Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Masalah Murid Tahun 6

Assalammualaikum semua . Lama dah tak membebel disini ,busy sokmo. Kadang-kadang buruk juga perangai kan asik busy dengan dunia jer, harap maq tak lupa dan lalai  tentang akhirat  jugak. Harini entah kenapa jari begitu ringan nak membebel diblog.Padahal bukan ada cerita hot nak disampaikan atau nak dikongsikan. Sedang anak-anak asuhan begitu lena dialam mimpi mereka waktu ini ,maq memang diduga dengan situasi mengantuk juga, tetapi disebabkan  masih ada kewajipan yg belum dilangsaikan iaitu menunggu kepulangan anak bungsu maqnie dari sekolah ,makanya terpaksa menahan rasa mengantuk yg meluap-luap ini dengan blogginh . Bila sebut tentang anak bungsu maq tu, sungguh kasihan tengok dia yang begitu tertekan dengan kerja sekolah ( kerja rumah ) memang kerja rumah itu perlu tapi cuba anda semua bayangkan  kerja rumah dah la setiap subjek ada ,kemudian ditambah dengan keratan kerja rumah dari surat khabar didik yg didapat dari akhbar berita harian.Lepastu disuruh buat l...

Blog Walking

Assalammualaikum, Blogger kena lah blogwalking untuk dapat ramai kawankan.Tapi ada sesuatu yang kekadang buat maq nak menangis bila blogwalking .Nak tau kenapa? Ada blog tu nak masuk sikit punya berat , line maq sudah la semput , al maklum duduk atas bukit indah menawan ni , mendung sikit je line nampak la membebankan. Jadi kalau blog yang berat tu jangankan nak komen , nak tenguk gambar nya pun tak lepas ,sedih.... Tapi yang pelik kalau blog encik Ben tu lepas pulak ! agaknya ada gambar anak dia yang bibir muncung kot ,tu yg buat ringan hahha.Agak-agaknya macamana nak ringankan blog ye ? kongsilah tips kat maqnie . Ada blog yg maq nak masuk tu cakap omputih pulak , maqnie ni yes - no tu faham la.Paling ciput  pun yes no ,thanks you  and i lebiu . lelain?? namjahnam ,hancurr  ... Kata orang dunia dah  maju , so orang pertengahan usia macam maq pun kena tau semua ,cuma penggunaannya kenalah berbeza dengan style remaja,baru nampak style otai gitu..

Si Bongsu Pergi Kem

Assalammualaikum. Hai semua ,minggu yg paling mencabar. Langsung takda masa nak membebel diblog kerana masa yang amat terhad.Ini disebabkan waktu siang hari dalam minggu ini, suami maq ada dirumah so tak dapat la nak layan perasaan sendiri ,lebih bahagia melayan suami haha. Pada hari khamis yang lalu ( 18.4.2014 ) anak maq yg bongsu ( ye confirm ni lah yg bongsu ) pergi rombongan untuk aktiviti sekolahnya. Beliau pergi ke Sedeli Damai resort , Kota Tinggi bersama 80 orang pelajar yg lain dan beberapa orang guru . Pada hari beliau pergi ,hati maq dah dupdap ,semacam je rasanya sebab inilah pertama kali beliau akan berada jauh dengan maq untuk masa yg agak panjang ( 3 hari 2 malam ). Bermain-main diminda ini .... ok ke dia nanti ? boleh ke dia buat ? demam tak nanti ? Hahaha berbagai -bagai perasaan entah apa apa yang bermain kat fikiran tapi bila difikirkan semula ,alahai  dia kan dah 12 tahun , dah besar , bukannya pergi sorang sorang ,cikgu dia ada ,apa yg perlu dirisaukan. ...

Terkesan Teruk

Assalamualaikum readers , Salam hujung minggu untuk semua. Harini Sabtu maq pepagi lagi dah kena tinggal sorang-sorang.Harini anak-anak yang bersekolah kena bersekolah ganti.Untuk apa gantinya tu ,maq pun lupa.Tapi katanya ganti Ahad. Ala yang penting sekolah.Ganti ke apa ke tak kesah.Kehadiran tu yang penting. Beberapa hari sebelumni  badan maq memang rasa tak selesa,entah kenapa.Kalau disebabkan 'kekembangan' yang macam doktor cakapkan tu. Alahai ,kena jaga lah nampaknya gaya pengambilan makanan lepas ni . Haritu doktor cakap ,roti tu pun tak elok sebab dia punya zat ( khabohidrat ) sama je lebih kurang dengan nasi.Sedangkan dirumah maq, roti memang selalu jadi menu utama! Tapi bila usia dah meningkat muda ( perasan ) lagi-lagi berkerja hanya dirumah.Risiko untuk kembang memang mudah,tetapi risiko untuk kecut sangat payah,haha betulkan ? Bayangkan sebelum kawin dulu berat maq cuma 52kg ( masa tunang ) bila dah kawin dan bila dah  21 tahun usia perkawinan, berat maq dah ...

Terlepas geram ke mengata ni?

Assalammualaikum . hai readers . harini nampaknya pepagi tadi maq dah  buat entri yang penuh emosi kan entri penuh emosi  . Dulu maq cuma tengok masalah orang ,sekarang bila benda dah kena batang hidung sendiri tu yang terEmo tu sebabnya benda yg berkaitan dengan urusan perasaan ni memang susah untuk dimengertikan.lebih-lebih antara manusia yg kurang nak memahami . Sebagai seorang yg lebih tua ,maq bukan sengaja nak cari pasal tapi kalau dah melampau,memang kena tegur .Kalau tidak nanti dia takkan pernah tahu apa silapnya dia. Yang dia tahu cuma  silap orang lain .Dan dimana-mana pun dia takkan hidup selesa sebab bukan orang lain boleh mengubah perangainya tetapi diri dia sendiri . Pengalaman maq menjadi pengasuh hampir ketahun yg ke dua puluh  ( 20 ) tapi baru tahun inilah maq di duga dengan insan yg tak paham masalah orang lain . nak buat macam mana kan dah ini lah takdirnya  . bagaimana pun maq berterima kasih pada majikan maq yg masih bertahan lebih dari...

Perihal Tidur

Assalammualaikum  semua ... pernah kah anda tahu atau terbaca tentang tidur dan apakah yg anda perlu tahu tentangnya ?maq nak berkongsi disini : Waktu tidur yg sesuai dilakukan apa bila selesai semua makanan yg dimakan itu hadam dengan sempurna . agak-agaklah ye berapa minit untuk proses tu sebab ianya bergantung pada jumlah makanan yg anda ambil dan berapa kerap anda mengunyahnya . Digalakkan tidur dengan gaya mengiring kesebelah kanan seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah SAW. dan tidak digalakkan dengan cara meniarap kerana menyebabkan paru-paru terhimpit dan itulah gaya tidur ahli neraka . Tidak digalakkan tidur disiang hari kerana dia akan menyebabkan proses kedutan pada wajah , mengundang penyakit dan menjadi pemalas ! kecuali pada cuaca panas , sesuai dengan sabda Nabi SAW  ...  'tidurlah walaupun sebentar kerana saitan tidak pernah tidur .' dilarang tidur pada waktu petang atau senja kerana itu boleh membuat seseorang itu gila . dilarang tidur selepas...