Assalamualaikum. Ini Aida. Nama penuh beliau Nur Adibah Aida. Anak bongsu maq dan salah seorang calon SPM 2019 ! Banyak plan beliau bila dah tamat SPM nanti. Nak kerjalah, nak berniaga online lah ,nak belajar drive lah ,nak jaga emak dia lah. Lagi besar impian dia maq rasa bila dia kata nak belikan kami ( emak ayah dia ) rumah berharga rm 300K.Masyaallah..padahal sekolah pun tak habis lagi. Yang buat maq makin tak percaya Aida minat dalam kerjaya beruniform terutama Pegawai Polis ! Ini memang maq tak percaya 100% ! Allahhuakhbar.Allah saja yang Maha Mengetahui apa yang aida mahukan dalam dirinya. Dan bila maq tanya Aida : " selama aida jadi anak mak lah kan, apakah perangai mak yang paling aida tak suka. Sila jawab dengan jujur. Ety dan ayah dah beritahu ,mak tunggu aida pulak complain.." Aida : " eh yeke? Mak nak tahu ke? Hehehe kalau aida jujur karang ,mak marah pulak " Maq : "taaakk ,mak akan tanya semua anak anak dan ayah jugak. Cakap ...
"Coretan kenangan seorang emak"