Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

membebel kejap

Assalammualaikum  . lama sungguh maq tak membebel diblog rasanya kan . mungkin disebabkan tugas dan aktiviti yang makin bertambah  . lagi-lagi musim anak-anak asuhan ditimpa demam dan selsema ,memanglah tak sempat nak membebel diblog . cukuplah membebel dirumah je hehe banyak sungguh kan peristiwa berlaku dinegara kita sejak kebelakangan ini . namun nak buat macam mana kalau itu  adalah takdir yg telah pun ditetapkan oleh Pencipta kita . sebagai hamba kita cuma mampu berserah , bersabar dan terus berdoa  agar apa yg kita inginkan menjadi kenyataan dan yg tidak kita inginkan mintalah dijauhkan   . . pada maq ,berat mata memandang , berat lagi bahu yg memikul  ,macam  hati maq buat masa sekarang ini yang belum lagi pulih disebabkan salah sangka  seseorang hamba Allah terhadap maq dan tugas maq . namun maq redha sebab pada maq kalau yg itu yg ditakdirkan ,maka yg itu lah yg maq akan berdepan . .  marah atau melatah itu bukan maq , berdia...

musibah lagi

assalammualaikum semua ... malaysia dikejutkan lagi ďengan kematian 6 orang remaja kerana ' over dos of drug ' sewaktu mereka menyaksikan satu konsert di Bukit Jalil semalam . dalam 6 orang tu ... mangsa terdiri dari seorang berbangsa india , seorang berbangsa cina manakala selebihnya melayu . dan ada 3 orang lagi yg sedang dirawat dihospital dan dalam keadaan kritikal . inikah negara maju ? inikah jenerasi baru Malaysia ? bagaimana konsert begitu extreme boleh diadakan diMalaysia? salah siapa ???? katanya bukan baru kali konsert sebegiu diadakan , ianya sudah pun berlangsung pada tahun lepas dan kematian sebegitu terjadi juga pada tahun lepas tu . Dadah itu membunuh dan semua orang tahu akan itu ....

Saya Isteri, Saya Ibu,Saya Pengasuh

Hai .. Saya setia disini bersama mereka dan kalian.Saya akur bahawa hanya saya milik kalian. Dari awal pagi saya berjaga demi menjaga semua keperluan kalian. Saya sediakan apa yg kalian mahukan disaat kalian masih tidur lena. Saya sudah berdiri lama di dapur menghadap api yang hangat ,berendam jari jemari dalam air paip yang dingin. Kadang-kadang badan saya letih kerana menjalankan tugasan seharian namun disebabkan rasa sayang pada kalian, saya tabahkan juga kudrat saya ini. Untuk melakukan rutin awal pagi , semuanya untuk kalian,  pernah jari saya terhiris ketika memotong sayur ,namun saya kena teruskan juga memasak sambil menahan pedih luka tu... Pernah tangan saya perit dan saya mengelitik kesakitan kerana terkena percikkan minyak panas ketika menggoreng ikan,namun saya masih lagi meneruskan menggoreng.Kerana saya tahu kalian memang suka makan ikan goreng. Pernah saya demam panas sehingga seluruh badan saya mengeletar  namun saya terpaksa melakukan tugasan didapur saya kera...

Remaja Perlu Ada Akhlaq Mulia

Assalammualaikum readers ... Kali ni maq nak membebel kejap.Nak membebel pasal perangai remaja zaman sekarang ni. Maq tak pandang jauh la, maq pandang remaja yg tengah naik depan mata maq ni je dulu. Kalau  masa kecilnya mereka ni sangatlah mengikut kata ,namun bila sudah remaja ,umur dah masuk 12,19,20 tahun, maq pun mula agak curiga dengan tahap kesopanan mereka pada orang lain. Kalau remaja zaman maq ,jika orang tua bersembang , remaja disuruh duduk jejauh , tak mau masuk campur. Kalau nak makan ,orang muda ( remaja ) kena makan kemudian ,dahulukan orang tua , dan jika nak makan bersama ,pelawa orang tua untuk makan baru orang muda ambil makanan yg terhidang. Jika  bersalaman ,orang muda kena cium tangan orang tua ,bukan letak tangan orang tua tu kat dahi lah ,kat pipi lah ,kat bibir lah ...aduh Remaja zaman dulu kalau dimarah ,akan tunduk terdiam  ( tanda rendah diri dan mengaku salah ) sambil mendengar leteran yg tak berhenti-henti tu.Tapi remaja zaman sekarang ,k...