Assalammualaikum Hari ini 28-9-2014 ! Masuk hari ke 10 maq dah tak minum air manis ! ada kesan ke ? setakat ini maq cuma boleh cakap ....emm boleh la hehe *senang berpeluh kalau dulu susahnya metabolisma nak berlaku *aktif ! senang pulak tidur malam ,tak payah nak berangan bagai *badan sedap je ,takde lenguh lenguh *stock susu pekat manis dan stock gula kat rumah masih banyak! haha *tenguk makanan bergula dah mula loye kat tekak ni kesan paling comel .... * pergi ngeteh tak sampai rm3.00 pun pada makan 2 orang untuk makan roti canai ! Dan apa yg lawaknya ,ketika budak yang kerja di kedai makan tu tanya , ''ye... nak minum apa ? makan apa? '' Suami maq order nescafe dan roti kosong dan bila part maq sambil senyum maq jawap ,air kosong dan roti kosong ! Dan sambil menganggukkan kepala tanda paham budak tu senyum tengok maq ! kemudian sambil berjalan kedapur kedai dia menyanyi ~ ''kosong ...kosong ....kooosonggg. ...
"Coretan kenangan seorang emak"