Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Berdendam Itu Penyakit

Assalammualaikum Bila diizinkan melihat alam ini kembali,rasa bersyukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang bernafas dengan sempurna. Masih dapat menunaikan tanggungjawab dan tugas harian serta  masih berupaya utk membuat amal ibadah,alhamdulillah... Manusia adalah pelakon utama diatas dunia ini. Menjadi pelakon di pentas maya ini sangat teruji zahir dan batin. Dalam menguasai minda ,manusia mudah lupa bahawa darjat itu bukan ketentuan manusia tapi hak Maha Pencipta. Adakala manusia menjadi pedendam yg tegar. Ada ketika menjadi pemburu bayang yang kejam, ada masa juga manusia boleh menjadi seorang yang penyayang dan sangat setia. Tapi yang mana satu kah kita,hanya kita yang lebih tahu. Dalam meniti liku kehidupan ini aku hanya mampu mengatakan tolong hapuskan semua rasa dendam,lupuskan semua rasa irihati kerana kita semua adalah mahlok Allah yang tidak pernah sempurna. Dan diakhir perjalanannya nanti kita semua akan dikumpulkan bersama - sama disana.In sha Allah ....