Skip to main content

Daily Nutrilite


Assalamualaikum.

Ketika mengandungkan anak yang pertama pada tahun 1993 dulu, maq ada masalah yang mengganggu sistem tubuh badan. Iaitu 'sembelit' . Doktor cakap, baby maq berat. Ha ah memang pun. Along keluar ke dunia ni dengan berat 4 kilogram dengan kelahiran  cara normal.

Kadang bukan je sembelit, buang air besar tak lawas, jerawat pun senang tumbuh merata dimuka ( jenis jerawat sebiji sebiji besar seakan akan bisul) migrain pun senang kena ( panadol dah jadi macam jajan masa ni)

Punca lain mungkin maq kurang minum air masak. Masa tu maq masih bekerja di Mitsumi Industries. Minum pun bila sempat jek.

Makan buah buahan banyak mana sekali pun buah betik?oren? buah naga? pisang? kejap ke okay, lepastu masalah  datang semula.

Masalah tu berlarutan hingga beberapa tahun selepas tu.

Bila kelahiran anak ke 3 ,maq kenal dengan  seorang pengguna produk Amway. Beliau sarankan maq ambil Nutrilite Daily. Katanya dalam Daily ada 11 vitamin dan mineral. Baik untuk masalah kekurangan serat. Harga pun masih mampu milik. Botol kecil berharga bawah rm 60.00.


Produk nutrilite  kita boleh simpan selama 3 tahun! Simpan ditempat kering bersuhu bilik. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Jika anda nak makan 60 biji untuk 3 tahun pun boleh ,takda siapa boleh larang.

Macam maq ,untuk botol 60 tablets tu kadang maq makan sampai 4 bulan baru habis. Bukan kedekut tau tapi maq jenis ambil suplement ikut keperluan saja. Kalau kita dah makan macam macam dalam menu harian kita ,kita pasti tahu perlu ke tidak kita ambil makanan tambahan pada hari tersebut. 

Promote kejap :




Anda yang muda muda tu kalau dah mula mengalami masalah pembuangan tak lawas atau susah nak membuang,kat muka ada jerawat yang degil degil,  trylah produk ini. Maq berani promote sebab maq dah guna lebih 10 tahun.

Dan bila anda tahu kelebihan usus yang sihat, sudah pasti anda akan berusaha untuk kekalkan kesihatannya. Betul ke betul?  Ini hanya pengalaman peribadi. 



Anyway -  i'm not a seller ,i 'm a buyer. ❤

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha