Skip to main content

Posts

Kisah Asid Urik

  Bismillah, Guys ,korang ingat lagi tak pasal keputusan darah maq dalam posting yang lepas? Nah, nak jadikan cerita! Bila encik suami kurang sihat ,semua kerjarumah maq kena urus sendirian. Termasuklah susun stok barang makanan kering yang kami beli sebulan sekali tu. Angkat dan susun barang paling mencabar bagi maq ialah bila terpaksa kena angkat beras 10kilogram dan 2 kotak air mineral 1.5x12. Lain lain barang tu boleh lah dijinjing guna plastik beg je. Lepas susun semua barang barang ,maq terus masuk dapur untuk masak makanan makan tengahari. Sebelum ke udaranya suara  azan Zuhur dah settle dah semua. Tapi ! Tapi !! ye tapi...!!! Malamnya tu pinggang maq rasa ketat! sakit sangat! tak selesa nak duduk,nak baring,nak kesana kesini.Keesokkan harinya terus ke klinik Zainab bersama encik suami. Klinik Zainab merupakan klinik paling legend dan paling popular buat penduduk Batu Pahat. Dari pengasasnya Dr Zainab & suaminya yang puluhan tahun berusaha disini sampailah kepada an...

Amalan Ketika Ziarah Kubur

  Bismillah,  4/1/1447H Ustad Abdul Somad ada berkongsi amalan bagaimana nak sedekah bacaan bacaan surah ,zikir dan doa ketika menziarahi kubur.Jom kita baca. 1-Baca Yasiin 1x 2-Al Fatihah 1x 3-Al Ikhlas (Qulhuwallahu ahad) 3x 4-Al Falaq 1x 5-An Nas 1x 6-Al Baqarah ayat 1-5 7-Ayat Kursi 1X  8-Al Baqarah 3 ayat terakhir      (ayat 284, 285, dan 286). 9- Kemudian baca Afdholhu Dzikri Fa'Lam annahu, Laa ilaha illallaah - baca sebanyak²nya.Paling minima 100x. 10-Setelah itu hadiahkan pahala bacaannya. (sebutkan nama almarhum/almarhumah) 11- Jangan lupa hadiahkan juga pahala bacaan itu kepada semua penghuni kawasan perkuburan yang anda ziarahi itu. **Boleh dipesan juga dekat anak anak supaya bila mereka ziarah kubur kita nanti bukan dengan 'tangan kosong'. 1447- teruskan berzikir & berselawat

Zikir Bangun Tengah Malam

  Bismillah 3/1/1447 Menurut ustaz ,kalau terjaga ditengah malam tapi tak mampu nak buat solat sunat tahajud,baca zikir dibawah ni sebelum anda sambung  untuk tidur semula. لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللَّÙ‡ُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØ­َÙ…ْدُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙ‰ْØ¡ٍ Ù‚َدِير Laailahaillallah wahdahu laa sharikalakh lahul mulku walahul hamdu wahuwa ala kulli shaiin qodir. Alhamdulillah,  wasubhanallah, walaailahailallah, wallahhuakbar , walaa hawlaa walaa quwatailla billah. Allahummaghfirli... **yang bemaksud ; Yaa Allah maafkanku & ampunkanku... 1447- Teruskan berzikir & berselawat

Ayat Orang Redha

  Bismillah, 2/1/1447 ‏حسبنا الله ونعم الوكيل Ayat ni bukan ayat biasa biasa. Ini merupakan ayat orang yang redha, tapi tak berputus asa. Ini jugak ayat orang yang sedang goyang tapi memilih untuk berpaut kuat dengan Allah. 1447- Teruskan berzikir & berselawat.

1 Muharam 1447H

  Bismillah , 1/1/1447 Tekankan kewajipan solat kepada ahli keluarga sehingga mereka tahu bahawa solat itu bukan satu ibadah yang kosong. Ia adalah amanah yang penuh dengan kebaikan. -Kenangan- Acik acik baru balik dari berjemaah 1447 -Teruskan berzikir & berselawat

Amalan Untuk Anak Jadi Cerdik dan Berakhlaq Baik

  Bismillah, Maq cuma sempat salin antara amalan dan doa untuk anak jadi cerdik.Sumber ni maq dapat dari ceramah di youtube tapi tahun bila entahlah,maq dah lupa. Moga bermanfaat. 📌Doa untuk anak jadi cerdik & bijak.Letak tangan kanan kita kat dada anak,Bacalah, Yaa Allah Yaa Fattah  Baca 11x  atau 31x Lepastu letak tangan kanan juga dekat umbun² anak, Untuk Anak lelaki ,Baca: Bismillahirahmaanirahim, Allahumma Faqihu Fiddin waalimhu ta'wil. Baca 3x ** untuk anak perempuan tukar sebutan kepada "Faqiha" 📌Doa untuk anak yang lambat bercakap. Baca : Bismillahirahmaanirahim, wa kallamallahu Musa taklimaa Bacakan 3x diumbun² anak sewaktu dia sedang tidur. ÙˆَÙƒَÙ„َّÙ…َ اللَّـهُ Ù…ُوسَÙ‰ تَÙƒْÙ„ِيمًا  “Wa kallamallahu Musa taklima.”  Yang artinya: “Dan Allah telah berbicara kepada Musa secara langsung.”  Dalam Alquran surat Thaha 9-10, 📌Rawatan anak Autism, Baca ayat ayat dibawah ini pada air dan bagi anak minum atau letak tangan kanan diumbun umbun anak kemudian ...

Tips Rumah Sentiasa Bersih

  Bismillah, Jangan Abaikan 4 Petua Ini Kalau Nak Rumah Sentiasa Bersih. Gambar sekadar hiasan. Ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi. Ikuti empat langkah ini. 1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot. Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.petua rumah bersih, petua lap lantai, petua cuci toilet, petua bersihkan rumah, petua rumah, tip bersihkan rumah Bahan-Bahan: 1 penutup pelembut fabrik 10 cawan air Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum. 2.Kilatkan Lantai Rumah. Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.petua rumah bersih, petua lap lantai, petua cuci toilet, petua bersihkan rumah, petua rumah, tip bersihkan rumah Bahan-Bahan: ...