Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Pakcik Sayur Taman Koperasi

Assalammualaikum Ahad !  Ok,ini adalah hari untuk maq padatkan 'esbok' bersama suami.Apakah esbok ? Orang jawa cakap  peti ais.Dan apa yang dipadatkan ?Mestilah ikan ,ayam dan sayur sayuran untuk seminggu ! Boleh cukup ke  ? insya allah cukup .. Lokasi pertama,beli sayur dulu tapi dimana ? Taman Koperasi jalan Kluang.Kenapa maq pergi ke situ ? haa macamni .... Kat situ ada seorang penjual ( kira-kira panggil pakcik la sesuai) dia  menjual sayur-sayuran dari pasar yang dikira borong. Pagi tadi sahaja dia jual kat maq,sayur kailan dalam kira 3 bungkus RM2 ( satu bungkus dalam 600gram ) kalau family maq 1 bungkus tu cukup untuk sekali menu memang cukup.So dia jual 3 bungkus RM 2 . Kemudian sawi kerinting tu dia jual kat maq 1 bungkus RM 1 ( berat dalam 500gram) kemudian tempe 10 keping berharga RM 2 (JAWA DAN TEMPEH TERPISAH TIADA ) hehheee  Masa kira maq dah tau dah mestilah semua sekali nilainya RM5 .  * 2,1,2 ~ tak ke bersamaan dengan 5 ?? Tapikan puny...

Dia Amanah Dari Allah

Assalammualaikum. Pukul 7.30 malam pintu rumah maq baru ditutup buat anak -anak asuhan .  'sorry lambat, mama pergi mengeteh' kata beliau kepada anaknya yang berusia 5 tahun . Dari pukul 7.15 am hingga pukul 7.20 pm seorang anak ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh selama 5 tahun kecuali hari cuti ,s abtu dan ahad. Maq tak kesah kerana anak dia sudah pun besar ,cuma ketika menanti 5 tahun tu memang agak perit . Tetapi sekarang  hanya pengawasan yang perlu di titik beratkan terhadapnya  . Walaupun anak beliau itu seorang yg aktif ,tapi maq masih tetap bersabar kerana dia lah tanggungjwab maq ,dialah amanah buat maq selama dia dirumah ini . Tapi bagaimana dengan perasaan anak kecil itu ? Dapat kah kita rasa apa yang di mahukan?  Kasih sayang dari seorang ibu yang sangat sangat dia perlukan untuk menyemai kasih sayangnya ?sampai bila dia nak menumpang kasih  dengan pengasuh disepanjang harinya? Memang anak anak maq sayang dia tapi dia tau mereka bukan kakak-k...

berkabung ,jangan salah tafsir

Assalammualaikum Harini kerajaan Malaysia Berkabung diseluruh negara.Di semua media massa , dimedia elektronik ada diwar-warkan. Tapi adat lah , bila sesuatu arahan di keluarkan oleh kerajaan  ,ada segelintir masyarakat akan memberi komen atau 'pandangan peribadi' atau apa -apa jua idea yang kadang-kadang lucu juga maq tengokkannya . Berkabung ! Biasanya disebabkan kematian lah kan , itu dah pasti.Tapi ada yang kata bila kerajaan Malaysia memerintahkan rakyatnya berkabung ,memakai baju hitam ,bertafakur selama seminit dan membaca alfatihah ,memberhentikan kereta ditepi jalan sekejap, itu bukan lah bermaksud dengan kata -kata yang dijelaskan dibawah ini . Merujuk pada jawapan ustaz. Sedangkan ustaz hanya fokus  pada berkabung pada jenazah dalam Islam.Sedangkan dalam kejadian berkabung kali ni kita ada  berbagai jenis jenazah dengan peganut agama yang berbeza. jangan pulak nanti ,dengan pemahaman sebegini ,copy ,paste and share , kita  lari dari tajuk asal makna...

Khasiat Bulu Jagung

Assalammualaikum Dulu pernah satu hari ketika balik kampung maktok,ketika tu ada majlis kesyukuran.Sedang majlis berlangsung tiba tiba maq terpandang seorang budak dalam umur 2-3 tahun, perempuan, kulit macam orang melayu  tapi rambut dia mak oii ! perang perang itu cik Peah oii ~ Maq tanya makcik maq yang duduk disebelah maqnie : anak mat salih mana tu mak uda? Mak uda : anak si sal ,jiran  depan rumah nenek tu lah maqnie : sal kawin dengan mat salih ke ? Mak uda : eee...taklah ,orang melayu jugak macam kita maqnie : tapi kenapa rambut anak dia macam tu ? dia warnakan ke? Mak uda : haa..nanti ani tanya dia la ,macamana rambut anak dia warna macam tu . peh ,memang tak sabar tunggu majlis yasinan tu selesai sebabnya siap dengan doa selamat dan tahlil lagi ,ambil masa dalam 1 jam lebih dan hampir ke 2 jam gitu.Bila semua selesai ,maq pun pergi cari perempuan yang bernama 'Sal' tu . maqnie : Sal ! ni anak ko ke  ? sal : ha ah la ,kenapa ? anak ko mana ? ma...

bila terlalu asyik

Assalammualaikum Monopod antara keperluan remaja masa kini .selain berselfie , merakam aksi turut mengasyikkan mereka . Tapi bila dah asyik sangat , janganlah jadi macam adik ni ....ahha ....kan dah .... Nasib cuma action je tak dapat diteruskan .andaikata nafas pun terhenti ? Haish ..nauzubillah himinzaliq ...

Dia Blogger

Assalammualaikum .. Maq baru lepas baca post Ben Ashari  tentang beliau pergi melancung ke Paris .Haish ..bertuahlah badan kan tak semua orang dapat peluang  macam tu . lagi-lagi seorang blogger je kerjayanya  . rezeki tu   ... Tapi tulah jauh jalan ,jauh jugak wang nya melayang ,takpe rezki akan bertambah bila kita berkerja untuk keluarga dan masyarakat. Sebagai blogger yang tugasnya sebagai  promoter untuk sesuatu tempat dan sesuatu produk pastinya memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi ! Untung jadi blogger lelaki berbanding perempuan .Lagi-lagi perempuan tua ( macam maq )  langsung tidak beruntung ,nuffnung pun malas nak toleh kita. Kenapa ye ? Apa tidaknya ,update blog just bila free ,dah la tu asik membebel jek kerjanya 'pot pet pot pet je'  hahaha . Masa maq balik kampung raya tempohari ,keluarga maq ramai yang usik maq .Bila maq bercakap je nanti mereka kata ' bila maqnie membebel ' aduh .. hahaha tapi memang ye pun ,ma...

Orang Tua Sering Dibuli

Assalammualaikum, Kemelut jiwa antara kasih sayang seorang emak bapak dan rasa hormat seorang anak ada satu jurang paling bahaya iaitu  dipanggil 'lupa diri ' . Ramai anak- anak zaman ini , bila sudah mendirikan rumah tangga akan mengharapkan bantuan dan sokongan mak bapak dia untuk meneruskan  perjalanan baru dalam hidupnya itu . Misalnya : Menghantar anak anak untuk dijaga oleh emak untuk meringankan kos upah pengasuh.Kalau emak sendiri jaga tak perlu bayar katanya hurm mungkin  tenaga orang tua itu ADALAH PERCUMA ? Orang tua menjadi tempat lepas sesak bila hujung bulan.Tanpa segan silu menadah tangan meminta duit.Emak kena jaga anak , emak juga tempat dituju bila terdesak. Ini lah anak yang akalnya pendek.Kurang oksigen kot. Orang tua tak berkira sesen pun hartanya demi anak cucu.Tapi anak anak kalau dapat gaji payah sangat nak hulurkan kepada emak bapaknya atas alasan bajet sendiri pun ada banyak nak kena settle,haa macamana nak bantu ?pulak dah. Guys, P...

Sayu

Assalammualaikum Bila maq diinvite ke group wassapp oleh anak-anak buah dan sepupu sepapat , handfone maq memang tak sunyi lagi . Kring krang kring krang ( bukan ringtone sebenar ) akan berbunyi setiap masa,maklumlah kan family kami besar . Selain chats, juga gambar - gambar lucu yg dikongsi , ada juga video video  menarik. Semua tu buat maq sakit perut  kerana ketawa . Tapi bila maq tonton satu video yang dikongsikan diatas tu , jujur maq cakap , maq insaf dan tanpa maq sedari airmata maq turun laju dipipi ni. Allah jauhi anak cucu cicit kami dari kemelut sukar yg dialami oleh anak anak itu.Allah maha besar !

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Assalammualaikum Pengguna yang berhemah tu bagaimana ? Maq tak pernah tanya orang  berapa perbelanjaan mereka untuk hidup tapi pada maq kalau kita ada akal fikiran yang stabil ,jika gaji tu rm 2000 sebulan  janganlah berbelanja lebih dari rm 2000 sebulan,memang cari penyakit namanya. Tapi kalau dah dinamakan perempuannnnn ....... Orang pakai tudung tingkat ,dia pun nak bertingkat-tingkat Orang pakai kereta besar ,dia pun pakai kereta besar Orang pakai 5biji kereta,dia pun nak 5 biji kereta *tapi tak tau nak letak mana Orang pakai baju lip lap ,dia pun nak baju lip lap Orang ada set perabut made from Bali ,dia nak perabut dari Italy Orang ada gelang paras siku ,dia nak gelang paras bahu . Orang besar kan rumah , dia besar kan hutang ? kan ? Sudah-sudahle tu ...  Itu semua style perempuan era 1960-1990an.Jauh dah tu korang ketinggalan.Perempuan sekarang dia tak pandang kelebihan orang lain dengan harta benda mereka. Perempuan sekarang kena tahu semua barang mahal harg...

pahala lagi

Assalammualaikum menarik sejak kebelakangan ini apabila maq menuntun tv 3 ~ tiba-tiba iklan yang kedengaran ialah bacaan surah al-Fatihah ! ye  sangat menarik ! dalam masa mata menuntun kisah kehidupan di dalam jalan cerita  drama-drama tv ,  kita di sergah pula dengan bacaan al-Fatihah!! . paling tidak jiwa kita mahupun bibir akan terikut sama membacanya dan dalam masa yang sama jugak pahala akhirat juga turut sama kita perolehi  . Masyaallah ... mudahnyakan untuk mendapat pahala  . hanya menuntun tv ! iklan surah alfatihah ! dan kita hanya ikut membacanya ! lulus !! walau bagaimana pun bacalah mengikut tajwidnya agar pahala itu berganda-ganda dan bukannya diselit dengan dosa . TV 3 Tahniah ! terima kasih  atas siaran bacaan al~Fatihah itu . walaupun hanya beberapa saat ,namun ianya sungguh memberi manafaat buat kami  . Alhamdulillah mohon dikekalkan siaran itu selamanya dan mohon kesejahteraan buat Malaysia jugak ...aminnn... ini ha...

Kenangan ambil penyata anak

Assalammualaikum ... Bila dipersoalkan budi bahasa ,tak ada ukuran mahu pun alat penimbang yang mampu diberikan untuk menilaikan nya . budi bahasa biasanya di kaitkan dengan sikap semula jadi seseorang. Pernah suatu hari dahulu ketika itu maq ada pergi kesekolah dimana anak maq yang nombor dua tu mengambil penyata untuk keputusan percubaan UPSR beberapa tahun dahulu ( lama jugak tu ) tapi maq ingat lagi ok .Maq duduk disebelah seorang ibu yang jugak bertujuan yang sama ( ambil penyata kemajuan anaknya ) Dan bila diberi peluang bercakap dengan guru kelas ,ramai  ibu bapa yang dok bersembang dengan guru kelas tu tampa mengira kesahnya ibu bapa lain yang sedang menunggu giliran . hurm ...ada tu dah macam tak puas hati je dengan keputusan anak mereka . asik bersoal jawab dengan cikgu !  Allahhu, orang lain pun ada tugasan menanti wahai temanku ,cepat lah berceloteh dengan cikgu tu ... ( detik hati maq ) Tiba-tiba ibu yang duduk bersebelahan maq bersuara seakan berbisik  ...

Maq Serah Semua Pada Nya

Assalammualaikum Ramai orang tua mengeluh bila anak mereka meningkat remaja ! kalau mereka kanak-kanak hingusan mungkin masih boleh di tegur dan dididik . tapi kini mereka sudah pun dewasa . sudah besar panjang . sudah tahu nak menjawab bila ditegur . hurm...bagaimana mendidik nya ye ? tahukah anda hati orang tua akan risau bila  : ~ anak anaknya keluar rumah dan pulang hingga lewat malam ( lagi-lagi anak perempuan ) ~ anak-anaknya sering keluar bersama teman lelaki yang masih lagi belum matang dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai manusia dewasa . ~ anak-anak sering menghabiskan wang dan waktunya dengan berpeleseran dishopping kompleks ,menuntun wayang ,dan bersiar-siar dengan teman lelakinya tanpa arah dan tujuan . ~ anak-anak lebih cenderung melayan teman di laman sosial berbanding bersembang dengan adik-beradiknya sendiri . Layakkah mereka ini dipukul  ? di tengking ? atau di kurung ?rasanya  ini bukan caranya . Perlukah maq  beri mereka pe...