2025  TARIKH SUNAT BERPUASA  *1 Dzulhijjah = Khamis 29 May 2025 *2 Dzulhijjah = Jumaat 30 May 2025 *3 Dzulhijjah = Sabtu 31 May 2025 *4 Dzulhijjah = Ahad  1 June 2025 *5 Dzulhijjah = Isnin   2 June 2025 *6 Dzulhijjah = Selasa  3 June 2025 *7 Dzulhijjah = Rabu  4 June 2025 *8 Dzulhijjah = Khamis  5 June 2025 📌Puasa Sunat Arafah pada  9 Zulhijjah 1446H bersamaan  6 Jun 2025 📌Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1446H bersamaan  7 Jun 2025 📌 Hari-Hari Tasyrik pada 11-13 Zulhijjah 1446H bersamaan  8-10 Jun 2025  HARAM BERPUASA PADA TARIKH INI *10 Dzulhijjah =  7 June 2025 *11 Dzulhijjah =  8 June 2025 *12 Dzulhijjah =  9 June 2025 *1...

Persiapan Untuk Menjadi Tetamu Allah ( haji&umrah)

  Bismillah, Satu perkongsian yang maq rasa sangat bermanfaat menjelang musim haji dan baik juga buat rujukan bakal jemaah umrah yang pertamakali ke sana nanti. Rasanya boleh lah kot kalau dikongsikan disini.Manalah tau dapat beri manfaat buat mereka yang bakal menjadi tetamu Allah pada tahun depan pulak.Kalau tak pergi haji pun ,nak pergi umrah pun boleh juga guna pakai tips dan panduan ini.Jom kita teruskan membaca buat tambah tambah ilmu. 1.Persiapan ilmu.  Dari sekarang dah kena study ilmu manasik haji supaya benar benar faham kerja haji. Boleh cari buku, video video youtube berkaitan kursus haji sebelum join kursus asas haji (KAH) yang dianjurkan oleh TH di masjid masjid daerah terpilih. Bila dah faham basic, hadir pulak kursus TH secara bersemuka, kefahaman lebih meningkat. 2. Persiapan kerohanian. Upgrade hubungan dengan Allah dan setkan rutin harian supaya rutin di tanahair akan bersambung di tanah suci, malah dapat diupgrade. Perbanyakkan doa agar Allah mudahkan urus...

Resepi Kek Pisang Gebu

  RESEPI KEK PISANG GEBU Bahan A: 3 biji telor gred A  190 gm minyak jagung  200 gm gula kastor  1/4 sudu kecil garam  1/2 sudu kecil esen pisang  Bahan B:  250 gm Pisang berangan yg dah dilenyek. Bahan C:  150 gm tepung gandum  1 sudu kecil soda bikarbonat Notes  *boleh guna minyak masak ganti minyak jagung  *boleh guna sebarang jenama tepung gandum  *pisang berangan boleh ganti dgn pisang emas  *kalau tiada telor gred A, guna gred B 4 biji Cara-caranya *************** 1. First prepare loyang. Guna loyang petak saiz 7 inci. Sapukan marjerin keseluruhan permukaan loyang 2. Alas loyang dgn baking paper. Cuma bahagian tapak sahaja. Tepi loyang tak perlu. 3. Lenyek pisang sampai hancur. Kalau tak ada alat yg sesuai, guna jer buntut gelas atau botol 4. Sediakan hirisan pisang utk diletak atas adunan kek nanti. Nak potong nipis bulat bulat  pun boleh. Atau hiris memanjang, ikut suka korang lah. 5. Ayak tepung dgn soda bika...

Petik Cili Di Rumah Ibu

  Bismillah, Pada 10hb Mei yang dah lepas,maq berkesempatan ziarah ibu maq di Pasir Gudang.Sepanjang bulan shawal ,maq hanya sempat jumpa ibu dikampung je.Bila ibu dah balik ke Pasir Gudang dirumah adik maq,kami langsung tak berkesempatan berjumpa. Apa yang menarik dirumah tu,ibu ada tanam macam macam sayur sayuran ditepi rumah tersebut.Semua tanamannya menjadi! Paling seronok bila hasil dari pokok cili,hasil yang sangat meriah! Ibu maq suka bersedekah hasil tanamannya kepada adik beradiknya,anak anaknya dan jiran tetangganya.Seperti mana kita tahu,semakin banyak kita memberi,semakin banyak Allah ganti.Lihat je cili tu! Subhanallah geramnya maq tengok. lefthanded guys** Cili ni pedas berapi tau.Ibu maq dah siap sediakan bag plastik, gunting dan mangkok untuk memudahkan maq memetik cili. Selain cili,ada juga ditanam pokok ubi,bendir,kacang botol, pokok pandan wangi,kunyit,turi dan beberapa jenis pokok lagi yang maq dah lupa. Seronoknya jadi pekebun sayur. 🗨️petik cili sambil bersel...

Ayam Goreng Hot And Spicy

sekadar hiasan   Bismillah, Maq jumpa resepi ini kat group masak masak difacebook. Resepi Ayam Goreng Hot and Spicy! Bahan-bahannya , Ayam Tepung jenama BESTARI Tepung Gandum Tepung Beras Serbuk Cili (jika perlu) Minyak Masak ***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin Cara-cara, 1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat (ikot pada kuantiti ayam) 2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Saya perap 5 jam. 3. Sediakan tepung untuk salutan pulak. 4. Campurkan tepung bestari yang belum di bancuh dengan air dan tepung gandum & tepung beras. **saya takda sukatan yang tetap. Main agak agak je. Anggaran 1 senduk tepung bestari ,1 senduk tepung gandum ,1 ½ senduk tepung beras. 5. Pastu amik ayam yang dah diperap tadi masuk dalam campuran tepung kering & salutkan serata. **Buat seketul seketul sebab kalau buat banyak banyak na...

Santai Santai Di Pantai Punggur

  Bismillah, Semalam petang,Maq bertiga sempat bersantai santai dipantai Punggor.Antara salah satu kawasan pantai legend yang masih dikunjungi oleh masyarakat setempat di daerah Batu Pahat. Biarpun tebing pantai semakin terhakis itu bukannya bermakna pantai ini perlu sunyi atau diabaikan. Pihak berwajib ada juga membina tembok batu disepanjang pantai tapi  kadang kadang ombak memukul hingga ke daratan. Apa pun pantai ini perlu dinaik taraf supaya dapat menjadi tempat istirehat dan bersantai para pengunjung bersama keluarga. Ianya juga sedikit sebanyak boleh menjana pendapatan penduduk setempat.Selain itu kaki kaki pancing boleh juga mencuba nasib dipantai ini.Masa maq pergi semalam pun ramai yang membangau disitu. Pemandangan sunset disini sangat cantik ,langit biru dipetang hari sangat indah.Dan semua itu merupakan keindahan yang memukaukan dipantai ini.Hebatnya ciptaan Allah. Jika ada rezeki,pengunjung juga boleh beli ikan ikan segar yang baru dinaikkan dari laut yang ditang...

Majlis Yasin & Tahlil Di Rumah Mak Uteh

  Bismillah, Pada 11-05-2025 yang lalu ,Maq diundang ke Majlis yasin dan tahlil dirumah Mak Uteh. Majlis bermula pukul 2.00 petang dan masa maq sampai dirumah mak uteh, kumpulan yasin dah pun baca separuh surah yasin tu.Maaf ,orang rewang pulak yang datang terlambat. Tetamu yang hadir merupakan kumpulan dari Ex pekerja Mitsumi ,Parit Bilal,Batu Pahat. Mak Uteh dulu bertugas sebagai QC untuk produk keluaran mitsumi Parit Bilal.Tapi beliau dah berhenti kerja 25 tahun yang lepas.Dan ukhwah ex pekerja mitsumi masih aktif di grop whatsapp sehingga sekarang. Tak banyak yang dapat maq rakamkan,sebab tetamunya ruamaiii dan saya kan pemalu orangnya... Yang tudung dark peach tulah Mak Uteh, actually mak uteh duduk sebelah maq je waktu ni hehehe Alhamdulillah,ramai tetamu yang hadir. Antara ahli keluarga yang dapat hadir. Yang duduk dikerusi tu ibu maq  ( kakak kepada mak uteh ) 💞 Cenderahati - Orang rewang pun dapat kain batik.Alhamdulillah,terima kasih tuan rumah. Kalau korang nak tau...