Skip to main content

Burger King Burger Pilihan



Assalamualaikum.

Bila dah jemu dengan makanan ruji ( nasi)  kadang tekak orang tua macam maq ni mengidam makanan orang muda.  Selain pizza, maq akan pilih burger sebagai pengenyang perut.  Dan dalam banyak banyak burger yang dijual di Malaysia ni,  maq pilih burger King  sebagai burger pilihan utama. Kenapa?

1- sebab rasanya sedap!  Bahannya tidak terlalu berperisa. Rasa dia " ringan je ". Bau daging atau ayam pun tak kuat.  Maq tak minat bau  yang terlalu "pekat" . Sesetengah daging burger, mereka letak banyak lada hitam dan lada lada sulah. Maq sangat sangat tak minat.  Burger King pun dimasak dengan cara masak yang menarik serta puasati makan. Sayur, mayo ,cheese semua balance.  Makan sekeping pun dah kenyang.

Kentang goreng + burger ayam dan air coke berapa harga?  Ni free sebab anak maq belanja,😂

2 - Sebab harganya lebih rendah berbanding burger dikedai kedai makan segera yang lain. Jujur kata, maq lebih minat buger King berbanding burger McD. Ini bukan hasutan tapi ini pengakuan diri. Makcik kau ni cakap jujur!

Promosi Tahun Baru, lihat set C  tu, murah gila kan. Rm 20 untuk 4 burger dan 2 kentang goreng. Kalau anda nak percaya kata kata maq yang kat atas tu, memang inilah masanya. Kalau tak silap promosi tu sampai 14hb January 2020. Air nanti beli je air mineral ,baru singgit sebotol,  gula pun takdek... 😁

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha