Bismillah,
Dengan izin Allah, petang ini maq terjumpa satu perkongsian tentang penyakit ain.
Rupa rupanya penyakit ain ini bukan je berpunca dari pandangan orang lain tentang kita tapi ia juga berpunca dari perasaan kita tentang diri kita sendiri.
Pelikkan bila dengan diri sendiri pun boleh jadi penyebab kepada penyakit ain.Tapi itulah kenyataan yang kita kena akui.Terlalu taksub dengan diri sendiri boleh menyebabkan terkena penyakit ain.
Masyaallah tabarokallah..
Rasulullah SAW sudah bagi amaran, dan hari ini kita nampak kesannya berlaku di sekeliling kita. keluarga yang retak, anak-anak yang sakit tanpa sebab, rezeki yang tersekat. Semua ini boleh terjadi kerana kita terlalu lalai, terlalu terbuka, atau terlalu bangga dengan nikmat yang Allah pinjamkan.
Tolonglah, kita ubah sebelum terlambat.Jaga adab ketika berkongsi, kurangkan pamer-pamer, dan amalkan perlindungan rohani. Hadiri majlis ilmu untuk tambah ilmu kita yang cetek ni.
Jangan biarkan kebiasaan ini merosakkan nikmat yang Allah beri, kerana bila ia hilang, yang tinggal hanyalah penyesalan.
Doa Perlindungan daripada penyakit 'Ain:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
"Allahumma inni a’uzubika min sharri nafsi wa min sharri kulli ‘ainin lammah."
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan diriku dan daripada setiap ain yang buruk).
(Hadis Riwayat Ibn Sunni)
Amalkan doa ini setiap pagi dan petang, dan jangan lupa membaca Surah Al-Falaq dan Al-Nas sebagai perisai harian. Fahami maknanya. Bukan sekadar baca sahaja.
Kerana ain itu benar. Jangan tunggu sehingga nikmat hilang baru kita insaf. Mulakan langkah ini sekarang, demi melindungi diri dan keluarga kita. InsyaAllah ya..
Credit to owner📌